Pages

Sunday, November 6, 2011

Paru Goreng Kicap Berlada

Bahan-bahannya:
1/2 kg. paru direbus
4 cm halia diketuk
2 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar air rebusan paru
2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar air asam jawa

Bahan-bahan tumisan:
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 senduk cili kering kisar
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 tangkai daun kari
Minyak secukupnya.


Penyediaannya:
1. Paru direbus bersama halia sehingga masak. Setelah masak ketepi dan dibiarkan sejuk seketika. Kemudian dihiris nipis dan diperap dengan kicap pekat, lada hitam, dan air rebusan paru. Masukkan dalam peti ais selama 30 minit.
2. Selepas 30 minit keluarkan paru daripada peti ais dan digoreng garing. Ketepikan.
3. Dalam kuali yang lain, masukkan minyak dalam kuali. Bila minyak panas, tumis bawang besar, bawang putih bersama daun kari. Bila telah naik bau, masukkan cili kisar, serbuk jintan manis, dan serbuk lada hitam. Kacau rata dan masukkan lebihan air perapan paru, garam, gula, air asam jawa dan perasa. Masak sehingga kuah pekat dan akhir sekali masukkan paru yang telah digoreng tadi. Kacau sebati sehingga kuah melekat pada paru. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

0 comments:

Post a Comment