Bahan-bahannya:
1 bungkus koktail sosej ayam (1 kg) - digoreng 3/4 masak
3 senduk cili kering kisar
3 sudu besar sos masam manis - Kak Noor guna jenama life
2 sudu besar sos tiram
2 sudu sos cili
1 biji tomato - dipotong kiub
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 cawan air
Gula, garam, dan perasa
Daun sup/bawang untuk hiasan
Penyediaannya:
- Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Goreng sosej 3/4 masak dan toskan.
- Gunakan 1 senduk minyak daripada gorengan sosej tadi. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan cili kering yang telah dikisar dan tumis sehingga terbit minyak Masukkan air dan buah tomato. Kacau rata dan biarkan ia mendidih.
- Selepas itu masukkan sos masam manis, sos cili, sos tiram, gula, garam,dan perasa. Biarkan ia mendidih dan kuah sedikit pekat.
- Perlahan api. Akhir sekali masukkan sosej yang telah digoreng tadi. Kaup balikkan sosej bersama kuah pekat tadi. Biarkan 2 - 3 minit di atas dapur, kemudian angkat.
- Boleh dihiaskan dengan daun sup dan daun bawang.
No comments:
Post a Comment