Spaghetti yang dihidangkan oleh anak Kak Noor ini memang ringkas dan mudah sahaja; bersesuaian dengan dirinya sebagai seorang pelajar. Bahan-bahan yang digunakan pun tidak banyak. Tak sampai 1 jam, dah siap dan boleh dimakan. Sesiapapun boleh menyediakannya.
Bahan-bahannya:
1/2 bungkus spaghetti (lebih kurang 250 gm) - Rebus sehingga lembut dan ditoskan.
1/2 botol sos spaghetti cendawan Kimball
1 sachet Sup Cendawan dan Keju Vono
Sayur campuran (mixed vegetables) secukupnya
3 batang sosej ayam - dipotong bulat
10 ketul nugget ayam - dipotong kecil
1 biji bawang besar - dihiris halus
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili1 sudu kecil lada putih
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis
Cara-cara membuat sos:
- Panaskan minyak. Tumis bawang besar yang telah dihiris sehingga kekuningan.
- Kemudian masukkan sosej ayam dan nuget ayam. Biarkan masak seketika.
- Masukkan sos spaghetti cendawan Kimball, serbuk sup cendawan dan keju Vono, sos tomato, sos cili, dan sayur campuran. Perasakan dengan garam, gula, dan lada putih. Kacau rata dan biarkan sos masak. Sekiranya kuah agak pekat, boleh tambahkan 1/2 cawan air rebusan spaghetti.
Penyediaan Hidangan:
Letakkan spaghetti di dalam pinggan diikuti dengan sos. Letakkan daun sup sekiranya suka.
Antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sos spaghetti.
No comments:
Post a Comment