Bab masak sayur ini, Kak Noor lebih suka memilih hidangan dalam bentuk sup sedikit pekat. Sayurnya pula Kak Noor masukkan selepas sup telah betul-betul mendidih. Selepas sayur-sayuran dimasukkan dan mendidih sekali lagi, terus Kak Noor tutup api dan angkat. Ini adalah untuk mengelakkan sayur-sayuran di dalam sup supaya tidak layu.
Bahan-bahannya:
1 batang lobak merak - dipotong bulat (jangan nipis sangat)
5 batang putik jagung - dikerat dua
3 biji ubi kentang - dikupas kulit dan dipotong kecil
Sayur brocoli
2 batang saderi
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil lada putih
2 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan air
2 sudu besar minyak untuk menumis
Air secukupnya.
Bahan-bahan untuk menumis:
1 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
1 inci halia - dihiris
Penyediaannya:
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, cili merah, dan halia sehingga naik bau dan kekuningan.
- Masukkan air secukupnya. Kalau nak kuah banyak, lebihkan air. Perasakan kuah dengan garam, gula, lada putih dan lada hitam. Masak sehingga kuah mendidih.
- Kemudian masukkan ubi kentang dan lobak merah. Masak sehingga empuk.
- Selepas itu masukkan putik jagung, sayur brocoli dan batang saderi.
- Untuk memekatkan kuah, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau rata.
- Selepas kuah mendidih sekali lagi, tutup api.
- Hidangkan panas-panas bersama nasi.
No comments:
Post a Comment