Ikan lidah memang unik rupanya kan dan saya dah lama nak cuba masak ikan lidah ni sebab nak tau macam mana rasa ikan lidah ni . Bila ke pasar malam memang mesti jumpa ikan lidah yang dijual oleh peniaga ikan yang datang dari Kuala Selangor . Ikan ni saiznya kecil saja dan macam ikan sebelah juga bentuknya so sangat mudah nak dibersihkan hanya perlu dibuang sisik kemudian saya terus potong kepala dan isi perutnya . Saya potong ikan di menjadi beberapa bahagian dan digaul dengan garam serta kunyit . Ikan ini sedap digoreng garing atau boleh dimasak sweet sour . Rasa ikan lidah ni macam ikan siakap so memang sedap .
BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan lidah - dibersihkan
2 biji cili capsicum ( warna merah dan kuning)
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 cm halia
2 biji tomato
1 tin nenas dalam tin- boleh juga guna yang fresh.
BAHAN-BAHAN SOS:
4 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos plum
Sedikit minyak bijan
Air nenas dalam tin
Garam dan gula secukup rasa-bila perlu saja
Boleh dibancuh 1 sudu kecil tepung jagung dengan sedikit air dan dimasukkan dalam adunan sos untuk bagi sos jadi pekat
CARA MEMASAK :
* Ikan lidah dibersihkan dan dipotong kemudian letakkan garam dan kunyit atau keringkan ikan dengan tisu dapur kemudian selaputkan ikan dengan tepung goreng serbaguna . Panaskan minyak secukupnya untuk teknik deep fry dan goreng ikan sehingga garing , gunakan api sederhana supaya ikan tidak hangit.
* Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang,halia dan kacau hinggap terbit bau wangi . Masukkan cili capsicum dan kacau kemudian masukkan tomato dan semua bahan sos terus kacau sambil rasa jika ada terkurang apa-apa bahan boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . Kalau nak kuah lebih tambah la sedikit saja air . Boleh juga ditambah daun sup atau daun bawang untuk xtra citarasa dan bau . Bila kuah dah masak terus la dituang ke atas ikan . Seeloknya resepi ini dimakan selepas atau baru di masak baru la sedap ...
Ni la ikan lidah
0 comments:
Post a Comment