Kebiasaannya bila setiap kali selepas makan nasi, kita mesti inginkan sesuatu yang manis sebagai pencuci mulut seperti buah-buahan, agar-agar, dan puding. Dan pencuci mulut yang paling mudah untuk disediakan ialah agar-agar atau puding. Cepat dimasak, dan sedia dimakan. Pencuci mulut seperti agar-agar dan puding hendaklah disimpan di dalam peti ais supaya `kenyamananan'nya dapat dirasai ketika disuapkan ke dalam mulut.Hasrat untuk menyediakan puding ini timbul apabila Kak Noor `tersinggah' di blog Sajian Kaseh semasa blog walking. Berdasarkan resepi di blog ini, Kak Noor mengolah resepi...
Monday, April 30, 2012
Sunday, April 29, 2012
CUCUR BAWANG UDANG GERAGAU
Menu yang wajib untuk setiap keluarga, tak kira masa dan tempat. Lebih sesuai dihidangkan untuk minuman petang ketika bersantai bersama keluarga di hujung-hujung minggu dan waktu bercuti. Bila dah ramai-ramai begini, cucur habis satu mangkuk pun tak pernah sedar. Mata asyik menonton program di TV, tangan mencapai cucur di dalam pinggan, ngap masuk ke mulut satu persatu. Ada pula teh o panas. Alahai sedapnya.... 1 kg. tepung gandum kalau buat cucur pun habis ni...Ingat lagi Kak Noor semasa zaman kanak-kanak, apabila bonda atau nenda membuat cucur, tak sempat habis...
Saturday, April 28, 2012
AYAM MASAK MADU MAMAK
Hai... lega rasanya bila cuti. Tak payahlah bergegas pagi-pagi lagi untuk menyiapkan semuanya. Anak-anak pun x sekolah. Bolehlah ambil sweet time untuk membereskan kerja-kerja rumah dan yang paling utama ialah menyediakan hidangan istimewa untuk keluarga. Kebiasaannya bila cuti hujung minggu, Kak Noor dan hubby akan ke pasar basah NSK untuk membeli lauk-pauk dan sayur-sayur untuk stok seminggu. Maklumlah dua-dua kerja, bila lagi nak ke pasar. Setakat barangan kering, bolehlah singgah di pasar raya semasa perjalanan pulang dari kerja untuk membelinya. Tetapi... hari...
Thursday, April 26, 2012
SWEET SOUR UBI KENTANG DAN SOSEJ KEJU
Nak masak apa hari ini ye! Dah x ada idea....Ikan? daging? ayam? udang? sotong? hmm.... anak-anak dah jemu sangat. Teringat ada sosej keju dalam peti ais dan ubi kentang. Clearance stock ni, sebab dah cukup bulan. Wajib beli barang baharu hujung minggu ni.Dengan bahan-bahan yang ada, Kak Noor gabungkan ubi kentang dan sosej keju untuk menjadi satu masakan `faveret' anak-anak. Boleh diratah begitu sahaja dan boleh juga dimakan dengan nasi. Masakan pun ada 2 in 1 tau! Apa pun kita masak apa yang menjadi kegemaran anak-anak. Kalau anak x...
BIHUN GORENG KAROT
Bihun lagi.... tak jemu-jemu makan bihun ye!. Memang tak pernah jemu pun.... tapi mestilah ada idea dan cara untuk mempelbagaikan rasanya supaya tidak mempunyai rasa yang sama setiap kali. Semalam sebelum tidur, sempat berpesan kepada anak bujang supaya rendam bihun sebungkus, sebab esok ibu nak goreng bihun untuk sarapan.Nampak simple, tetapi ternyata sedap. First time bikin....So...seperti yang telah dirancangkan, pagi tadi sempatlah Kak Noor goreng bihun untuk sarapan anak-anak di rumah, dan untuk bekalan anak ke sekolah serta untuk bekalan ibunya sekali ke pejabat. Jimatlah sikit...
Sunday, April 22, 2012
KUIH SAGU
Petang-petang hujung minggu begini alangkah baiknya kalau ada juadah kuih manis untuk minuman petang bersama keluarga. Teringat biji sagu yang agak lama `terperap' di dalam peti ais lebih daripada sebulan. Dari sehari ke sehari nak buat kuih sagu, tetapi tak jadi-jadi walaupun kuih ini tersangat mudah untuk membuatnya.Teruja bila singgah di N.A. Kitchen tengok gambar kuih sagu ini. Tanpa berlengah-lenggah lagi Kak Noor bangun dan terus menyediakannya. Sukatan yang digunakan oleh N.A. Kitchen bagi penyediaan kuih sagu ini memang elok. Kejadian teksturnya...
Saturday, April 21, 2012
KEK BATIK EKSPRES
Resepi ini diberikan percuma oleh Chef Mohd Hairul Hissam sempena pelancaran produk Rahsia Taufufah. Untuk mendapatkan resepi Ebook Kek Batik Ekspres secara percuma, sila layari laman web www.rahsiataufufah.com Di laman tersebut anda akan menemui ruangan Percuma E-book Kek Batik Ekspres. Apa yang perlu anda lakukan ialah nyatakan nama panggilan dan alamat emel anda dan hantar. Dalam beberapa minit sahaja, anda akan menerima resepi percuma kek batik ekspres di kotak emel anda.Walaupun sebelum ini telah ada N3 mengenai resepi kek batik ini, tetapi bila tengok resepi Chef...
AYAM MASAK LEMAK KUNING
Hari ini Kak Noor masak yang agak ringkas dan yang paling mudah. Tak sampai 1/2 jam dah boleh disajikan. Masakan yang Kak Noor maksudkan ialah Ayam Masak Lemak Kuning dan dicampur dengan ubi kentang. Santannya pula Kak Noor gula santan kelapa sawit jenama `KHALIS' yang boleh didapati di pasar raya Giant atau Mydin. Santan kelapa sawit `KHALIS' ini memang pekat dan memang cantik kuahnya bila dibuat masak lemak kuning. Kebiasaannya bila kita masak lemak kuning, kita tidak boleh tinggalkannya tanpa dikacau setelah dimasukkan santan, ditakuti pecah minyak. Tetapi bila...
Friday, April 20, 2012
Sambal Tumis Sotong Kering
Sotong kering ni dah agak lama juga dalam peti sejuk. Sebenarnya Kak Noor beli sotong kering semasa Hari Raya Haji hari tu. Ingat nak buat mee rebus Utara, tetapi tak jadi. So hari ini Kak Noor masak sambal tumis sotong kering aje. Nak makan dengan nasi kuning.Bahan-bahannya:7 keping sotong kering saiz besar (direndam dengan ubat semalaman)1 biji tomato dipotong kiubAir asam jawa4 sudu besar gula perang2 sudu besar gula putih½ sudu teh serbuk perasaGaram secukupnyaBahan-bahan B (dikisar):5 senduk cili kering kisar (Kak Noor guna senduk nasi untuk menyukat)1 biji bawang besar 3 biji bawang putih...
Thursday, April 19, 2012
MEE GORENG DAGING
Kak Noor namakan mi goreng ini mi goreng daging sebab Kak Noor letak banyak isi daging sebagai perencahnya. Kebiasaannya bila masa mi goreng, Kak Noor suka letak taugeh banyak-banyak. Tetapi kali ini tiada sayuran yang diletakkan. Bagi orang-orang yang tidak makan sayur, seperti adik bongsu Kak Noor, sudah tentu akan menggemari resepi ini. Bila masak mi goreng tanpa sayur ini, pertama sekali teringat kat adik lelaki bongsu yang tinggal di Alma Bukit Mertajam. Selalunya bila bonda menggoreng mi, bonda akan menggoreng dua kali. Satu yang ada sayur untuk...
Wednesday, April 18, 2012
SAMBAL TUMIS UDANG THAI
Bahan-bahannya:15 - 20 ekor udang saiz sederhana - dibuang kepala dan ekor1 labu bawang besar - dihiris bulat1 batang serai dititik2 sudu gula perang2 sudu besar sos cili thai (Thai brand)1 sudu besar pati asam jawa dibancuh dengan sedikit air4 sudu besar susu segarGaram dan gula putih secukup rasaMinyak secukupnya untuk menumisBahan-bahan dikisar:3 senduk nasi cili kering kisar1 labu bawang besar4 ulas bawang putih2 - 3 helai daun limau purut1 inci belacanPenyediaannya:1. Panaskan minyak secukupnya di dalam periuk. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan kacau rata. Tudung periuk...
SUP TUMIS BAYAM DAN IKAN BILIS GORENG CAMPUR LOBAK MASIN
Memasaknya ini sebenarnya ikut mood. Kalau mood kita elok dan kita sihat, sudah tentu kita ingin menyediakan sesuatu masakan yang istimewa untuk keluarga, ataupun mencuba sesuatu resepi yang baharu. Tetapi kalau kesihatan kita tidak mengizinkan, tetapi kita ingin juga menyediakan hidangan untuk keluarga dengan air tangan kita sendiri, sudah tentu kita akan memasak sesuatu yang mudah dan cepat, dan mengelak daripada duduk di dapur lama-lama. So hari ini memandangkan Kak Noor tak berapa sihat, maka Kak Noor hanya dapat menyediakan sup tumis bayam dan ikan bilis goreng campur lobak masin...
Tuesday, April 17, 2012
TOM YAM SOTONG
Bahan-bahannya:600 gm sotong 1 labu bawang besar - dihiris bulat2 - 3 batang serai dititik5 - 6 cili api merah dititik3 sudu besar pes tom yam thai1 ketul kiub tomyam maggi1/2 batang lobah merah - dipotong serongBunga kobisCendawan tiram warna putih1 batang saderi - dipotong serong1 biji tomato dibelah 45 - 6 keping daun limau purut2 sudu besar jus limau kasturiAir secukupnya untuk kuah tom yamCara-cara penyediaannya:1. Didihkan air secukupnya di dalam periuk. Kemudian masukkan pes tomyam, kiub tomyam, dan serai. Kacau rata dan biarkan kuah mendidih. Perasakan...
Saturday, April 14, 2012
SARDIN ROLL ROTI
Resepi ini diperolehi daripada Majalah Wanita terbitan bulan November 2010 semasa Kak Noor sedang mengemas buku-buku lama untuk dibuang di pejabat tempoh hari. Nama chefnya pun Kak Noor dah lupa. Sekadar hanya dapat mengingati resepinya sahaja. Sebenarnya resepi asal inti sardin roll menggunakan inti sardin yang tidak dimasak, hanya mengambil isi sardinnya sahaja (kuahnya dibuang) dan terus diadun dengan bahan-bahan lain. Memandangkan Kak Noor dan keluarga tidak berapa menggemari isi sardin yang diadun sebegini, maka Kak Noor menggunakan kaedah menumis untuk...
Bihun Goreng Tom Yam
Bahan-bahannya:1 bungkus bihun kering - direndam semalaman dan ditoskan.1 labu bawang besar saiz sederhana dihiris4 ulas bawang putih dihirisUdang saiz sederhana (kuantiti udang yang digunakan ikut citarasa masing-masing)Sotong dipotong bulat - Kak Noor tidak masukkan2 senduk nasi cili kering kisar1 sudu besar kicap manis2 sudu besar pes tom yam1sudu teh cukaTaugeh secukupnya. Boleh diganti dengan kobis sekiranya taugeh tidak ada.Batang saderi dihirisDaun bawang dihirisCili merah dihirisBawang gorengGaram/gula/serbuk perasaSedikit minyak untuk menumisPenyediaannya:1. ...
Kacang Buncis Leper Goreng Kunyit
Terdapat pelbagai resepi masakan menggunakan kacang buncis; seperti kacang buncis masak lemak kuning dengan udang, kacang masak lemak putih dengan soun, dan yang paling kerap dimasak ialah kacang buncis goreng. Pelbagai bahan tambahan digunakan untuk mengenakkan lagi masakan kacang buncis goreng ini. Ada yang menggunakan perencah daging, udang, ikan bilis, sotong dan juga tambahan sayur-sayuran seperti lobak merah dan kobis. Kacang buncis yang Kak Noor beli di pasar raya tempoh hari bentuknya leper. First time jumpa kacang buncis leper ini. Bila dah masak, rasanya...
Daging Goreng Kunyit
Semalam sepulang dari kerja, sempat singgah di pasar malam berdekatan stesen LRT Jelatek. Tengok udang, sotong, dan ketam, alahai semuanya mahal-mahal belako. Yang paling murah ikan, tu pun harga yang paling murah RM10.00 sekilo iaitu ikan kembong kecil. Tapi Kak Noor beli ikan mata besar sahaja. Ikan ni sedap digoreng dan dimakan panas-panas sahaja. Kalau masak lain mesti x jalan melainkan kalau masak sambal ikan. Teringin pula nak beli daging sebab dah lama x masak daging. Beli sikit sudahlah, dapat sekali makan. Lagipun dua orang anak bujang...