Pages

Sunday, October 14, 2012

Puding Koktel

Assalamualaikum dan Selamat Petang dan Salam Ceria di hujung minggu. Masa untuk kita beristirehat bersama keluarga dan pada masa yang sama membereskan kerja-kerja rumah sebelum menjelangnya esok.  Itulah tanggungjawab Si Ibu yang mempunyai kerjaya; lima hari seminggu melaksanakan tugas di pejabat dan dua hari lagi tanggungjawab sepenuhnya di rumah.  Walaupun dua hari telah digazetkan sebagai cuti rehat bekerja, tetapi bila telah ada di rumah, istilah rehat itu tidak boleh diguna pakai lagi.  Dalam masa dua hari inilah, kita perlu membereskan kerja-kerja rumah yang tidak termampu dibuat oleh kita sepenuhnya sewaktu hari-hari bekerja disebabkan kesuntukan masa; masa lebih banyak dihabiskan di pejabat.




Happy Birthday Cheela...... just 4u my dear.


Hari ini adalah  ulang tahun kelahiran  anak bongsu Kak Noor yang bernama `Cheela' yang ke-9.  Sejak seminggu yang lalu Cheela beria-ia benar meminta Kak Noor membuat majlis hari lahirnya seperti tahun lalu. Tahun lalu Kak Noor tempah kek Angry Bird seberat 5 kg. untuknya.  Kan masa tu demam `Angry Bird'!  Hadiah-hadiah yang diterima pun banyak yang bertemakan Angry Bird.  Ramailah juga kawan-kawan rapatnya yang datang, dan Kak Noor juga turut menjemput jiran-jiran terdekat dan rakan-rakan pejabat.  Seronok sangat Cheela masa tu.  Tetapi.... untuk hari ini memang tak ada majlis hari lahir untuk Cheela.  Esok peperiksaan penggal ketiga persekolahan akan bermula.  Kak Noor mahu Cheela skor flying colours dalam peperiksaan ini dan naik kelas yang lebih baik untuk tahun hadapan. Lepas ini, baru Kak Noor fikirkan sama ada masih nak buatkan majlis untuknya atau tidak.   Kalau buat juga, mungkin belated birthday le..

Kak Noor gunakan acuan silikon bunga ros.  


Kalau suka boleh tambahkan sirap coklat semasa menghidang

Dalam pada itu, terfikir juga nak sediakan puding untuk Cheela.   Kalau tak dapat sediakan kek, sediakan puding pun jadilah.  At least something daripada nothing.   Lagipun dalam sebulan ini, seisi rumah tidak berapa sihat; silih berganti demam dan batuk.  Yang paling kasihan Cheela, hari ini ulang tahun kelahirannya, tetapi semalam dah demam panas.   Birthday Gild demam.... Walaupun dah makan ubat, tetapi demam tak nak turun juga.    Terpaksalah insert ubat, dan Alhamdulillah hari ini nampak beransur sihat.  Takut juga kalau demam berterusan sebab esok peperiksaan dah bermula.    




Ok.. bercakap pasal puding, semalam semasa blogwalking terjumpalah beberapa  resepi puding koktel di laman blog kekawan.  Tetapi kesemuanya menggunakan agar-agar serbuk.  Selepas meneliti kesemua resepi, Kak Noor olahkan mengikut kesesuaian dan citarasa Kak Noor.  Kelainan pada resepi ini ialah Kak Noor tambahkan ais-krim Vanilla.  

Inilah  resepi Puding Koktel olahan Kak Noor.  Kalau nak tahu sedap atau tidak, kenalah mencuba resepi ini.

Bahan-bahannya: 
1 paket agar-agar strip (30 gram)
6 cawan air
1 ¾ cawan gula
4 sudu besar ais-krim vanilla
1 tin buah-buahan koktel (500 gram) – asingkan airnya untuk disatukan dengan bahan-bahan kisar

Bahan-bahan dikisar (menggunakan blender):
1 tin susu sejat Carnation
Air buah-buahan koktel
3 sudu besar tepung kastard
1 biji telur
¼ sudu kecil vanilla
- Satukan bahan-bahan di atas di dalam blender basah dan blend sehingga semua bahan sebati dan halus.

Cara-cara membuatnya:
1. Basuh agar-agar strip dan rendam lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 6 cawan air dan masak sehingga agar-agar larut.
2. Selepas agar-agar larut masukkan gula. Kacau dan masak sehingga gula larut.
3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan kacau sehingga adunan mendidih dan agak kental. Gunakan api yang sederhana dan kacau berterusan kerana ditakuti adunan akan hangit/rentung di dipermukaan periuk.
4. Sejurus sebelum diangkat, campurkan ais-krim vanilla dan kacau lagi sehingga ais krim larut. Kemudian bolehlah ditutup api dan biarkan ia sejuk seketika (lebih kurang 5 minit).
5. Sementara itu jika suka boleh susun dulu buah-buahan koktel di dalam acuan yang sesuai.
6. Setelah itu tuangkan ½ adunan tadi perlahan-perlahan di dalam acuan. Kemudian tambahkan lagi buah-buahan koktel sehingga habis. Kemudian tuangkan baki adunan tadi sehingga habis.
7. Sejukkan di dalam peti ais. Lebih elok jika disimpan semalamam. Sediakan waktu malam dan sejukkan semalaman. Esok dah boleh makan.

0 comments:

Post a Comment