Saya mula buat biskut dari semalam dan hari ni , setakat ni saya dah dapat buat 3 jenis biskut raya yang mudah-mudah je adunannya dan walaupun biskut ni rupanya biasa-biasa saja tapi rasanya memang sedap..
Biskut yang sangat enak...
BAHAN A :1 cawan mentega(227 gm)
1/4 cawan gula castor (30 gm)
1 1/2 cawan tepung gandum naik sendiri(195 gm)
1/2 cawan tepung jagung(60gm)
1 sudu teh esen vanilla
BAHAN B:
BAHAN B:
Gula icing secukupnya
CARA MEMBUAT :
Pukul mentega dengan gula sehingga kembang dan menjadi ringan kemudian masukkan esen vanilla dan pukul lagi .
Satukan tepung gandum dan tepung jagung dan diayak .
Masukkan semua tepung ke dalam adunan mentega tadi dan gaul hingga menjadi doh yang lembut .
Masukkan doh ni ke dalam bekas plastik bertutup dan simpan dalam fridge selama sejam.
Keluarkan doh dari fridge dan uli menjadi bentuk bola kecil sebesar ibu jari . Susun dalam dulang pembakar , jangan susun terlalu dekat anggaran 1 inci antara setiap bebola sebab biskut ni akan menjadi leper apabila dah masak nanti . Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170`C selama 15 - 20 minit.
Bila biskut dah masak keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dulu . Tuangkan gula aising dalam pinggan dan masukkan biskut yang dah sejuk tadi ke dalam gula icing ni .Gaul biskut ni dengan gula aising ni dan boleh la disimpan biskut dalam bekas kedap udara..
0 comments:
Post a Comment