Mudah aje resepi ni. Sesiapa pun boleh buat. Jom kita tengok bahan-bahan yang Kak Noor gunakan untuk resepi ayam goreng rempah ini.
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam - dibuang kulit dan dipotong ikut suka
1 sudu besar gula perang
1 sudu besar perencah ayam TUMIX
Garam secukupnya
Bahan-bahan Kisar:
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
5 batang serai - dipotong halus
3 tangkai daun kari
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk kas-kas
Penyediaannya:
1. Satukan kesemua bahan-bahan kisar di dalam blender dan dikisar hingga lumat dan sebati.
2. Perap ayam dengan bahan-bahan yang telah dikisar tadi bersama gula perang, perencah ayam TUMIX, dan garam secukup rasa. Ayam lebih elok diperap semalamam di dalam peti ais (freezer).
3. Pastikan ayam yang diperap dinyahbekukan sebelum digoreng.
4. Panaskan minyak dan masukkan beberapa helai daun kari.
5. Goreng ayam sehingga masak dan garing. Angkat dan toskan.
6. Sedia untuk dimakan dengan nasi panas.
0 comments:
Post a Comment