Puding roti coklat chips ni memang favorite anak-anak sebab ada banyak coklat chips yang saya taburkan pada setiap lapisan roti dan pada pemukaan paling atas . Anak-anak saya memang suka coklat so semua masakan yang ada coklat mesti cepat je habis dimakan hehe macam kek coklat, roti coklat , muffin coklat dan pudding coklat chips ni..
Kalau google memang ada resepi pudding coklat tapi saya ubah suai je dari resepi puding roti biasa dan tambah bahan-bahan ikut selera anak-anak . So kalau ada sesiapa yang nak cuba pun boleh ubah suai ikut selera masing-masing..
Bahan A:
600 ml susu perisa coklat-dlm kotak
8 keping roti putih
Butter secukupnya utk disapu pada roti
Bahan B:
5 sudu besar gula halus
2 sudu besar milo
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung
Bahan C:
2 sudu besar kismis hitam
Coklat chips secukupnya
SOS KASTAD
1 tin susu cair
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula
*Kalau nak pudding roti agak kering masak la lebih lama dalam oven dan kalau nak lebih manis tambah la gula lagi
Cara memasak :
1. Sapukan sedikit butter pada pemukaan loyang pembakar . Sapu setiap keping roti dengan butter secukupnya dan susun roti dalam loyang atau bekas yang sesuai . Masa susun roti tu taburkan sedikit kismis dan coklat chips secukupnya pada pemukaan roti . Ulang susun sampai habis roti dan tabur pemukaan paling atas dengan coklat chips dan kismis.
2. Kemudian tuangkan susu coklat ke dalam loyang dan biar roti rendam selama 1/2 jam.
3. Kacau dan gaul rata bahan B. Masukkan kismis dan tuangkan ke dalam loyang.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.
5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
6. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.
0 comments:
Post a Comment