Pages

Monday, August 18, 2014

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI

Sambal tumis ikan bilis saya ni terover banyak minyak la hehehe..

Sudah lama juga saya tak masak sambal tumis ikan bilis dengan petai , hari Ahad yang lepas saya ada beli petai untuk dimakan buat ulam so ada la tinggal lagi 1 papan petai , cukup la untuk di buat rencah sambal tumis ikan bilis ni.

Resepi sambal ikan bilis ni serba ringkas saja...


BAHAN-BAHAN :

3 genggam ikan bilis - dibersih dan digoreng sampai garing
1 biji bawang besar - dimayang nipis-nipis
1 papan petai - kopek ambil buah petai
1 sudu kecil gula
Air asam jawa secukup rasa
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS :

10 biji cili kering - kalau nak pedas tambah la lagi
3 biji bawng merah
1 ulas bawang putih
2 cm belacan

CARA MEMASAK :

Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar , masukkan air asam jawa , gula dan biarkan cili masak sehingga terbit minyak dan sambal menjadi harum.

Masukkan ikan bilis goreng tadi , bawang besar yang dimayang nipis dan garam , kacau. Kemudian masukkan petai dan kacau bagi semua bahan mesra , bila petai dah layu boleh la ditutup api dapur.

Saturday, August 16, 2014

FISH N CHIPS


ikan dory bersama fries , mayonies/mustard dan lemon.

FISH N CHIPS


BAHAN-BAHAN :

5 keping ikan fillet ikan dory ( sebesar tapak tangan )
fries secukupnya
serbuk roti secukupnya ( bread crums )
Minyak masak secukupnya untuk mengoreng

BAHAN-BAHAN ( bancuhan tepung) :
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 biji telur
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan air sejuk
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN :

Bersihkan fillet ikan dory dan gaulkan serbuk lada hitam / sulah dan perap selama 15 minit.

Bancuh semua bahan tepung tadi dan kacau sehingga menjadi pekat , jika bancuhan agak cair tambah sedikit saja tepung gandum lagi .

Celupkan fillet ikan dory ke dalam bancuhan tepung pastikan rata pada semua bahagian.


Kemudian letakkan fillet ikan dory tadi ke dalam serbuk roti dan gaul rata .pastikan semua bahagian ikan dilitupi dengan serbuk roti ini.


Goreng fillet ikan dalam minyak sehingga fillet ikan bertukar warna coklat kekuningan atau samapi fillet ikan masak . Guna api yang sederhana sahaja supaya fillet ikan masak sekata dan kulit luar tidak hangit.


Wednesday, August 13, 2014

MENU SARAPAN


Bangun pagi tadi saya tengok ada banyak lagi roti yang dibeli 2 hari lepas . Nak makan dengan jem dan butter dah tak sedap sooo apa lagi saya buat la resepi apa yg patut bagi roti ni sedap di makan .

Semalam masa tengok rancangan waktu pagi yang Amy Mastura jadi hos tuu , Apa-apa aje . Ada ditunjuk menu ni tapi roti yang diguna ialah baguette .

Nak buatnya mudah sangat ...


BAHAN-BAHAN :

2 biji tomato
1 biji bawang besar
1 peket sosej
1 peket chedder cheese atau monzarella cheese
1/2 sudu teh lada hitam
1/2 sudu teh italian mix herbs
2 sudu besar olive oil

CARA MEMASAK :

Potong kecil-kecil semua tomato , bawang besar , sosej . Masukkan ke dalam bekas yang sesuai kemudian campurkan lada hitam , italian herbs , minyak zaitun . kacau semua bahan .

Sapukan butter ke atas roti dulu dan susun semua roti dalam tray pembakar , letakkan campuran sosej tadi keatas roti dan letakkan cheese kat atas campuran sosej tadi.

Bakar selama 20 minit dalam suhu 180 darjah celcius , atau sampai cheese jadi kekuningan. Roti ini pun nanti akan jadi ranggup dan sedap sangat. Cuba la....



Ready untuk dibakar..


Baru keluar dari oven..



Hmmm yummy ...

BUTTER COOKIES

Dah lama saya buat cookies ini tapi malam ni baru dapat saya masukkan gambar dan resepinya ke dalam blog resepi saya ni.
Saya memang peminat Nigella Lawson , chef cantik lawa yang cara masakannya sama macam saya juga iaitu main campak-campak saja hehehee...... ( jangan ikut cara saya ya...ikut sukatan yang betul ) ....
Bila tengok episod Nigella buat cookies ni , saya pun teringin nak cuba maklum la raya dah nak dekat ni walaupun kena puasa dulu kan tapi saya nak cuba cari resepi cookies yang mudah dan cepat disiapkan dan resepi Nigella ni memang cepat dan sedap cookiesnya...
Saya malas la nak re-type balik resepinya soo...saya copy and paste je resepi ni dari website Nigella sendiri , kalau sapa-sapa yang nak macam-macam lagi resepi pegi saja ke sana...
Kali ni saya tak ambil pulak gambar step by step proses saya buat cookies ni kira ikut mood , kalau rajin saya ambil banyak gambar masa tengah masak kalau tak hanya bila dah siap masak baru saya ambil gambar makanan tu . So , kali ni hanya gambar cookies yang dah siap saja saya ambil ...


Ingredients

Cookies:

  • 6 tablespoons soft unsalted butter
  • 1/2 cup sugar
  • 1 large egg
  • 1/2 teaspoon pure vanilla extract
  • 1 1/2 cups all-purpose flour
  • 1/2 teaspoon baking powder
  • 1/2 teaspoon salt

Icing:

  • 2 to 3 tablespoons just-boiled water
  • 1 cup confectioners' sugar, sifted
  • Food coloring, preferably pastes
  • Special equipment: cookie cutters

Directions

Preheat the oven to 350 degrees F.

Cream the butter and sugar together until pale and moving towards moussiness, then beat in the egg and vanilla. In another bowl, combine the flour, baking powder, and salt. Add the dry ingredients to the butter and eggs, and mix gently but surely. If you think the finished mixture is too sticky to be rolled out, add more flour, but do so sparingly as too much will make the dough tough. Form into a fat disk, wrap in plastic wrap, and let rest in the refrigerator for at least 1 hour.

Sprinkle a suitable surface with flour, place disk of dough on it, and sprinkle a little more flour on top of that. Then roll it out to a thickness of about 1/4-inch. Cut into shapes, dipping the cutter into flour as you go, and place the cookies a little apart on 2 parchment or silpat lined baking sheets.

Bake for 8 to 12 minutes; obviously it depends on the shape you're using and whether they are on the upper or lower shelf, though you can swap them around after about 5 minutes. When they're ready expect them to be tinged a pronounced gold around the edges; they'll be softish still in the middle, but set while they cool.

Remove the cookies with a flat, preferably flexible, spatula to a wire rack. When they are fully cooled, you can get on with the icing. Put a couple of tablespoons of not-quite-boiling water into a large bowl, add the sieved confectioners sugar and mix together, adding more water as you need to form a thick paste. Color,as desired. I think pastes are much better than liquid, not just because the range of colors is better but because they don't dilute the icing as they tint. Ice cooled cookies, as desired.

Monday, August 11, 2014

GANGGUAN TEKNIKAL LA...


Semenjak minggu lepas saya memang tak dapat nak masukkan apa-apa gambar pun tentang aktiviti masakan dari dapur saya kerana ada gangguan teknikal yang tak dapat di perbaiki lagi sepenuhnya . Sebab tu la habis saya pegi kumpul segala gambar-gambar kek yang comel lawa tu semua dari internet , tak pa la juga sekurang-kurangnya boleh saya simpan saja gambar-gambar tu buat koleksi sendiri sambil menjamu mata.

Apa pun insyallah kalau semua dah ok kembali kepada keadaan sedia kala sepenuh , by next week saya boleh la masukkan semula semua resepi masakan dan gambar yang dah lama saya simpan tu .

GAMBAR KEK LAGI

Saya kumpul semua gambar-gambar kek ni untuk koleksi sendiri .













Sunday, August 10, 2014

GAMBAR KEK FANTASI

Saya kumpul gambar-gambar kek lagi dari internet / GOOGLE , saja nak buat koleksi atau bahan rujukan dan boleh disimpan saja dalam blog saya ni , mana la tau tiba-tiba teringin pulak saya nak buat kek yang bertema fantasi dan fairies .





















GAMBAR KEK CANTIK LAGI









Saturday, August 9, 2014

SIMPLE AND SWEET

ALL PHOTOS ARE FROM GOOGLE IMAGES....

Semua kek ni bukan saya yang membuat hiasannya ya tapi saya copy dari Google untuk dibuat koleksi dan bahan rujukan saja . Semua decoration cake ni simple-simple sajakan , kira just nice saja.....saya suka semua teknik decoration dari yang simple , colorful dan macam-macam lagi tapi bila nak buatnya entah la...tengok gambar pun dah best....