Pages

Showing posts with label resepi sambal tumis. Show all posts
Showing posts with label resepi sambal tumis. Show all posts

Tuesday, October 20, 2015

SAMBAL IKAN KELI

Resepi ni saya belajar dari mak mertua cara orang Nogori la . Menu ikan sambal ni memang feberet saya dan suami . Sambal ni cukup sedap kalau dimakan dengan sambal tempoyak dan ada pula ulam potai uishhhh sodapnyer....
Mak mertua dah ubah sikit cara masak sambal ikan keli ni sebab habis tulang ikan dan kepala dibuang lepas ikan keli ni siap digoreng garing . Mak mertua saya cakap dia buang tulang ikan keli ni dan ambil isi ikan keli saja sebab nak senang bila makan . Satu lagi sebab ialah isi ikan keli ni menjadi lebih mesra bila digaul dengan sambal cili api masa proses masak nanti , menu ni macam serunding ikan pulakkan tapi memang senang nak makan sebab habis semua tulang dan kepala ikan dah tak ada...lagi satu mertua saya guna banyak bawang besar sebab manis bawang besar tu memang sedap sangat bila digaul bersama kepedasan cili api sambal ni hmmm sedapnya. Mak mertua saya bila tumis sambal ni memang dia guna banyak minyak sebab nak bagi sambal jadi kering so menu ni memang tak leh la di masak selalu atau kita sendiri la kurangkan minyak bila nak menumis .
Bila masak saya memang buang tulang dan kepala ikan keli ni tapi saya ambil bahagian ekor ikan keli sebab saya suka makan ekor ikan keli yang di goreng ranggup , enak sekali...


BAHAN-BAHAN :

8 ekor ikan keli - dibersih lumur dengan garam /kunyit dan digoreng sampai garing
2 biji bawang besar - dimayang nipis-nipis
1 sudu kecil gula-blh tambah ikut selera sendiri
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR atau TUMBUK HALUS :

12 biji cili api - kalau nak pedas tambah la lagi
3 biji bawng merah
1 ulas bawang putih
2cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

Goreng ikan keli sampai garing kemudain angkat dan tos bila ikan dah sejuk keluarkan semua tulang-tulang ikan dan kepala ikan sekali hanya ambil isi yang nak dimakan.

Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar , masukkan asam keping , gula dan biarkan cili masak dan sambal menjadi harum.

Masukkan bawang besar yang dimayang nipis kacau sekejap sampai bawang menjadi sedikit layu dan masukkans emua isi ikan keli goreng tadi . Masukkan garam kemudian kacau semua bahan sampai mesra , bila bawang besar dah layu boleh la ditutup api dapur.

Saturday, October 10, 2015

SAMBAL PETAI IKAN BILIS


BAHAN-BAHAN :

200 grm ikan bilis - dibersih dan digoreng sampai garing
4 papan petai- kupas ambil petai
2 biji bawang besar - dimayang nipis-nipis
1 sudu kecil gula
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR atau TUMBUK HALUS :

10 biji cili api - kalau nak pedas tambah la lagi
3 biji bawng merah
1 ulas bawang putih

CARA MEMASAK :

Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar , masukkan asam keping , gula dan biarkan cili masak dan sambal menjadi harum.

Masukkan ikan bilis goreng tadi , bawang besar yang dimayang nipis dan garam , kacau. Kemudian masukkan petai dan kacau bagi semua bahan mesra , bila petai dah layu boleh la ditutup api dapur.

Saturday, September 5, 2015

SAMBAL SOTONG KEMBANG

Resepi sambal sotong kembang ni dah banyak kali saya masukkan dalam blog ni kiranya ni macam n3 ulangan la so layan je la..
BAHAN-BAHAN:
1 kilo sotong kembang
2 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
Garam , gula dan air asam jawa secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

BAHAN DIKISAR HALUS:

15 biji cili kering
5 bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan

CARA MEMASAK :

1) Sotong kembang ni dipotong dan direbus sekejap untuk buang air kapur . Sotong akan jadi kecut dan boleh la ditos sotong ni dan ketepikan dulu.

2)Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan gula , asam jawa , garam dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak .

3) Masukkan sotong , bawang besar dan terus kacau jika terlalu kering masukkan sedikit sahaja air . Kacau lagi sehingga semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api.

Saya guna minyak yang agak banyak masa tumis sambal cili ni supaya sambal ni cukup masak , jika kurang minyak sambal ni akan jadi kering . Nak bagi sambal sedap semua rasa mesti seimbang rasa pedas,manis dan masam .

Wednesday, August 19, 2015

SAMBAL IKAN


Menu sambal ikan ni memang kegemaran saya dan kakak-kakak , seingat saya dulu arwah mak saya memang selalu masak menu ikan sambal ni sebab tu sampai sekarang sekali sekala bila teringin nak makan saya mesti masak sambal ikan .
Seawal umur 12 tahun lagi saya sudah dilatih oleh mak untuk menolong beliau di dapur lagi dan menu sambal ikan ni lah masakan pertama yang diajar oleh mak saya . Masa tu sebelah tangan mak saya tak berfungsi dengan elok selepas dia diserang penyakit strok yang agak teruk . Jadi saya lah yang banyak bantu mak di dapur sebab kakak-kakak dah bekerja dan tak tinggal sekali dengan kami . Saya pula memang suka nak cuba memasak walaupun masa tu masih budak lagi . Rupa-rupanya memang diri saya ni minat sangat memasak sampai la ke hari ni dan segala tunjuk ajar arwah mak saya guna sekarang ni . Bila bulan puasa ni saya selalu teringat pada arwah mak saya yang memang mahir memasak dan segala masakannya memang sedap sanagt especially kari , sebak rasa hati tapi saya perlu la terima hakikat yang arwah mak dah lama meninggalkan saya tapi kenangan , peluk cium dan kasih sayang mak akan saya ingat sampai ke hujung hayat ni... moga roh mak sentiasa dicucuri rahmat...
Ok la ni pula gambar sambal ikan yang saya masak semalam untuk family gathering dekat rumah kakak saya .

Bahan-bahannya:-

1 kilo ikan kembong segar
Sedikit air asam jawa
1-2 biji bawang besar - dipotong membulat
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk mengoreng ikan dan menumis

Bahan-bahan dikisar :-

12 biji cili kering
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 inci belacan

Kalau nak pedas boleh ditambah lagi cili kering

Cara memasaknya:-

1.Bersihkan ikan kembong dan dilumur dengan garam serta kunyit kemudian digoreng sehingga masak dan sedikit garing .

2.Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.Kemudian masukkan air asam jawa , bawang besar dan gula ,sekali sekala kacau semua bahan . Selalunya saya akan masukkan 2 sudu besar gula dalam sambal ikan ni untuk bagi seimbang rasa pedas dari cili kering .

3.Bila sambal dah masak serta pecah minyak baru la boleh dimasukkan ikan serta garam dan kacau rata.Rasa garam jika kurang boleh ditambah dan gaul semua bahan supaya menjadi sekata dan boleh la ditutup api dapur.

Friday, July 3, 2015

SAMBAL SOTONG KERING


Sotong kering ni suami saya beli masa dia ke Labuan , kat sana kan memang banyak hasil laut yang dikeringkan macam sotong ni . Sotong ni bukan dari jenis sotong kering yang perlu direndam dengan kapur supaya jadi kembang warna coklat tu tapi ini adalah sotong biasa yang kita selalu beli kat pasar tu tapi telah dikering so rasa sotongnya sangat sedap berbeza dengan sotong kembang .

BAHAN-BAHAN:

250 grm sotong kering ( rendam selama 3-5 jam seblm masak)
1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
Garam , gula dan air asam jawa secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS:

10 biji cili kering
4 bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan

CARA MEMASAK :

1) Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan gula, asam jawa , garam dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak .

2) Masukkan sotong , bawang besar dan terus mengacau jika terlalu kering masukkan sedikit sahaja air . Kacau lagi sehingga semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api.

Monday, August 18, 2014

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI

Sambal tumis ikan bilis saya ni terover banyak minyak la hehehe..

Sudah lama juga saya tak masak sambal tumis ikan bilis dengan petai , hari Ahad yang lepas saya ada beli petai untuk dimakan buat ulam so ada la tinggal lagi 1 papan petai , cukup la untuk di buat rencah sambal tumis ikan bilis ni.

Resepi sambal ikan bilis ni serba ringkas saja...


BAHAN-BAHAN :

3 genggam ikan bilis - dibersih dan digoreng sampai garing
1 biji bawang besar - dimayang nipis-nipis
1 papan petai - kopek ambil buah petai
1 sudu kecil gula
Air asam jawa secukup rasa
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS :

10 biji cili kering - kalau nak pedas tambah la lagi
3 biji bawng merah
1 ulas bawang putih
2 cm belacan

CARA MEMASAK :

Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar , masukkan air asam jawa , gula dan biarkan cili masak sehingga terbit minyak dan sambal menjadi harum.

Masukkan ikan bilis goreng tadi , bawang besar yang dimayang nipis dan garam , kacau. Kemudian masukkan petai dan kacau bagi semua bahan mesra , bila petai dah layu boleh la ditutup api dapur.

Sunday, July 20, 2014

SAMBAL CILI API IKAN



BAHAN-BAHAN :

1 kilo ikan sardin/selayang
2 biji bawang besar
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

15 biji cili api
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK :

1. Goreng semua ikan , angkat dan tos.

2. Tumis semua bahan ditumbuk lumat , kacau sampai terbit bau wangi kemudian masukkan semua bawang besar . Biar sampai bawang besar layu boleh la di masukkan asam keping dan kacau , masukkan semua ikan , garam dan gula . Terus mengacau supaya semua bahan sekata dan boleh la ditutup api.

Bahan tumbuk ditumis sampai wangi dan kemudian dimasukkan bawang besar, biar sampai bawang menjadi layu.



Masukkan ikan goreng dan kacau supaya semua bahan sekata.

Wednesday, July 2, 2014

SARDIN TUMIS CILI

Makan malam kami yang simple , saya masak kangkung tumis belacan , sardin tumis cili dan telur dadar... dah cukup sedap untuk kami sekeluarga .



BAHAN-BAHAN :

1 tin sardin
1 biji bawang besar
1/2 sudu kecil asam jawa segera
1/2 sudu kecil gula

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 biji cili merah
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan

CARA-CARA MEMASAK :

1. Panaskan sedikit minyak kemudian tumis bahan tumbuk sampai masak dan wangi .

2. Masukkan bawang besar yang telah dipotong nipis-nipis dan kacau sampai bawang menjadi layu. Kemudian masukkan semua sardin , gula dan asam jawa , terus kacau sampai mesra dan boleh la ditutup api. Kalaau tak cukup masin tambah la garam sikit.

* Selalunya saya gunakan cili kering yang telah dikisar halus tapi kali ni saya guna cili merah tapi rasanya lebih kurang sama saja tetap sedap...

Sunday, June 8, 2014

SAMBAL TUMIS TELUR

Sambal telur ni antara menu yang mak saya suka masak masa saya kecil-kecil dulu , sampai sekarang saya suka hmmm sedap. Saya masih ikut cara mak saya sediakan telur rebus ni , cara mak saya ialah telur yang di rebus ni di kelar-kelar kelilingnya lepas tu telur rebus ni di goreng kejap biar sampai kelilingnya bergerutut kekuningan.

Sekarang ni anak-anak saya pun suka makan sambal telur ni menu simple yang sanagt menyelerakan...



BAHAN-BAHAN :

6 biji telur - direbus
1 biji bawang besar - di potong nipis
1/2 sudu kecil asam jawa segera
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR LUMAT :

10 biji cili kering
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm belacan

CARA-CARA MEMASAK :

1) Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar tadi sampai terbit bau wangi dan cili menjadi masak dan terbit minyak.

2) Kemudian masukkan gula, asam jawa, garam dan bawang besar .Terus mengacau semua bahan tadi sehingga bawang besar menjadi layu.

3) Telur yang sudah di kupas tadi , dikelar kelilingnya dan digoreng sekejap sehingga kelilingnya menjadi kekuningan.

4) Masukkan semua telur dalam sambal tadi dan terus mengacau semua bahan secara perlahan-lahan supaya sambal meliputi seluruh pemukaan telur , jika kurang masin tambah la garam lagi , tak perlu masak telur ni terlalu lama. Bila semua bahan dah cukup mesra boleh la ditutup api dapur.

Saturday, May 17, 2014

SAMBAL PARU

Sambal paru ni pun menu kesukaan saya hmmm sedap , mudah juga nak masak resepi ni , cuba la. Selalu saya masak sambal paru ni bila saya masak kuah lodek makan dengan lontong. 


BAHAN-BAHAN :
1 kilo paru
1 bawang merah yang besar- di potong nipis
1 sudu teh asam jawa segera
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIKISAR HALUS :
20 biji cili kering
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 cm belacan

CARA MEMASAK :
1) Rebus paru sampai masak atau separh masak , yang penting paru ni menjadi kenyal dan mudah dipotong.Potong paru menjadi kepingan kecil dan gaulkan paru ni bersama garam dan sedikit kunyit . Panaskan minyak dan goreng paru sehingga masak , angkat dan toskan paru ini.
2) Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi dan kacau.Biarkan sambal masak samapi terbit minyak kemudian masukkan garam dan gula serta asam jawa.Kacau sambal dan masukkan paru yang sudah digoreng tadi seterusnya masukkan bawang merah yang di potong nipis tadi. Kacau semua bahan supaya paru bersalut dengan sambal .

Wednesday, March 19, 2014

SAMBAL TUMIS SOTONG KERING


BAHAN-BAHAN:

300 grm sotong kering ( rendam selama 3-5 jam seblm masak)
1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
1 sudu kecil gula
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil asam jawa segera
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS:

10 biji cili kering
4 bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan

CARA MEMASAK :

1) Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan sos cili, gula, asam jawa, sos tiram dan terus kacau kuah sampai mendidih.

2) Masukkan sotong , bawang besar, garam dan terus mengacau jika terlalu kering masukkan sedikit sahaja air.Kacau lagi sehingga semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api.

Tuesday, March 18, 2014

SARDIN TUMIS CILI API

Saya tak pernah jumpa resepi ini dimana-mana sebelum ini ,bila kawin dengan suami baru saya dapat merasa hidangan ini yang dimasak oleh mak mertua.Suami bagi tahu yang resepi ini mak dia yang cipta sendiri.Memang sedap dan mudah dibuat. Sos ikan sardin memang tak di guna langsung dan ikan sardin digoreng sampai agak garing adalah untuk membuang hanyir dan bagi ikan berasa lebih sedap. Saya pun suka sangat resepi ini, kalau nak lebih pedas tambah la lagi banyak cili api.


BAHAN -BAHAN :

1 tin besar cap ayam atau king cup.
1 cawan minyak
1 biji bawang besar
8 biji cili api
2 biji bawang merah
1/2 sudu kecil asam jawa segera
Sedikit garam

CARA MEMASAK :

1) Asingkan ikan sardin dari kuah.Panaskan minyak dan goreng ikan sardin sampai agak garing atau betul-betul garing.Kuah ikan sardin tidak akan digunakan untuk resepi ini.

2) Bawang merah dan cili api ditumbuk lumat.

3) Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk tadi , biar sampai naik bau kemudian masukkan bawang besar , kacau sampai bawang besar agak layu dan terus masukkan ikan sardin , asam jawa dan garam.Kacau lagi sehingga semua adunan menjadi mesra dan boleh la ditutup api.