Pages

Sunday, January 1, 2012

Puding Koktel

Bahan-bahannya:
1 tin buah-buahan koktel - diasingkan air dan buahnya
30 gm agar-agar - 1 bungkus
1 cawan susu cair
4 cawan air
2 biji kuning telur
1 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
Sedikit pewarna merah



Cara Menyediakan:
1. Masak agar-agar bersama air hingga hancur.
2. Masukkan gula dan biarkan larut.
3. Dalam bekas berasingan, pukul susu cair, air buah-buahan koktel dan kuning telur seketika, kemudian  tuang ke dalam adunan agar-agar tadi. Biarkan mendidih.
4. Padamkan api dan masukkan buah-buahan koktel.
5. Tuangkan adunan ke dalam acuan.  Alurkan sedikit pewarna merah di atas adunan dan biarkan ia keras di dalam peti sejuk.


0 comments:

Post a Comment