Aha... mesti terliurkan bila tengok udang dan sotong di dalam mee goreng ini kan! Inilah sarapan pagi keluarga Kak Noor hari ini. Bila goreng mee, kebiasaannya Kak Noor goreng basah dan taugeh mesti banyak. Memang sedap dimakan sejurus lepas masak. Jangan tunggu lama-lama sampai sejuk, nanti mee kembang.Bahan-bahannya:2 bungkus mee kuningRM1.00 taugeh segar10 ekor udang saiz sederhana2 ekor sotong - dipotong bulat1 senduk cili kering kisar1 biji bawang besar dihiris3 ulas bawang putih dititik1 sudu teh cuka2 sudu besar sos tomato2 sudu besar sos cili2 sudu besar sos tiram2 sudu...
Friday, March 30, 2012
Mee Goreng Basah
Kari Ikan Pari
Bahan-bahannya: 500 gm ikan pari – dipotong kepada beberapa keping 10 batang bendi 1 biji terung panjang – dipotong serong 1 biji tomato – dibelah empat 2 biji cili hijau 4 – 5 tangkai cili kering – dibasuh dan dipotong kecil 1 sudu besar pati asam jawa 1 cawan pati santan + 2 cawan air Garam secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis Bahan mesin (A): 4 sudu besar rempah kari 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu kecil serbuk cili 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih Air secukupnya (Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dimesin dengan air hingga halus)...
Lemak Cili Api Ikan Masin dan Pisang Muda
Bahan-bahannya:4 - 5 ketul ikan kurau masin - potong kecil1 sikat pisang muda1 cawan pati santan2 batang serai - dititikSedikit ikan bilis - dibasuh dan ditumbuk kasarGaram dan gula secukup rasaBahan-bahan dikisar:3 - 4 biji cili api (warna merah)2 biji bawang besar3 ulas bawang putih2 inci kunyit hidup2 cawan santan cair - 1/2 cawan pati santan + 1 1/2 cawan air)(Satukan bahan-bahan di atas dan dikisar halus bersama santan cair)Cara-cara memasak:Siat kulit pisang dan potong serong. Kemudian rendam di dalam air garam lebih kurang 1/2 jam.Masukkan bahan-bahan kisar, pisang, ikan bilis,...
Wednesday, March 28, 2012
Telur Masak Kicap
Bila daging atau ayam tidak lagi dapat membuka selera anakanda, maka resepi ringkas inilah yang Kak Noor masak untuk mereka. Dan resepi inilah juga yang menjadi penyelamat sekiranya Kak Noor terlewat bangun pagi, tetapi masih perlu menyediakan sajian tengah hari untuk anakanda di rumah. Walaupun tidak seberapa, setidak-tidaknya masih ada lauk yang boleh dimakan sepeninggalan Kak Noor pergi bekerja.Bahan-bahannya:5 biji telur - digoreng mata kerbau1 biji bawang besar - dihiris membulat2 - 3 biji cili padi - diketuk1 biji buah tomato - dibelah empatDaun sup/daun bawang - dipotong 1 inci...
SAMBAL TUMIS KERANG
Kerang lagi!! Hai…sejak-sejak akhir ini Kak Noor berminat dengan masakan kerang pulak. Sebenarnya Kak Noor ni peminat nombor satu sambal tumis kerang. Kalau makan dengan nasi putih, lebih-lebih lagi dengan nasi lemak, terkelu lidah untuk berkata-kata. Mestilah lidah kelu, sebab tengah menyuap kan… Ingat tak zaman kanak-kanak dulu semasa ibu kita meminta tolong kita mengopek kerang. Boleh kata separuh masuk ke mulut dan tinggal separuh lagi untuk dimasak. Kak Noor rasa semua orang pernah mengalami saat-saat indah mengopek kerang ini.Nak masak sambal kerang ni perlu bersusah-susah dulu,...
Saturday, March 24, 2012
SWEET SOUR BEBOLA AYAM DAN TAUHU
Masakan ini teramat digemari oleh anak-anak Kak Noor. Sajian ini dimasak pada hari ini atas permintaan anak lelaki Kak Noor yang akan pulang ke Kolej Komuniti pada hari ini setelah bercuti selama tiga hari pulang ke rumah untuk mengambil keputusan SPMnya. Syukur Alhamdulillah ke hadrat yang maha ESA kerana dengan limpah rahmatNYA anak Kak Noor memperolehi keputusan yang masih melayakkannya untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.Kebiasaannya Kak Noor gunakan 1 bungkus (1kg) bebola ayam untuk sajian keluarga. Tauhu pula Kak Noor gunakan untuk `memeriahkan'...
Kek Coklat Moist (Kukus)
Bila tengok N3 kek coklat dalam blog rakan-rakan, teruja sangat ingin mencuba membuatnya. Kak Noor bukanlah seorang yang mahir membuat kek seperti rakan-rakan blogger yang lain di mana kek-kek yang dipaparkan dalam blog begitu cantik dan membangkitkan selera. Kak Noor juga tidak pernah menghadiri mana-mana kelas membuat kek, hanya membuatnya mengikut resepi sahaja. Bolehlah sekadar untuk santapan seisi keluarga.Memandangkan `keteringinan' Kak Noor tidak dapat dibendung lagi, maka hari ini Kak Noor cuba membuat kek coklat moist. Resepi asal kek coklat moist ini...
Friday, March 23, 2012
SAYUR CAMPUR GORENG MAMAK
Bahan-bahannya:1 paket kacang buncis - dipotong serong1/2 batang lobak merah - dipotong bulat5 batang putik jagung - dhiris serongSoun secukupnyaSedikit isi daging - dihiris nipis dan kecil1 biji bawang besar - dihiris nipis3 ulas bawang putih - dihiris nipis1/2 sudu teh biji sawi1 biji cili merah - dihiris1 tangkai daun kari - lurut daripada tangkaiSedikit serbuk kunyitMinyak secukupnya untuk menumisCara membuatnya:Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, cili merah, biji sawi, dan daun kari sehingga wangi dan layu.Tambah air dan serbuk kunyit. Masukkan daging...
ASAM PEDAS (TUMIS) IKAN KERISI NANAS
Bahan-bahannya:3 ekor ikan kerisi - kalau saiz besar boleh dikerat duaNanas dihiris1 sudu besar pati asam jawa2 batang serai dititikBeberapa tangkai daun kesumAir secukupnyaMinyak secukupnya untuk menumisBahan-bahan dikisar halus:5 sudu besar cili kering kisar3 ulas bawang putih1 inci halia2 inci kunyit hidup1 inci belacanAir secukupnyaCara membuatnya:Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik bau dan terbit minyak. Kemudian masukkan air secukupnya dan biarkan ia mendidih.Kemudian masukkan pati asam jawa, serai, dan nanas. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa...
Monday, March 19, 2012
RENDANG PEDAS KERANG
Resepi yang ingin Kak Noor kongsikan pada hari ini ialah Rendang Pedas Kerang. Telah lama Kak Noor menyimpan hasrat untuk berkongsi resepi favourite ini dengan rakan-rakan semua. Kebiasaannya orang menggunakan bahan seperti daging dan ayam untuk membuat rendang dan jarang sekali mereka menggunakan kerang. Alkisahnya resepi ini Kak Noor perolehi daripada sebuah buku majalah lebih kurang 23 tahun yang lalu semasa Kak Noor baru mendirikan rumah tangga. Dah tak ingat majalah apa. Maklumlah masa tu tak jadi chef kat dapur lagi. Untuk menyediakan rendang seperti ini pada...
Saturday, March 17, 2012
Nasi Jagung
Sajian makan tengah hari hujung minggu ini ialah Nasi Jagung. Lauknya pula Kak Noor gandingkan dengan ayam masak ros, dan tidak lupa papadom untuk pembuka selera. Cuma yang kurangnya ialah acar timun dan nenas, sebab tak ada bahan-bahan tersebut di rumah. Selain ayam masak ros, nasi jagung ini juga boleh dimakan dengan ayam masak merah, kerutuk ayam dan kurma ayam masalaBahan-bahannya:*4 cawan beras, basuh bersih dan rendam selama 1/2 jam, dan toskan.*4 cawan air biasa*1 cawan susu sejat250 gram jagung (corn kennels) - Kak Noor guna jenama simplot1 helai daun pandan disimpul2...
Tuesday, March 13, 2012
Kurma Ayam Masala
Bahan-bahannya:1 ekor ayam dibuang kulit - dipotong 12 dan digaramkunyitkan1/2 kilo pati santan - dicampur dengan 2 cawan air3 biji ubi kentang saiz sederhana - 1 biji dibelah dua1 sudu besar serbuk garam masala - boleh dibeli di pasar raya2 biji cili merah/cili hijau - Kak Noor gula cili merahBeberapa biji cili padi, sekiranya suka1 biji tomato - dibelah 41 cawan airGaram dan gula secukup rasa.Bahan-bahan A: (disatukan dan diblend)4 sudu besar serbuk rempah kurma1 biji bawang besar (merah) bersaiz besar3 ulas bawang putih1 sudu teh serbuk cili1 sudu teh serbuk jintan manis1 sudu teh serbuk...
Sunday, March 11, 2012
Masak Lemak Lobak Putih
Kak Noor suke….. sangat masakan sayur ni. Kalau tak makan dengan nasi, Kak Noor ratah sayur sahaja. Sebenarnya masak lemak lobak putih ini adalah masakan nostalgia…. Teringat semasa zaman kanak-kanak, nenda Kak Noor selalu juga masak sayur ini. Bagus untuk menyejukkan badan katanya. Setakat itulah yang Kak Noor faham tentang khasiat sayur ni semasa zaman kanak-kanak. Al maklumlah semasa kanak-kanak dulu, leka bermain ke sana ke sini tanpa mengira cuaca panas. Bila makan sayur ni, sejuklah badan kot!Tetapi itulah… anak-anak kita tidak gemar lobak putih ini. Mereka mungkin kenal lobak...
Telur Masak Kicap Taucu
Kebiasaannya resepi telur masak kicap, telur masak taucu, atau telur masak sos, kebanyakan orang lebih gemar menggoreng telur terlebih dahulu. Tetapi bagi resepi ini, Kak Noor cuma guna telur rebus sahaja. Kalau suka, telur rebus ini juga boleh digoreng terlebih dahulu. Walaupun resepi ini semudah ABC, tetapi Kak Noor ingin kongsikan juga dalam blog ini memandangkan ia adalah salah satu sajian yang pernah Kak Noor makan semasa zaman kanak-kanak dulu.Bahan-bahannya:Beberapa biji telur direbus dan dikopek kulitnya – Kuantiti ikut suka4 sudu besar taucu – dibasuh untuk menghilangkan...
Saturday, March 10, 2012
Daging Masak Kicap Berempah
Hari ini untuk sajian tengah hari Kak Noor masak ringkas sahaja. Nak masak beraneka jenis, takut tak habis pula dan membuang sahaja. Masing-masing tak berselera sangat nak makan nasi sebab rasa nak demam tak demam. Tekak rasa pedih, mata rasa pedih dan mulut pun rasa pahit. Mungkin musim demam sekarang ini.Tengok di dalam peti ais ada daging. Dalam mood kurang selera ini, masakan kenalah pedas sikit. Timbul idea nak masak kicap berempah campur dengan ubi kentang. Sedap juga kalau makan dengan nasi panas. Cukup satu jenis lauk sahaja. Bahan-bahannya:1/2...
Monday, March 5, 2012
Puding Cendol
Bahan-bahannya:30 gram strip agar-agar800 ml air - untuk memasak agar-agar200 ml air - untuk memasak gula pasir dan gula merah500 gram cendol – boleh dibeli di pasar raya150 gram gula pasir150 gram gula merah300 ml santan pekat300 ml susu cair2 biji kuning telur saiz sederhana1 helai daun pandan disimpulSedikit garamCara-caranya:1. Masukkan agar-agar dan 800ml air di dalam periuk. Masak sehingga agar-agar larut.2. Dalam periuk yang lain masukkan gula pasir, gula merah, daun pandan, dan 200 ml air. Masak sehingga gula larut, kemudian tapiskan.3. Satukan santan pekat, susu cair,...
Saturday, March 3, 2012
Nasi Ayam dengan Ayam Goreng Rempah
Hari ini Kak Noor masak nasi ayam untuk makan tengah hari. Agak lama juga tak masak nasi ayam sendiri. Asyik beli kat kedai aje. So sempena cuti hujung minggu, bolehlah lama-lama sikit kat dapur. Ayamnya pula Kak Noor masak goreng berempah, special lah sikit. Resepi nasi ayam ini adalah olahan Kak Noor sendiri dan inilah resepi yang Kak Noor gunakan kalau memasak nasi ayam. Kak Noor gunakan beras basmathi untuk memasak nasi ayam ini.Pada N3 kali ini Kak Noor akan muatkan resepi set hidangan Nasi Ayam yang terdiri daripada nasi ayam, ayam goreng berempah, sup, sos cili, dan sos kicap.(1)...
Friday, March 2, 2012
Kari Ikan Kembung
Pagi tadi sempat masak kari ikan ini sebelum ke pejabat. Semalam dah rancang dengan rakan sepejabat, masing-masing nak bawa masakan daripada rumah untuk makan tengah hari ramai-ramai di pejabat. Kali ini Kak Noor masak tak banyak memandangkan ahli keluarga telah berkurang; sebab tiga orang anak KaNoor telah ke kolej dan universiti. So bahagi dua le... separuh tinggal kat rumah dan separuh lagi bawa ke pejabat. Alhamdulillah... pada hari Jumaat yang mulia ini dapat juga beri rakan-rakan sepejabat merasai masakan kita. Kawan Kak Noor pula bawa Gulai pisang ikan...
Thursday, March 1, 2012
Sotong Marsala
Bahan-bahannya: 10 ekor sotong saiz sederhana 1 biji bawang besar dihiris 3 ulas bawang putih dihiris 1 inci halia dihiris 2 tangkai daun kari 1 sudu kecil serbuk jintan manis 1 sudu kecil serbuk jintan putih 1 sudu kecil serbuk cili 1 sudu kecil serbuk kayu manis 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu besar serbuk ketumbar 2 sudu besar serbuk marsala - boleh dibeli di pasar raya Carrefour atau kedai mamak yang menjual rempah½ cawan pati santan1 biji cili hijau dihiris 1 biji tomato – dipotong wedges Daun bawang Minyak untuk menumis Garam dan gula secukup rasa Cara-cara membuatnya: 1. ...