Bahan-bahannya:
*5 cawan tepung gandum
1 tin jagung berkrim
1 biji telur
*1 sudu teh soda bikarbonat
5 sudu besar gula pasir
210 ml susu segar atau susu sejat
1 sudu kecil garam
Air suam secukupnya untuk membancuh adunan
Minyak untuk menggoreng
(*tepung gandum dan soda bikarbonat diayak bersama)
Cara-cara membuatnya:
Satukan bahan-bahan di atas dan digaul rata. Masukkan air suam sedikit demi sedikit sehingga adunan betul-betul sebati. Perapkan selama lebih kurang 1/2 jam. Selepas 1/2 jam, gaul kembali adunan tersebut. Kemudian bolehlah dijemput adunan tersebut dan digoreng sehingga kekuningan atau sedikit garing, bergantung kepada citarasa masing-masing.
0 comments:
Post a Comment