Sotong Tiga Rasa, kombinasi pedas, manis, dan masam yang pasti membuka selera.
Bahan-bahannya:
600 gram sotong saiz sederhana
½ biji cili benggala (merah, kuning, dan hijau) – dipotong kiub
3 sudu besar cili kering kisar
Garam dan gula
1 cawan air
2 helai daun limau purut
Daun sup/daun bawang
Minyak secukupnya untuk menumis
Bahan-bahan tumis:
2 biji bawang besar – dibelah enam setiap biji, kemudian dileraikan kelopaknya 3 ulas bawang putih – diracik halus
1 inci halia – diracik halus
Bahan-bahan sos:
3 sudu besar sos cili thai
2 sudu besar sos hijau thai
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos sotong atau sos ikan
Cara-cara memasak:
1. Sotong dibersihkan dan ditoskan. Kelar sotong tetapi jangan putus.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kering kisar dan masak sehingga cili garing (terbit minyak).
3. Masukkan air, diikuti dengan semua sos, cili benggala, dan daun limau purut. Kacau rata dan masak sehingga mendidih. Rasanya kuahnya, dan boleh tambah gula atau garam sehingga cukup rasanya.
4. Kemudian masukkan sotong dan kacau rata. Biarkan di atas dapur sehingga sotong masak.
5. Tutup api. Semasa menghidang bolehlah ditaburkan daun sup dan daun bawang.
0 comments:
Post a Comment