Tetapi itu dulu, sekarang......Sememangnya Kak Noor tidak pernah didedahkan tentang masakan rebung ini sejak kecil lagi. Dalam erti kata yang lain masakan rebung ini tidak pernah masuk rumah. Selalu tengok kawan-kawan makan dengan berselera sekali bila ada rebung. Kata mereka sedap. Lebih-lebih kali kalau masak lemak cili padi. Apa yang Kak Noor tak tahan dengan rebung ini ialah baunya. Lebih-lebih lagi kalau rebung jeruk. Memang tak tahan.
So hari itu semasa kawan sepejabat makan nasi bersama masak lemak cili padi rebung, Kak Noor sempat merasanya. Pergh..... memang sedap. Balik dari pejabat petang itu juga, singgah di kedai, makan nasi dengan masak lemak cili padi daging dengan rebung bersama sambal belacan. Licin sepinggan nasi... nasib baik kat kedai, kalau kat rumah dah bertambah...
Hari ini Kak Noor sempat cuba memasak resepi ini; cara orang Negeri Sembilan masak. Mudah dan tak payah guna bawang. Kuantiti bahan terpulanglah kepada citarasa masing-masing. Lagipun ramai orang telah mahir memasak masak lemak cili padi ini.
Daging cincang
Rebung
Cili padi hijau dan cili padi merah
Kunyit hidup
Santan
Garam dan serbuk perasa
Cara-caranya:
1. Blend cili padi dan kunyit bersama sedikit air, kemudian didihkan di dalam periuk/kuali bersama daging tadi. Masak sehingga daging lembut. Sekiranya daging belum lembut, boleh tambahkan air lagi.
2. Setelah daging lembut, masukkan rebung.
3. Setelah daging empuk dan rebung lembut, masukkan santan pekat, garam dan serbuk perasa. Senantiasa kacau bahan-bahan tesebut agar tidak pecah minyak.
4. Biarkan santan mendidih, kemudian tutup api.

0 comments:
Post a Comment