Pages

Showing posts with label ketam. Show all posts
Showing posts with label ketam. Show all posts

Monday, November 16, 2015

MASAK LEMAK KETAM

Resepi ketam lagi kali ni saya masak ketam yang datang jauh dari Labuan . Resepi simple tapi sangat sedap yang penting kuah mesti pekat dan mesti guna cili api burung yang kecil , kunyit hidup dan serai mesti lebih dari sebatang . Ikut cara mertua saya yang pure keturunan Minang bila masak lemak cili api ni tak guna sebarang jenis bawang pun selain tu dia suka guna garam kasar yang asli dan hanya pati santan kelapa yang pekat .
BAHAN-BAHAN :

6 ekor ketam yang besar
3-4 cawan santan pekat-kalau tak cukup tambah sikit lagi
8 biji cili api-boleh ditambah
3 cm kunyit hidup
3 batang serai - dititik
1-2 keping asam keping
Garam secukup rasa

* Boleh juga dimasukkan nenas dalam masak lemak ni dan tak perlu la guna asam keping

CARA MEMASAK :

Bersihkan ketam dan potong dua , titik kaki bagi senang nak makan nanti . Semua cili api dan kunyit hidup ditumbuk lumat . Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk bersama santan pekat dan serai yg dititik . Hidupkan api dapur dan biar sampai kuah mendidih . Masukkan semua ketam dan garam serta asam keping . Kacau kuah sekali-sekala supaya tak pecah minyak, bila dah masak ketam akan bertukar warna .

Saturday, November 14, 2015

Ketam sweet sour

Selalunya bila beli ketam saya akan masak menu kari ketam bersama nenas atau masak lemak cili api so kali ni saya masak ketam sweet sour hmmm sedapnyaaaa..
Saya tambah sedikit santan pada kuah ketam masak masam manis bagi ada rasa lemak manis masam haa cukup semua rasa you...
yum yum sungguh enak...

BAHAN-BAHAN:
2 kg ketam
3 biji tomato masak ranum
4 batang serai - dititik
Sedikit air asam jawa-boleh tambah kalau suka kuah masam
1 cawan santan-tak tambah santan pn ok
Sedikit air - jika perlu saja

* Boleh ditambah nenas atau cili capsicum

BAHAN-BAHAN DIKISAR LUMAT :
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3cm halia
2cm lengkuas
4 biji cili kering-direndam dalam air panas sampai kembang

BAHAN-BAHAN SOS:
5 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan/nampla-boleh ditambah kalau kurang masin
Sedikit minyak bijan

CARA MEMASAK :
* Bersihkan semua ketam dan dipotong 2 kemudian dibasuh bersih dan diketepikan dulu . Kisar semua bahan menumis .

* Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan dikisar dan kacau biar sampai masak dan terbit bau wangi . Masukkan tomato dan semua bahan sos terus kacau sambil rasa jika ada terkurang apa-apa bahan boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . Masukkan semua ketam tadi serta santan dan gaul rata kemudian tutup kuali dan biarkan sampai semua ketam masak . Buka penutup kuali dan kacau dan kalau nak kuah lebih tambah la air . Boleh juga ditambah daun sup atau daun bawang untuk xtra citarasa dan bau . Bila ketam dah masak boleh la ditutup api dapur..

* Sila la ubah atau tambah apa saja bahan ikut pada citarasa sendiri..

Ketam sweet sour yang baru masak..