Pages

Tuesday, June 23, 2015

CHICKEN & EGG MAYO SANDWICH


Bila buat sandwich saya suka pelbagaikan filling macam kali ni saya guna isi ayam panggang dengan telur rebus yang hancur serta digaul dengan mayonis dan cara macam ni agak mudah serta rasanya memang sedap yum yum..

Chicken & egg mayo sandwich..sedapnya..


Macam-macam bahan lain yang boleh ditambah macam timun , avacado, tomato , alfafa sprouts dan macam-macam jenis salad . Saya suka sapu roti dengan butter atau cream cheese dulu tapi kalau tak mau sapu pun boleh sandwich yang kita buat ni jadi makanan yang lagi baik untuk kesihatan sebab kurang lemak..


Lepas dah letak chicken mayo kita letak pula egg mayonis ni dan banyak mana kuantitinya ikut pada selera masing-masing la...


Lepas tu boleh la kita susun pulak sayur-sayurnya lagi banyak sayur lagi bagus lagi sihat sebab banyak fiber . Dah pun siap sandwich kita ni ermmm sedapnya dan sangat mengenyangkan..cuba la...

CHICKEN & EGG MAYO


Saya suka makan sandwich sebab mudah nak disediakan dan sedap . Filling untuk sandwich ada macam-macam jenis dan yang saya tunjukkan dalam n3 kali ni ialah chicken mayonis dan egg mayonis .
Semalam saya ada beli roast chicken dari hypermarket tapi tak habis so yang left over ni la saya buat jadi chicken-mayo . Selalunya bila saya panggang ayam anak-anak tak suka makan bahagian dada ayam so saya buat jadi chicken mayo la juga . Boleh juga beli dada ayam kemudian direbus dan lepas tu dipotong kecil-kecil sebelum digaulkan dengan mayonis..


Isi ayam yang dah dicarik kecil-kecil digaul dengan mayo secukup rasa dan tambah la sedikit serbuk lada hitam . Saya tak ambil kulit ayam ni tapi ikut pada selera masing-masing la . Filling sandwich yang saya bagi resepi ni sama saja macam kat Deli France , Dave`s Deli atau Dunkin Donut tapi kat restoran-restoran tu harga sandwich macam ni memang mahal la so lagi untung buat sendiri sebab boleh buat banyak..



Rebus telur sehingga masak kemudian hancurkan dan gaul dengan mayonis . Berapa banyak nak letak mayonis ikut pada selera masing-masing la . Egg mayo ni sedap di campur dengan tuna mayo atau chicken/salami..

Friday, June 19, 2015

TEMPE GORENG KICAP

BAHAN-BAHAN :

2 peket tempe
1 cawan ikan bilis
6 biji ubi kentang
2 biji bawang besar
10 biji cili hijau
1 biji cili kapsicum kuning
2 sudu besar sos tiram
4-5 sudu besar kicap

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar ikan bilis

CARA-CARA MEMASAK :

-Potong tempe kecil-kecil dan ubi kentang di kupas kemudian dipotong nipis-nipis juga .Tempe , ubi kentang dan ikan bilis digoreng kemudian ditos dan ketepikan dulu sekejap.

-Tumis bahan tumbuk sampai terbit wangi kemudian masukkan bawang besar yang dimayang nipis-nipis dan semua cili sampai naik wangi . Kemudian masukkan sos tiram dan kacau semua bahan-bahan .

-Masukkan tempe , ubi kentang dan ikan bilis kemudian masukkan kicap dan terus kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Jika masih kurang masin boleh la ditambah kicap atau garam lagi . Resepi yang mudah dan cepat disediakan.

NASI MINYAK n KARI AYAM


Hari Jumaat lepas untuk lunch saya masak nasi minyak dan kari ayam ni . Bila tengok dalam peti ais hanya ada tinggal ayam dan ada sedikit lagi beras basmathi dari jamuan birthday Aisyah dulu . Saya masak kari simple saja tanpa sayur acar atau lauk-pauk lain mudah dan ringkas je .

Nasi minyak
BAHAN-BAHAN:

3 cawan beras basmathi
4 cawan air
1 cawan susu cair
2 helai daun pandan- disimpul & ikat
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna kuning-tak letak pun tak pe
Sedikit kismis kuning
5 sudu besar minyak sapi untuk menumis

BAHAN TUMISAN :

2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
4 biji buah pelaga
2 inci kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji bunga cengkih


CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan halia serta dipotong nipis-nipis . Basuh beras dan rendam beras selama sejam .

Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan-bahan . Panaskan semua minyak sapi dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan tumisan sampai wangi dan bawang menjadi layu kekuningan .

Kemudian masukkan semua air , susu cair, daun pandan serta biarkan sampai mendidih dan boleh la dimasukkan semua beras , garam secukup rasa dan kacau bagi mesra semua bahan-bahan . Terus angkat periuk nasi ini dan masukkan ke dalam badan periuk nasi untuk proses masak seterusnya macam kita masak nasi biasa guna eletrik . Bila dah masak boleh la ditaburkan sedikit saja pewarna kuning serta kismis dan gaul perlahan-lahan supaya sekata warna kuning dan kismis ini bersama nasi minyak . Boleh la ditutup suis periuk nasi ini.


Kari ayam
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam
5 biji ubi kentang yg besar
4 cawan santan pekat
1 peket rempah kari ayam
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kayu manis - 1 batang je
4 biji bunga cengkih
2biji bunga lawang
4 biji buah pelaga
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1) Kupas bawang, halia dan dimayang halus , panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang bersama kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih sehingga terbit bau wangi.

2) Campurkan rempah kari dengan sedikit air di dalam mangkuk plastik .Bila bawang sudah layu masukkan rempah kari dan terus kacau sehingga rempah kari masak dan terbit minyak.

3) Kemudian masukkan semua santan dan kacau , masukkan semua ubi kentang dan biarkan kuah mendidih sekejap.Masukkan ayam dan garam dan kacau supaya semua bahan mesra.

4) Perlahan api dapur dan tutup periuk dengan tudung periuk , biarkan kuah terus mendidih . Kacau kuah sekali-sekala dan bila ayam dan ubi kentang sudah masak boleh la di tutup api dapur dan hidangkan kari ayam ini.

Sup ubi kentang n crab stick


Resepi yang sangat mudah nak dimasak dan sekejap je dah siap . Resepi ni memang favorite kami sekeluarga . Anak-anak suka sangat so saya guna pelbagaikan rencah untuk sup ini macam kali ni saya masukkan sekali crab sticks.

BAHAN-BAHAN :

8 biji ubi kentang
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis
1 peket campuran suhun/fucuk
10 batang crab stick
4 -5 cawan air
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

- Kupas semua bawang dan dimayang halus , kupas semua ubi kentang dan dibelah 4 . Rendam fucuk/suhun , basuh ikan bilis.

- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang , biar sampai bawang layu dan masukkan ikan bilis kacau semua bahan sampai terbit bau harum.

- Masukkan air dan ubi kentang , biar kuah mendidih dan ubi kentang menjadi empuk , masukkan garam secukup rasa , crab stick dan suhun/pucuk . Kacau semua bahan bagi mesra dan bila suhun dah lembut boleh la di tutup api dapur.

SARAPAN APA PAGI TADI..

Salam pagi Ahad

Makan apa sarapan pagi tadi ? pagi Sabtu kami sekeluarga makan di restoran favorite kami di area rumah saya ni . Kalau nak makan roti canai atau tosei paper memang kami mesti singgah restoran Benazir la kat Puchong Indah ni.

Makanan bergoreng yang dijual kat sini pun sedap , set nasi dengan lauk-pauk pun sedap kiranya semua sedap la . Kalau malamnya ada masakkan panas ala Thai yang sedap juga dan harga pun masih murah semua menu bergoreng masih RM3.50 dengan potion makanannya banyak . Paling saya suka mihun kungfu hmm memang sedap portion banyak sangat . Restoran ni pun bersih tu yang penting sekali .

Saya makan tosai paper yang sodap dan Aisyah makan roti canai la , Kuah dal dan karinya pun sodap . Suami saya kalau makan nasi kat sini mesti ambil sendiri kuah kari ayam campur dengan kari ikan taruh atas banyak sangat banjir la...


Adlina yang memang suka sangat makan roti canai , anak-anak saya memang suka makan roti canai hari-hari makan roti canai pun boleh..


Kuah ubi kentang favorite kami sekeluarga kalau makan di sini rasanya ubi kentang ni direbus dulu kemudian ditumis dengan biji sawi , bawang , cili api,daun kari dan serbuk kunyit memang sedapp ni...



Adam yang happy menikmati sarapan..

Wednesday, June 17, 2015

SOTONG TUMIS KUNYIT

Resepi sotong yang simple dan senang nak dimasak dan anak-anak saya memang suka sotong masak macam ni sebab tak pedas..


BAHAN-BAHAN:

500 grm sotong
1 biji bawang merah
1 sudu besar sos tiram
Garam dan air asam jawa secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
3 cm kunyit hidup

* boleh ditambah cili api kalau nak pedas

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan sotong dan potong , tos sebentar. Tumiskan bahan tumbuk tadi dan kacau , biarkan seketika sampai naik bau harum.

3) Masukkan bawang besar , sotong , sos tiram , air asam jawa dan terus kacau . Jika kurang masin tambah sedikit garam dan kacau untuk 3-5 minit lagi sampai sotong masak.

* Jangan masak sotong terlalu lama nanti sotong menjadi kecut dan liat. Makanan laut seperti sotong dan udang tak perlu dimasak terlalu lama nanti isinya menjadi ' over cook ' dan tak sedap.