Pages

Showing posts with label resepi masak kicap. Show all posts
Showing posts with label resepi masak kicap. Show all posts

Friday, June 19, 2015

TEMPE GORENG KICAP

BAHAN-BAHAN :

2 peket tempe
1 cawan ikan bilis
6 biji ubi kentang
2 biji bawang besar
10 biji cili hijau
1 biji cili kapsicum kuning
2 sudu besar sos tiram
4-5 sudu besar kicap

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar ikan bilis

CARA-CARA MEMASAK :

-Potong tempe kecil-kecil dan ubi kentang di kupas kemudian dipotong nipis-nipis juga .Tempe , ubi kentang dan ikan bilis digoreng kemudian ditos dan ketepikan dulu sekejap.

-Tumis bahan tumbuk sampai terbit wangi kemudian masukkan bawang besar yang dimayang nipis-nipis dan semua cili sampai naik wangi . Kemudian masukkan sos tiram dan kacau semua bahan-bahan .

-Masukkan tempe , ubi kentang dan ikan bilis kemudian masukkan kicap dan terus kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Jika masih kurang masin boleh la ditambah kicap atau garam lagi . Resepi yang mudah dan cepat disediakan.

Wednesday, June 25, 2014

SOTONG MASAK KICAP


Menu favorite anak-anak dan suami , selalu kalau beli sotong ini la menu yang saya masak.


BAHAN-BAHAN :

500 gm sotong
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
8 sudu kicap pekat
4 sudu sos tiram
1/2 sudu kecil asam jawa segera
1 sudu kecil minyak bijan-option

CARA MEMASAK :

1) Bersihkan sotong dan potong kecil. Kupas bawang dan dimayang nipis-nipis.

2) Panaskan sedikit minyak dan tumis smua bawang sampai layu , kemudian masukkan sotong dan sos tiram , asam jawa , kicap , minyak bijan . Kacau sampai sotong masak . Jangan masak sotong terlalu lama sampai sotong jadi kecut sebab sotong akan jadi liat.

* Resepi ni memang cepat dimasak kalau kurang masin boleh di tambah kicap lagi atau garam. Minyak bijan ada lah untuk buang hanyir sotong tapi kalau tak letak minyak bijan pun ok .

Tuesday, May 6, 2014

Ikan siakap bersos kicap

Resepi ikan siakap ni sangat mudah nak dimasak dan sedap , selalunya saya masak bila hampir-hampir masa nak makan nasi sebab ikan siakap masak macam ni sedap dimakan panas-panas..

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan siakap - 1 kilo
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 cm halia
Sedikit tepung jagung - utk selaput ikan masa goreng
Sedikit daun sup/daun bawang-jika perlu

BAHAN-BAHAN SOS:

5 sudu besar kicap manis-boleh tambah
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil sos nampla-sos siam
1 sudu kecil asam jawa-boleh tambah
1/2 cawan air untuk xtra kuah-boleh tambah ikut citarasa sendiri
1 sudu tepung jagung dibancuh dgn sedikit air- bagi kuah pekat

*Resepi ni tak perlu guna garam sebab rasa masin datang dari kicap dan anda boleh tambah atau kurangkan bahan ikut pada citarasa masing-masing.

CARA MEMASAK :
* Ikan siakap dibersihkan dan dikelar-kelar dan tos ikan sekejap atau keringkan ikan dengan tisu dapur kemudian selaputkan ikan dengan tepung goreng serbaguna . Panaskan minyak secukupnya untuk teknik deep fry dan goreng ikan sehingga garing , gunakan api sederhana supaya ikan tidak hangit.

* Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang , halia dan kacau hingga terbit bau wangi . Masukkan bawang besar goreng sekejap bagi bawang layu dan kemudian masukkan semua bahan sos terus kacau . Rasa jika ada terkurang apa-apa bahan boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . last sekali masukkan bancuhan tepung jagung dengan air tadi secukupnya dan terus kacau kuah bagi pekat .

*Bila kuah dah masak terus la dituang ke atas ikan dan boleh la dihiaskan ikan dengan cili merah serta daun sup/bawang . Seeloknya resepi ini dimakan selepas baru dimasak baru la sedap ...

Sunday, April 6, 2014

IKAN MASAK KICAP


BAHAN-BAHAN:

1 kilo ikan
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 biji bawang besar
6 sudu besar kicap
3 sudu sos tiram
1 cawan air
Sedikit lada hitam

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan ikan dan kemudian digaulkan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng ikan dan angkat toskan.

2)Tumbuk semua bawang merah dan putih serta halia.Tumis bahan tumbuk ini sampai naik bau wangi.Masukkan pula bawang besar kacau dan biarkan layu sedikit.

3) Kemudian masukkan air , kicap , sos tiram dan lada hitam. Kacau dan biar sos mendidih, seterusnya masukkan ikan goreng tadi dan kacau sekejap dalam 3 -5 minit lagi dan boleh la ditutup api dapur .Dah pun masak senang je resepi ni.

Sunday, February 9, 2014

Telur masak kicap

Hari ni saya masak menu simple saja tapi anak-anak suka sebab saya masak telur masak kicap . Menu simple ni memang pilihan anak-anak lagi-lagi si Adlina memang favorite menu dia ni . Memang senang kerja masak mama hari ni hehe....

BAHAN-BAHAN :

6 biji telur
1 biji bawang merah - dipotong membulat
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit daun bawang-diracik halus

BAHAN-BAHAN SOS :

2 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap manis
Sedikit minyak bijan
Sedikit sos nampla/sos ikan Thai
Sedikit air

* Bahan-bahan sos ini boleh ditambah atau kurang ikut pada selera masing-masing

CARA MEMASAK :

-Goreng dulu telur sebiji demi sebiji ketepikan . Kupas semua bawang dan diracik halus.

-Panaskan minyak yang secukupnya dan tumis semua bawang serta dikacau sampai terbit bau wangi . Masukkan semua bahan-bahan sos , bawang besar dan kacau sebentar kemudian masukkan sedikit air serta biarkan kuah sampai hampir mendidih . Masukkan semua telur goreng dan kacau semua bahan sehingga rata dan rasa dulu garamnya jika kurang masin baru la ditambah kicap lagi atau garam .