Pages

Sunday, August 9, 2015

CUTI HUJUNG MINGGU


Sambung lagi cerita kami di kampung..

Ada 7 batang pokok rambutan dan yang ni buahnya dah masak ramun . Buahnya elok lekang dan manis sangat , banyak la juga kami bawa balik ke KL . Saya bagi buah rambutan ni pada kakak saya , jiran dan kawan-kawan kiranya sama-sama merasa buah-buahan dari kampung..


Mertua saya tanam lagi pokok buah naga kat belakang rumah ni dan dalam hujung tahun depan dapat la saya makan buahnya bestnya..


Buah manggis yang fresh satu plastik suami saya kutip dan yang lagi 2 plastik saya kutip sendiri dan buahnya elok serta manis sangat...


Aisyah tolong ikat semua buah manggis , dukung , langsat dan rambutan yang kami nak bawa balik rumah syukur alhamdulillah...

Saturday, August 8, 2015

GULAI TELUR ITIK

Bila kami balik kampung mak mertua saya mesti masak menu gulai telur itik ni sebab anak-anak saya suka sangat dan memang sedap pun sebab masakan mak kan...

BAHAN-BAHAN :

8 biji telur itik
2 biji kelapa parut ambil santan yg pekat-anggaran 4-5 cawan santan pekat
1 helai daun kunyit -yang besar
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

5 biji cili api
5 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

1. Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat , daun kunyit yang dipotong nipis-nipis kemudian masukkan asam keping dan biarkan kuah santan masak sampai mendidih .

2. Pecahkan sebiji demi demi sebiji telur itik dan masukkan ke dalam kuah santan tadi . Biarkan telur itik masak baru la dikacau perlahan-lahan . Masukkan garam secukup rasa dan kacau sekejap dan boleh la ditutup api dapur.

* Kalau suka kuah yang banyak tambah la lagi santan .

NASI GORENG KICAP


Hari Jumaat sampai Ahad lepas kami sekeluarga balik kampung kena pula sekarang ni tengah musim buah-buahan kat kampung suami saya tu . Sepanjang jalan dari kampung Pantai sampai la ke pekan Kuala Klawang pemandangan cantik sangat buah rambutan tengah masak ranum ada warna merah dan kuning . Buah langsat dan buah manggis pun sama tengah musim sekarang ni .
Masa kat kampung selalunya kalau ada nasi semalam memang saya akan masak buat nasi goreng dan kali ni saya masak nasi goreng kicap yang sangat simple tapi sodap hmm yummy....


BAHAN-BAHAN:

6 cawan nasi
2 cawan isi ikan goreng semalam
2 biji telur
Kicap secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS:

4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis ( direndam dahulu )

* kalau nak pedas boleh ditambah cili api

CARA MEMASAK :

1) Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai terbit bau harum .

2) Masukkan isi ikan goreng serta kacau sekejap kemudian masukkan 2 biji telur dan kacau semua bahan menjadi rata .

3) Masukkan semua nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Masukkan kicap secukup rasa dan terus kacau untuk 5 minit lagi sehingga nasi menjadi agak kering dan boleh la ditutup api dapur.

Wednesday, August 5, 2015

Pasta bebola ayam


Semalam untuk anak-anak saya masakkan pasta simple . Selalunya untuk kuah pasta atau spaghetti saya guna tomato sup tapi kali ni tak ade so saya ganti dengan tomato segar yang lagi berkhasiat . Anak-anak saya memang suka sangat kalau tau saya masak pasta sebab ada cheese tu ya sedap sangat tu...
Kali ni saya guna susu full cream dalam kotak untuk masak sos pasta , tujuan saya guna susu supaya dapatkan seimbangkan rasa masam buah tomato tu . Kuah spaghetti ni ada rasa lemak , manis dan masam memang sedap yum yum...selain tu susu full cream ni akan memekatkan kuah spaghetti ni...

pasta spirral yang ditabur cheese parmesan yum yum...

BAHAN-BAHAN :

1 peket pasta spirral
500 grm bebola ayam
1 labu bawang besar Holland atau bawang besar biasa – dicincang halus
2 ulas bawang putih – dicincang halus
8 biji buah tomato bersaiz besar dan yang masak ranum
1 tin kecil tomato puree
4 sudu besar sos cili
1 kiub stok ayam
6 helai daun bay
1 sudu besar herba oregano kering atau Italian Mixed Herbs
2 cawan susu full cream dalam kotak
Garam dan gula secukup rasa
Keju parmesan

Cara Memasak :

1. Didihkan air dalam periuk dan rebus pasta dan masukkan sedikit minyak , tujuan dimasukkan minyak supaya spaghetti/pasta tidak melekat bila dah masak nanti. Kacau sekali-sekala. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan . Letakkan satu sudu margerin atau butter pada spaghetti yang baru direbus ini dan kacau supaya pasta tak melekat .


Cara masak sos :

1.Basuh buah tomato dan potong kecil-kecil kemudian kisar semua buah tomato ni sampai hancur . Masukkan secawan air masa kisar buah tomato ni supaya memudahkan proses mengisar .

2.Panaskan sedikit minyak zaitun atau minyak biasa saja dan tumis semua bawang merah dan bawang putih cincang tadi . Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.

3. Masukkan bebola ayam yang dipotong dua . Kacau dan biarkan sampai bebola ayam masak keperangan . Masukkan buah tomato yang dikisar tadi , tomato puree dan sos cili kemudian terus kacau kuah sos ini supaya semua bahan mesra .

4.Masukkan bay leaf dan italian herbs /oregano, kiub ayam, garam dan gula secukupnya .

5.Biar kan sos mendidih lebih kurang 10-15 minit , kacau sekali - sekala , bila kuah dah mesra boleh la dimasukkan susu full cream tadi . Kacau semua bahan bila sos spaghetti ni maska boleh la ditutup api dapur.

6. Hidang dengan parutan keju parmesan .

SALAD APPLE & TIMUN


Semalam untuk dinner saya masak grill ayam simple ni dengan salad yang simple juga. Saladnya saya hanya apple dan timun dengan sedikit bawang besar sementara tu untuk dressingnya saya guna balsamic vinegar + extra virgin oil + bawang putih dimayang halus + garam/gula secukup rasa .


Ayam bahagian dada ni saya perap selama sejam dan bahan-bahan yang saya guna ialah kicap cair + sedikit oregano + bawang merah/putih .

Monday, August 3, 2015

TUMIS AIR BAYAM UNGU


First time saya cuba beli sayur bayam ungu ni dari hyper market . Saya tertarik sangat dengan warna ungu pada sayur ni dan saya saja je nak cuba rasa sayur ni sedap ke atau tidak . Saya masak resepi senang je tumis air sayur bayam ungu ni . Rasanya sedap macam pucuk manis lepas ni boleh la beli lagi..

Sayur bayam ungu tumis air


Macam ni la rupanya sayur bayam ungu dalam bungkusan plastik..



Sayur bayam ungu , first time saya jumpa sayur ni dan saya beli pun sebab tertarik dengan warna ungunya..

IKAN KELI PANGGANG


Ikan keli memang antara ikan favorite saya dan bila saya tau ikan keli ni kaya dengan khasiat omega 3 lagi rajin la saya masak menu ikan keli ni tambahan Aisyah suka sangat kalau saya masak sambal ikan keli dan Adlina suka ikan keli di goreng saja .

Bila nak cepat siap masak macam ni la jadinya habis saya potong kepala ikan keli ni . Kalau nak masak iakn keli panggang saya akan kelar-kelar dulu ikan keli ni lepas tu letak garam serta kunyit je . Bila grill ikan keli ni saya tak guna minyak pun sebab ikan keli ni akan keluar minyak bila dah separuh masak . Nak memudahkan kerja memanggang saya guna grill pan yang non stick .
Mudah je cara saya panggang ikan . Dalam masa 20 minit ikan keli dah siap di grill lepas tu boleh la dihidang dengan air asam atau sambal kicap...yum yum sedap tu...