Pages

Showing posts with label masak lemak cili api. Show all posts
Showing posts with label masak lemak cili api. Show all posts

Wednesday, December 23, 2015

Kepah masak lemak cili api

Selalunya kepah ni saya suka masak sweet sour atau tumis cili berserai tapi kali ni saja je ubah selera saya amsak lemak cili api pula hmmmmm sedap you . Kepah yang fresh manis memang kena sangat dengan kuah pedas lemak cili api ishhhh cik abang makan nasi bertambah la hehehehe...
BAHAN-BAHAN :

1 kilo kepah segar
3-4 cawan santan yg pekat
1 keping asam keping
4 batang serai dititik
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
4 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

1. Bersihkan kepah dan masukkan ke dalam periuk bersama dengan bahan ditumbuk , santan pekat , serai , asam keping dan garam .

Gaul semua bahan dan masak kuah santan sampai mendidih . Bila dah masak kepah akan terbuka dan boleh la ditutup api dapur.

Kepah fresh yang saya beli di Pantai Remis , Kelang..

Wednesday, December 2, 2015

Daging salai

Saya masukkan resepi masak lemak cili api daging salai lagi memang kami sekeluarga tak pernah jemu dengan resepi kesukaan suami saya ni . Daging pinang batang yang disalai atas bara api ni ada rasa "smoke" yang tersendiri dan texture daging ni memang sedap . Kalau dah makan sekali mesti nak makan banyak kali hehehe
BAHAN-BAHAN :

1 kilo daging lembu salai
4-5 cawan santan pekat
6 biji ubi kentang-dikupas kulit dan dibelah 4
6 batang serai- dititik
1 keping asam keping

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
2 inci kunyit hidup
Garam kasar secukup rasa

* kalau kurang kuah boleh la ditambah santan lagi atau sedikit air

CARA MEMASAK :

Potong daging pada saiz yang sesuai dan bersihkan serta diketepikan dulu . Masukkan semua bahan tumbuk , serai yang dititik , semua santan dan sekeping asam keping . Letak di atas api dapur biarkan sehingga kuah mula hendak mendidih dan terus dimasukkan semua daging serta ubi kentang kacau kuah supaya tak pecah minyak . Bila ubi kentang sudah masak dan menjadi empuk boleh dimasukkan garam serta dikacau kuah , biar sebentar dan boleh la ditutup api dapur .

Ni la rupa daging salai nampak macam tak menarikkan tapi rasanya hmmmmm alahai sodapnya....ado pulak sambal tempoyak dan potai memang makan nasi bertambah berkali-kali la hehehe...


Saturday, August 15, 2015

GULAI DAGING SALAI

Salam hujung minggu hari ni saya masak menu favorite cik abang apa lagi kalau bukan gulai lomak daging salai . Saya dapat daging salai ni masa balik kampung semalam dan mak yang buat sendiri ni daging salai ni.
Kali ni saya masukkan lagi resepi gulai daging salai ni walaupun sebelum ni dah banyak kali saya buat n3 resepi ni bukannya apa masakkan ni ada keistimewaannya tersendiri bau aroma "smoke" daging yang dimasak mesra dengan bahan-bahan lain . Tu belum rasa daging ni yang lembut dengan kuah santan pekat yang sangat lah sedap .
Bahan yang digunakan untuk masak resepi ni tak banyak tapi ada cara nak masak menu ni supaya "menjadi" macam mak masak . Perlu pastikan guna santan pekat , kunyit hidup mesti fresh dan tengah elok tak terlalu tua , serai kena banyak , cili api burung dan semestinya daging salai yang fresh . Masakan ni tak guna bawang merah atau bawang putih memang kebiasaan la menu gulai dari Negeri Sembilan tak ada bawang langsung manis kuahnya datang dari santan yang fresh dan pekat...
Gulai daging salai dengan ubi kentang
BAHAN-BAHAN :
1 kilo daging lembu salai
4-5 cawan santan pekat
6 biji ubi kentang-dikupas kulit dan dibelah 4
6 batang serai- dititik
BAHAN DITUMBUK LUMAT :
10 biji cili api
2 inci kunyit hidup
Garam kasar secukup rasa
* kalau kurang kuah boleh la ditambah santan lagi
CARA MEMASAK :
Potong daging pada saiz yang sesuai dan bersihkan serta diketepikan dulu . Masukkan semua bahan tumbuk , serai yang dititik , semua santan dan sekeping asam keping . Letak di atas api dapur biarkan sehingga kuah mendidih dan terus dimasukkan semua daging serta ubi kentang . Sekali sekala kacau kuah supaya tak pecah minyak .
Bila ubi kentang sudah masak dan menjadi empuk boleh dimasukkan garam serta dikacau kuah , biar sebentar dan boleh la ditutup api dapur .

Monday, August 10, 2015

GULAI PUCUK UBI


Hari ni saya masak gulai pucuk ubi yang saya kutip di kampung dan menu ni memang favorite suami saya . Menu simple ni kalau makan dengan nasi tanpa lauk lain pun dah sedap . Suami saya siap beli ikan masin tenggiri lagi untuk dimakan dengan gulai pucuk ubi ni . So saya goreng la hari ni untuk di makan dengan gulai pucuk ubi ni , ishhh memang sodapnya...



BAHAN-BAHAN :

1 ikat pucuk ubi
2 biji kelapa parut ambil santan yg pekat
1 genggam iakn bilis-rendam sekejap
1 keping asam keping yang kecil
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
4 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

1. Bersihkan pucuk ubi dan buang batang serta ambil daun pucuk ubi ni sahaja .

2.Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat , ikan bilis, asam keping dan garam . Gaul semua bahan dan masak kuah santan sampai mendidih .

3. Masukkan semua pucuk ubi tadi dan kacau sekejap . Biarkan pucuk ubi masak dan menjadi empuk . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur.

Saturday, August 8, 2015

GULAI TELUR ITIK

Bila kami balik kampung mak mertua saya mesti masak menu gulai telur itik ni sebab anak-anak saya suka sangat dan memang sedap pun sebab masakan mak kan...

BAHAN-BAHAN :

8 biji telur itik
2 biji kelapa parut ambil santan yg pekat-anggaran 4-5 cawan santan pekat
1 helai daun kunyit -yang besar
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

5 biji cili api
5 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

1. Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat , daun kunyit yang dipotong nipis-nipis kemudian masukkan asam keping dan biarkan kuah santan masak sampai mendidih .

2. Pecahkan sebiji demi demi sebiji telur itik dan masukkan ke dalam kuah santan tadi . Biarkan telur itik masak baru la dikacau perlahan-lahan . Masukkan garam secukup rasa dan kacau sekejap dan boleh la ditutup api dapur.

* Kalau suka kuah yang banyak tambah la lagi santan .

Wednesday, July 8, 2015

UDANG MASAK LEMAK KUNING



BAHAN-BAHAN :

500 grm udang kertas sederhana besar
2oo grm kacang buncis
3 cawan santan pekat
1 keping asam keping

BAHAN DI TUMBUK LUMAT :

2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
1 batang serai-dititik


CARA MEMASAK :

-Bersihkan semua udang dan kacang buncis di potong menyerong . Masukkan santan pekat dan bahan ditumbuk lumat ke dalam periuk . Hidupkan api dan biarkan sampai kuah mendidih dan kacau kuah . Masukkan udang dan asam keping bersama garam secukup rasa , kacau semua bahan.

-Masukkan kacang buncis dan terus kacau kuah supaya kuah tidak pecah minyak . Bila sayur buncis dah layu boleh la di tutup api dapur.

Saturday, July 19, 2014

MASAK LEMAK CILI API REBUNG + PERUT



Hari ni saya masak lemak cili api rebung campur perut ..hmmm yum..yum

BAHAN-BAHAN :

500 gm perut lembu
300 gm rebung
3 cawan santan pekat
1 serai-dititik
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
3 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK

Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , serai , asam keping , perut dan santan ke dalam periuk . Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan garam. Bila perut dah masak boleh la ditutup api dapur .

* Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak.

Wednesday, July 9, 2014

AYAM MASAK LEMAK CILI API


Ini la resepi kegemaran suami saya , selalu kalau di kampung mak mertua saya akan guna ayam kampung tapi kat bandar nikan susah juga nak cari ayam kampung jadi suami saya beli ayam telur yang dah tua , ayam ni pun kadang-kadang orang panggil ayam pencen hehehe sebab dah pencen dan tak bertelur lagi.

Isi ayam pencen ni pejal dan liat juga so rasanya lebih kurang macam sama dengan ayam kampung . Kalau masak resepi ni memang saya akan masak ayam ni kira macam merebus dulu la sebab nak bagi ayam ni empuk , selalunya saya rebus dalam sejam kalau tak empuk juga saya biar lama sikit atau sampai air rebusan ayam ni jadi sikit.

Saya bagi juga resepi untuk menu ni walaupun saya dah ada bagi dalam post yg lepas ...


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam tua
2 biji kelapa parut ambil santan yg pekat
5 biji ubi kentang - kupas kulit dan belah 4
5 batang serai-dititik
1 keping asam keping yang kecil
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
5 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

1. Ayam di potong kecil dan dibersihkan kemudian dimasukkan ke dalam periuk yang berisi air. Jumlah air hanya cukup-cukup menenggelamkan ayam saja kira jangan banyak sangat . Rebus ayam ni sampai air rebusan ni jadi sikit sangat dan ayam dah empuk.

2.Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk berisi ayam ini bersama santan pekat , serai , asam keping , ubi kentang dan garam . Gaul semua bahan dan biarkan sampai kuah masak dan ubi kentang menjadi empuk.

* Kalau suka kuah yang banyak tambah la lagi santan .

Thursday, May 29, 2014

SARDIN MASAK LEMAK

Resepi ini asal dari kampung suami saya , ikan sardin dalam tin di masak lemak memang sedap..Suami saya cerita dulu masa dia kecil cara mak dia nak jimat duit ialah dengan beli sardin dalam tin , ye la 30 tahun dulu harga 1 tin sardin yang besar pun hanya RM 1.80 , kira murah la boleh dimakan sampai ke malam. Bila saya kawin dengan suami baru saya jumpa menu ikan sardin yang dimasak cara ni . Saya masa membesar tinggal dengan parents memang tak pernah makan sardin sebab abah saya tak suka ikan sardin dalam tin ni...bila dah hidup berkeluarga baru mula makan sardin sebab suami saya gemar sangat ikan sardin dalam tin. Saya pun suka makan resepi ni memang sedap...

BAHAN-BAHAN :
1 tin ikan sardin mackerel
2 cawan santan pekat
1 biji bawang besar
1 helai daun kunyit
4 biji ubi kentang
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :
4 biji cili api
2 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :
1) Kupas semua ubi kentang dan bawang besar serta dipotong empat.
2) Masukkan santan dan bahan tumbuk dalam periuk dan masak kuah sampai hampir mendidih kemudian masukkan ubi kentang dan daun kunyit . Guna kan api dapur yang sederhana supaya kuah masak secara perlahan-lahan dan tak pecah minyak . Biar kan ubi kentang masak sampai empuk .
3) Masukkan semua ikan sardin makeral dan kuah nya sekali , kacau semua bahan supaya menjadi mesra dan sekata. Akhir sekali rasa garam jika kurang masin tambah la garam.

Saturday, May 3, 2014

Masak lemak cili api tempoyak pucuk ubi

Punya la panjang nama menu ni kan heeee , masak lemak cili api pucuk ubi ni special sikit sebab ada tambahan tempoyak . Kalau di kampung suami saya di Kuala Klawang tempoyak memang ditambah dalam menu masak lemak cili api especially bila musim durian macam sekarang ni sebab tempoyak kan banyak dibuat so selalunya menu masak lemak cili api akan ditambah tempoyak bagi lagi sedap laa . Memang masakkan masak lemak cili api akan jadi bertambah enak dengan adanya tempoyak fresh . Kalau nak tau macam mana sedap rasanya masak lemak cili api campur tempoyak ni kena la masak sendiri tapi mesti guna tempoyak home made yang fresh ya bukan yang di beli di kedai .

Saya bagi resepinya yang cukup senang nak dimasak so boleh la cuba ya . Walaupun menu ni nampak je senang nak dimasak tapi masih ada cara yang perlu di ikut supaya menu gulai cili api yang kita masak tu betul-betul menjadi macam masakkan original Nogori Sembilan yang paling penting santan mesti fresh dan pekat , mesti guna kunyit hidup yang cukup matang dan cili api yang kecil-kecil cili api burung tu kalau guna garam mesti yang kasar dan macam-macam lagi la . Dulu masa saya mula-mula masak memang kurang menjadi gulai cili api saya ni tapi bila dah selalu masak dan saya pun banyak perhati kan cara mak mertua masak so slowly saya belajar la cara betul nak masak menu ni dan alhamdulillah En.Husband cakap masak lemak cili api saya dah menetapi piawaian standard resepi original mak mertua den tu heeeeee....


BAHAN-BAHAN :

1 ikat pucuk ubi - ambil daun saja
2 sudu besar tempoyak-boleh tambah
1 keping asam keping-saiz sedang-sedang ya
3-4 cawan santan pekat - boleh tambah ya
Segenggam ikan bilis - boleh tambah
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
2-3 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

- Masukkan semua bahan tumbuk , ikan bilis serta santan pekat dalam periuk kemudian dikacau supaya cukup mesra dan biarkan kuah hampir mendidih . Masukkan asam keping dan garam , kacau kemudian boleh la dimasukkan semua pucuk ubi . Biarkan kuah memdidih dan bila pucuk ubi dah cukup empuk serta masak baru la boleh ditutup api dapur .

* Jika tempoyak dah mula masam boleh la dicampur sedikit gula tetapi sebaik-baiknya guna la tempoyak fresh home made baru la sedap menu ni..

Saturday, April 19, 2014

MASAK LEMAK IKAN MASIN CAMPUR NANAS

Menu ni kesukaan suami dan saya sendiri , boleh juga guna ikan sepat , ikan kurau atau ikan talang masin. Pilih nanas yang agak hijau sebab isinya masih agak keras.

BAHAN-BAHAN:
2 keping ikan duri masin ( sederhana besar)
1 biji nanas sederhana besar
2 cawan santan pekat
5 biji cili api
1 batang serai dititik
2 biji bawang merah
3 cm kunyit hidup
1 keping asam keping
* Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikir saja air
CARA MEMASAK:
1) Rendam ikan masin seketika dan kupas nanas dan potong menyerong jangan potong terlalu nipis kemudian tos ikan masin.
2) Tumbuk bawang merah, cili api dan kunyit hidup sampai lumat kemudian satukan serai , santan dan bahan tumbuk ke dalam periuk kemudian masak diatas api yang sederhana besar sampai kuah agak mendidih. Masukkan ikan masin dan nanas kacau semua bahan dan biarkan sampai kuah mendidih dan nanas menjadi empuk serta masak.

Saturday, April 12, 2014

Ikan keli salai

Sebelum ni saya dah pernah masukkan resepi masak lomak cili api ikan keli salai ni so ni kira n3 ulangan lagi la . Bila ada menu sambal tempoyak saya mesti masak menu gulai cili api baru la kena 'gu nya' atau kiranya menu sambal tempoyak dengan masak lemak cili api memang 'ngam' dimakan bersama la .

Masak lemak cili api kuahnya mesti pekat..

BAHAN-BAHAN:
1 kilo ikan keli salai
4 cawan santan pekat
3 batang serai-dititk
1-2 keping asam keping

BAHAN DITUMBUK LUMAT :
10 biji cili api
4 cm kunyit hidup
garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
Satukan santan pekat dengan semua bahan tumbuk , asam keping serta serai ke dalam periuk dan masak kuah sampai kuah hampir mendidih. Kacau kuah santan supaya tak pecah lemak . kalu tak cukup kuah boleh ditambah santan lagi.
Kemudian masukkan ikan salai , garam secukup rasa dan biarkan kuah mendidih . Bila ikan keli menjadi lembut dan dah masak boleh la ditutup api dapur.

Bahan utama masak lemak cili api

Wednesday, April 9, 2014

MASAK LEMAK IKAN SALAI

Saya tahu cara masak lemak ikan salai ni lepas kahwin dengan suami yang asalnya dari Jelebu , Nogori Sembilan. Kat kampung suami semuanya disalai macam burung puyuh , daging , ikan keli/talapia. Dulu-dulu peti ais tak de jadi cara nak simpan makanan supaya makanan tahan lama semua makanan mentah macam ikan keli disalai guna bara api. Menu ikan keli salai masak lemak cili api ni adalah favorite suami saya .Memang sedap masak lemak cili api ikan keli salai ni....


Ini la rupa ikan keli salai ( smoke cat fish ) , bau smoke tu yang sedap sangat.Saya beli masa on the way balik dari bercuti kat Pengkalan Balak Melaka. Saya beli ikan keli salai ni di gerai tepi jalan kat Rembau , N.Sembilan .Walaupun masa tu hujan agak lebat juga tapi saya minta suami berhenti juga kat gerai ni sebab susah nak cari ikan salai yang fresh baru disalai.Cara nak masak ikan keli ni pun senang je tapi yang penting sekali mesti guna santan kelapa yang fresh dan kunyit hidup baru sedap masak lemak cili api macam mak mertua saya masak , sodap botoi la omak masak.


Masak lemak cili api ikan keli salai
BAHAN-BAHAN:
1 kilo ikan keli salai
5 cawan santan pekat
1 ikat pucuk paku

BAHAN DITUMBUK LUMAT :
10 biji cili api
4 cm kunyit hidup
2 keping asam keping
garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1) Satukan santan pekat dengan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan biarkan kuah mendidih. Kacau kuah santan supaya tak pecah lemak kemudian masukkan asam keping dan kacau lagi.
2) Bila kuah dah mendidih masukkan pucuk paku dulu dan kacau bila pucuk paku dah layu sikit baru masukkan ikan salai dan biarkan kuah mendidih dan ikan keli menjadi lembut dan dah masak. Rasa garam kalau tak cukup masin tambah la garam lagi.

Monday, April 7, 2014

Masak lemak cili api puyuh salai..sodapnye...

Gulai burung puyuh salai emmmm sodapnye rasa puyuh ni sama macam ayam kampung . Resepi gulai ayam ni dah banyak kali juga saya masukkan dalam blog saya ni kira siaran ulangan la tapi bahan je lain . Macam biasa kalau masak ikut resepi Nogeri santan kelapa mesti pekat , cili apinya kena yang kecil asli cili api burung dan kunyit hidup ooo ya lagi satu kena guna banyak batang serai baru terasa sedapnya . kalau lagi nak sodap ada pulak sambal tempoyak ishhhh makan dengan potai atau kerdas dannnn ikan masin goreng........

BAHAN-BAHAN :

6 ekor puyuh salai
2 biji kelapa parut ambil santan yg pekat
5 biji ubi kentang - kupas kulit dan belah 4
5 batang serai-dititik
1 keping asam keping yang kecil
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
5 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

1. Puyuh dipotong 2 dan di ketepi kan dulu . Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk berisi santan pekat , serai , asam keping dan ubi kentang . Kacau semua bahan dan biarkan sampai kuah masak dan ubi kentang menjadi empuk . Masukkan semua puyuh tadi serta gaul bagi rata kuahnya kemudian masukkan garam secukupnya dan biarkan kuah mendidih serta puyuh sebati dengan kuah .

* Kalau suka kuah yang banyak tambah la lagi santan .

Puyuh salai..

Sunday, April 6, 2014

MASAK LEMAK TELUR CAMPUR SUUHUN


BAHAN-BAHAN:

5 biji telur
4 cawan santan
2 peket pucuk+ suuhun
3 biji ubi kentang
1 batang serai- dititik
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

3 cm kunyit hidup
2 biji bawang merah
3 biji cili api

CARA MEMASAK:

1) Masukkan santan dan bahan ditumbuk serta serai ke dalam periuk kemudian letakkan periuk diatas api dapur dan masukkan pula ubi kentang , biarkan kuah masak sampai mendidih. Kacau kuah , biarkan ubi kentang masak sampai menjadi empuk.

2) Bila kuah sudah mendidih pecahkan telur sebiji demi sebiji , jangan dikacau kuah dan biar seketika apabila sudah nampak bentuk telur yang sudah masak didalam kuah baru la dimasukkan pucuk dan suuhun . Kacau kuah perlahan-lahan dan boleh la ditutup api dapur bila pucuk/suhun sudah masak.

* Jika nak kuah lebih banyak boleh lah ditambah sedikit lagi santan atau air semasa tengah masak.

Wednesday, March 12, 2014

MASAK LOMAK CILI API

Menu kegemaran suami saya yang berasal dari Jelebu, N.Sembilan.Kalau nak tengok suami saya berselera makan nasi , masak lah menu masak lemak ini .Hidangan sampingan mesti ada ikan masin dan sambal tempoyak serta petai/buah kerdas. Bila musim buah durian memang ada banyak tempoyak jadi mak mertua selalunya akan tumbuk cili api /garam dan dicampur dengan tempoyak.Kadang-kadang tu mak mertua campurkan tempoyak dalam masak lemak ikan mengantikan asam keping. Masak lemak cili api cara mak mertua saya ialah tidak menggunakan sebarang jenis bawang dan cara memasaknya mudah saja.Masa mula kahwin dulu pelik juga saya tengok mak mertua masak tak guna bawang tapi sekarang ni dah biasa.

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
2 biji kelapa - ambil 2 cawan santan yang pekat dan satu cawan santan cair.
5 batang serai- dititik
5 biji ubi kentang - dipotong ikut pada citarasa.

BAHAN DITUMBUK LUMAT:
10 biji cili api
2 inci kunyit hidup

CARA-CARA MEMASAK :
1) Bersihkan ayam dan masukkan ke dalam periuk atau kuali.Kemudian masukkan bahan tumbuk , serai dan santan cair.Gaul semua bahan dan biarkan sampai kuah mendidih dan ayam separuh masak.
2) Kemudian masukkan santan pekat , garam , ubi kentang dan terus kacau .Biar kuah mendidih dan sampai ubi kentang menjadi empuk.


Ini ialah masak lemak ayam kampung yang mak mertua masak.Kuah dikeringkan dah jadi macam rendang , jika untuk resepi ini tidak perlu ditambah ubi kentang . Memang sedap sebab ayam kampung isinya pejal .

Ini pula masak lemak menggunakan ayam daging dan saya tak letak cili api sebab kalau pedas anak-anak tak mau makan.


Masak lemak cili api ayam tua atau ayam dah pencen tak bertelur.Rasanya lebih kurang macam ayam kampung cuma isi lebih liat jadi perlu direbus dulu ayam nya untuk menjadi empuk.Kalau tak ada ayam kampung , ayam tua lah menjadi pilihan kedua, rasanya lebih kurang saja.

Boleh nampakkan perbezaan dari 3 gambar masak lemak diatas ni kan. Bahan dan cara kita memasak menentukan rasa makanan yang kita masak. Memasak pun sama saja macam apa saja aktiviti yang kita buat mesti ada rasa minat. Macam bila kita masak untuk orang yang kita sayang , perasaan sayang tu menyebabkan kita bersungguh-sungguh nak memastikan makanan kita menjadi dan rasa sedap sangat.
Ok la sebagai post pertama untuk blog baru saya ini, saya nak mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang sudi bertandang ke RESEPI NANNIE.

Friday, February 14, 2014

Masak lemak buncis n kerang

Hari Ahad yang lepas kami sekeluarga ke Pantai Remis ,Kelang so macam biasa En. Husbandku beli kerang fresh yang saiznya sebesar duit syiling 50sen . So saya pun masak la menu kegemaran En.Husbandku iaitu masak lemak atau gulai buncis dicampur kerang . Kalau ikut resepi asal yang saya belajar dari mak mertua sepatut lagi pedas tapi saya kurangkan cili apinya sebab anak-anak pun suka makan menu ni .
Menu ni pun sama saja macam masak lemak cili api yang saya dah bagi resepinya sebelum ni . Santannya perlu pekat dan banyak mana nak guna cili api ikut pada selera kita . Kunyit hidup , garam kasar dan cili api ditumbuk lumat . Jumlah kerang dan buncis sama banyak tapi kalau suka makan kerang boleh la ditambah lagi jumlahnya. Respi ni kuah memang tak banyak so saya guna santan dalam 1 atau 2 cawan saja .

BAHAN-BAHAN :

3 kg kerang
200grm -dibersihkan dan potong menyerong
2 cawan santan pekat
1 keping asam keping saiz kecil
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

8 biji cili api
3 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK

Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , asam keping ke dalam periuk . Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua kacang buncis , garam dan kerang . Sekali sekala kacau serta biarkan sampai kuah mendidih dan kacang buncis masak .

* Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak

Kacang buncis , kerang dan bahan ditumbuk lumat

Friday, January 24, 2014

Masak lemak cili api pucuk pegaga

Resepi ni memang favorite encik husband . Bila masak resepi ni boleh juga dicampur dengan ikan sungai atau dengan ikan bilis . Nak masak pun senang dengan bahan yang mudah nak di cari . Pucuk pegaga ni saya kutip dari kebun mertua masa kami balik baru-baru ni .
BAHAN-BAHAN :

Pucuk pegaga-dibersihkan buang akar
Segenggam ikan bilis-dibasuh
3 cawan santan pekat
1 serai-dititik
1 keping asam keping saiz kecil
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
3 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK

Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , serai , asam keping dan santan ke dalam periuk . Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan pucuk pegaga dan kacau serta biarkan samapai kuah mendidih dan pucuk pegaga masak .

* Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak

Pucuk pegaga