Hari ini Kak Noor masih bercuti, sempena Hari Raya Haji. Semua ahli keluarga ada kat umah. Tak balik kampung. So... bila semua ahli keluarga berkumpul, kenalah Kak Noor fikirkan apa yang patut dimasak untuk disajikan kepada keluarga. Anak-anak Kak Noor suka makan, so pada hari-hari cuti begini sahajalah Kak Noor dapat memenuhi citarasa mereka.
Semalam suami Kak Noor bawa balik daging sempena Majlis Korban yang diadakan di Bukit Antarabangsa. Semalam anak Kak Noor yang sulong cadangkan buat bihun sup sebab dia teringin nak makan. Al maklumlah sekali sekala sahaja dapat bersama keluarga dan merasa masakan ibu.
Resepi bihun sup ini agak ringkas dan bahan-bahan yang digunakan juga agak ringkas. kebiasaanya dihidangkan oleh orang Utara. Tidak perlu telur, sayur-sayuran, atau bahan-bahan lain sebagai hiasan.
Bahan-bahan A (Untuk Merebus Daging): 1 kilo daging lembu segar (boleh campur juga dengan organ dalaman lain seperti tulang, paru dan perut) 2 bunjut perkakas sup 6 cm halia diketuk Bahan-bahan B (Untuk Membuat Sup): Air rebusan daging 1 sudu besar lada hitam 2 biji bawang besar dikisar 4 ulas bawang putih dikisar 6 cm halia dikisar Perasa Tumix atau kiub daging/ayam Penyediaan Memasak Sup: 1. Basuh daging dengan air. Kemudian gaulkan dengan sedikit tepung gandum dan 2 sudu besar cuka bagi menghilangkan bau daging. Ketepikan dalam 2 - 3 minit. Kemudian dibersihkan dengan dengan air, pastikan tepung yang melekat pada daging hilang. 2. Dalam periuk, rebus daging dengan halia dan 2 sup bunjut. Air secukupnya melepasi paras daging. Rebus sehingga daging empuk. Tutup api dan biarkan sejuk seketika. Keluarkan daging sahaja daripada air rebusan. Daging ini akan dihiris nipis dan dijadikan hiasan untuk bihun sup. 3. Tulang daging dibiarkan dalam air rebusan. Air rebusan ini akan digunakan untuk membuat sup. 4. Panaskan periuk baharu. Masukkan sedikit minyak. Tumis bahan-bahan B (bawang besar, bawang putih, halia, dan lada hitam). Apabila telah naik bau, masukkan air rebusan tadi Tambahkan air lagi. 5. Masukkan garam, perasa TUMIX atau kiub daging/ayam. Setelah sup mendidih, tutup api. Penyediaan Bihun: 1. Rendam bihun dengan air sejuk bersama dengan 2 - 3 sudu besar serbuk kunyit untuk mendapat bihun berwarna kuning. Rendam selama 20 - 30 minit sehingga bihun lembut dan warna kuning lekat pada bihun. Kemudian ditoskan. 2. Panaskan air dalam periuk dan tunggu sampai mendidih. Pastikan air cukup untuk mencelur bihun. 3. Kemudian masukkan bihun selama 1 minit dalam periuk tadi, kacau dan ditoskan (jangan celur terlampau lama, bagi mengelakkan bihun menjadi lembik). Alirkan air sejuk pada bihun yang dicelur tadi supaya panasnya hilang dan bihun tidak melekat, dan ditoskan. Sos Kicap Pedas: 15 biji cili padi ditumbuk halus 1 ulas bawang putih ditumbuk halus Kicap cair secukupnya Bahan-bahan Untuk Ditaburkan Atas Bihun: Hirisan Daging Lobak masin dihiris halus Daun sup/daun bawang |
0 comments:
Post a Comment