Bahan-bahan seperti biji gandum dan beras cha-cha yang telah siap dipaketkan boleh dibeli di pasar raya. Tapi kalau orang dulu-dulu beras cha-cha ni dia orang buat sendiri, sebab masa tu tak dijual di pasar raya.
Untuk resepi ini, Kak Noor tidak mengehadkan kuantiti bahan-bahan yang hendak digunakan. Terpulang banyak mana yang hendak dimasak dan berapa orang yang nak makan. Kita boleh buat anggaran. Kak Noor cuma bagi panduan resepi dan tentang cara memasaknya sahaja.
Kalau ikutkan bahan-bahan utama yang digunakan untuk resepi ini ialah biji gandum dan beras cha-cha. Tetapi kita boleh tambah jagung kalau suka. Terpulang sama ada jagung manis berkrim dalam tin ataupun biji jagung.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Biji gandum
Beras cha-cha
Santan
Daun pandan
Gula pasir
Garam
Daun pandan
Penyediaannya:
1. Basuh beras cha-cha dan biji gandum sehingga bersih. Masukkan dalam periuk dan rebus dengan air sehingga biji gandum dan beras cha-cha kembang.
2. Kemudian masukkan gula pasir, dan kacau rata. Masak sehingga gula larut.
3. Selepas itu masukkan santan pekat (1 nisbah 1); contohnya kalau kita guna 1 cawan pati santan, campurlah dengan 1 cawan air juga.
4. Perasakan dengan gula secukup rasa (ikut citarasa kemanisan masing-masing) dan sedikit garam untuk menaikkan lemak santan. Jangan lupa masukkan daun pandan untuk aromanya.
5. Masak sehingga mendidih, kacau dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan.
Mudahkan...
Bubur cha-cha berwarna-warni. |
0 comments:
Post a Comment