Pages

Thursday, November 10, 2011

Mini Beefsteak

Masakan ini memang ringkas, mudah, dan cepat, dan boleh disediakan pada bila-bila masa aje.  Yang pasti ketersediaan bahan-bahan  di dalam peti sejuk.  Anak-anak bujang kita pun boleh menyediakannya sendiri. 


Bahan-bahannya: (set untuk seorang makan)

Sos lada hitam ZUZA
1 keping daging burger (Kak Noor guna daging burger Ramly)
2 sosej
1 biji telur 
Kentang goreng
Kacang panggang
Salad
Mayonis
Sos lada hitam Zuza
Sos cili 


Penyediaannya:
1.  Panaskan kuali leper.  Letakkan sedikit marjerin. Masak daging burger dan sosej di atas kuali leper ini sehingga ia masak.  Kemudian angkat dan letakkan di atas tisu yang dapat menyerap minyak jika ada.
2.  Goreng telur menggunakan acuan telur bulat di atas kuali leper.
3.  Di atas pinggan, susun daging burger, sosej, telur, kentang goreng, kacang panggang dan salad. Dihidangkan bersama sos lada hitam, mayonis dan sos cili.







0 comments:

Post a Comment