Ayam kerutuk untuk juadah berbuka hari ni..
BAHAN-BAHAN : |
1 ekor ayam- potong 12 3 sudu besar rempah kari 3 sudu besar rempah kurma 2 cawan santan 1 sudu besar gula merah 2 sudu besar kerisik 2 keping asam keping 1 inci kayu manis 2 biji bunga lawang BAHAN DIKISAR HALUS : 4 biji buah keras 4 cm halia 4 cm lengkuas 3 batang serai 3 cm kunyit hidup 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih |
CARA MEMASAK : |
1. Tumis semua bahan kisar sehingga garing kemudian masukkan bunga lawang/kayu manis kacau sekejap . Masukkan rempah yang sudah dibancur dengan sedikit air . Kacau sehingga sebati dan rempah masak serta terbit minyak . 2. Masukkan ayam , kerisik , garam gula dan santan serta kacau semua bahan sehingga sebati . Biarkan sehingga mendidih dan kacau ayam sekali-sekala dan biarkan sehingga ayam masak . Sedap dimakan bersama nasi atau roti... |
0 comments:
Post a Comment