Nasi serai ni saya masak untuk dimakan dengan kerutuk ayam dan acar mentah..
RESEPI INI UNTUK 8 ORANG.
BAHAN-BAHAN:
4 cawan beras basmathi
3 cawan air
2 cawan susu cair
2 helai daun pandan- disimpul & ikat
5 sudu besar minyak sapi untuk menumis
Garam secukup rasa
BAHAN TUMISAN :
1 sudu besar rempah kurma-dibancuh dengan sedikit air
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 batang serai-dititik
2 inci halia
5 biji buah pelaga
2 inci kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji bunga cengkih
CARA MEMASAK :
Kupas semua bawang dan halia serta dipotong nipis-nipis . Basuh beras dan ketepi kan kemudian titik serai .
Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan-bahan . Panaskan semua minyak sapi dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan tumisan sampai wangi dan bawang menjadi layu kekuningan .
Kemudian masukkan semua air , susu cair, daun pandan serta biarkan sampai mendidih dan boleh la dimasukkan semua beras , garam secukup rasa dan kacau bagi mesra semua bahan-bahan . Terus angkat periuk nasi ini dan masukkan ke dalam badan periuk nasi untuk proses masak seterusnya macam kita masak nasi biasa guna eletrik . Bila nasi dah masak boleh la di gaul perlahan-lahan nasi serta boleh la ditutup suis periuk nasi ini .
0 comments:
Post a Comment