Hari ini Kak Noor nak pertengahkan resepi Ikan Masak Cabai (cakap orang Utara) atau dalam erti kata lain Ikan Masak Cili. Bezanya ikan masak cabai dengan sambal tumis ikan ialah sambal tumis ikan kita masukkan sedikit belacan. Resepi ini amat mudah dan ringkas, dan hanya sedikit sahaja bahan digunakan.Bahan-bahannya:6 ekor ikan kembung (boleh guna ikan lain, ikan ketul pun boleh)1 cawan air3 sudu besar sos cili2 sudu besar sos tomatoGula dan garam secukupnya1 sudu kecil perisa TUMIX ikan bilis2 biji bawang besar dihiris bulatMinyak secukupnya untuk menumisBahan-bahan untuk dikisar:4...
Monday, October 31, 2011
Ikan Masak Cabai (Cili)
Daging Masak Hitam (Nasi Kandar Pulau Pinang)
Hidangan untuk satu keluarga. Bahan-bahan :1 kg. daging lembu segar (dipotong hiris mengikut urat daging, anggaran 16 keping) 2 biji bawang besar saiz sederhana dipotong hiris memanjang5 sudu besar rempah kari daging1 sudu kecil serbuk jintan putih1 sudu kecil serbuk jintan manis5 sudu besar cili kering yang telah dikisar halus atau mengikut citarasa kepedasan masing-masing5 sudu besar kicap pekat mee atau 1/2 botol kicap manisGula secukup rasa1 sudu kecil perasa ayam Tumix Garam (sekiranya masakan tidak terasa garamnya)Minyak masak untuk menumis (jangan terlalu banyak minyak, anggaran 2...
Wednesday, October 26, 2011
Nasi Lemak (menggunakan santan kelapa sawit KHALIS)
Kak Noor telah memperkenalkan santan kelapa sawit KHALIS dalam blog hari itu. Sejak diperkenalkan santan kelapa sawit KHALIS ini, Kak Noor tidak lagi membeli santan kelapa untuk masakan. Lagipun ada rakan sekerja yang membekalkan santan ini. So mudah dapat. Boleh juga didapati di pasar raya Giant. Anyway hari ini Kak Noor nak share resepi membuat nasi lemak menggunakan santan kelapa sawit. Kak Noor masak lemak ni menggunakan periuk elektrik; mudah dan cepat. Dah banyak kali Kak Noor masak dan anak-anak kata memang sedap. Yang paling Kak Noor suka tengok ialah warna nasi lemak putih berseri...
Petua Simpan Beras
Beras yang disimpan lama kalau nasib tak baik akan terdapat kutu atau kumbangberas. Oleh itu bagi mengelakkan beras dihinggapi serangga-serangga ini, cuba amalkan petua ini. Petua ini diamalkan sejak dulu lagi oleh nenek moyang kita.Cili kering, daun pelepah belimbing, daun limau purutMasukkan beberapa biji cili kering di dalam bekas simpanan beras. Pastikan dili kering tersebut ditimbus dengan beras. Ada juga petua yang mengatakan kita boleh memasukkan beberapa helai daun limau purut dan beberapa helai pelepah daun belimbing. Bagi pelepah daun belimbing, kita...
Kek Angry Bird
Sekarang ini musim `ANGRY BIRD' di kalangan anak-anak kita. Anak Kak Noor yang bongsu berumur 8 tahun juga turut terkena tempias Angry Bird ni. Minggu lepas pada 23 Oktober 2011, Kak Noor telah mengadakan majlis kecil-kecilan sempena menyambut ulang tahun hari lahirnya yang ke-8 tahun. Dia demand minta kek Angry Bird untuk birthdaynya. Mau tak mau terpaksalah Kak Noor akur dengan kehendaknya.. Puas juga cari kat kedai kek tetapi tidak memenuhi citarasa. Bila kata nak beli kek lain, dibuat muka empat belasnya. Kesian dan tak sampai hati, anak bongsulah katakan......
Mengurangkan Kemasinan Ikan Masin
Bagi penggemar-penggemar ikan masih seperti ikan gelama, ikan talang, ikan kurau, ikan tenggiri dan ikan-ikan masin yang lain yang tidak berapa gemar dengan kemasinan yang terdapat pada ikan-ikan berkenaan tetapi masih gemar untuk menikmatinya kemasinan yang ala kadar, bolehlah mencuba resepi ini. Ikan masin hendaklah direndam dalam bekas air yang berisi air garam jugaUntuk satu atau dua ekor ikan masin, cuma masukkan 1 atau 2 sudu besar garam dalam air.Kalau dalam kuantiti yang banyak, masukkan lebih garam dalam air.Rendam ikan kering dalam air garam lebih kurang 20 - 30 minit.Mungkin kita tertanya-tanya...
Hilangkan Hanyir Ayam
Petua ini diberikan oleh bonda Kak Noor. Insya Allah jika mengamalkan petua ini, daging ayam tidak hanyir. Kak Noor senantiasa mempraktikkannya ketika membasuh daging ayam atau daging lembu. Kebiasaannya Kak Noor membeli ayam di pasar (bukan pasar raya ye), siap suruh dipotong kecil-kecil. Senang bila balik rumah, basuh saja.1. Terlebih dahulu buangkan lemak dan darah beku yang terdapat pada daging ayam. Sekiranya tidak suka kulit, boleh juga dibuang. Kemudian dibersihkan dengan air sekali.2. Kemudian gaul ayam tadi dengan tepung gandum dan cuka. Sekiranya tiada...
Taugeh Kekal Segar
Sekiranya masih ada lebihan taugeh yang perlu disimpan, cuba petua ini.Masukkan taugeh dalam sebuah bekas bersama air. Air hendaklah melepasi paras taugeh yang disimpan. Campurkan dengan sedikit garam dan simpan dalam peti ais di atas rak.createSummaryAndThumb("summary3603339910923612221...
Membersih dan Memotong Kobis
Tips dan petua membersih dan memotong kobis ini Kak Noor ambil daripada laman web http://balannambiar.wordpress.com untuk dikongsi bersama. Boleh ke laman web berkenaan untuk mencuba resepi-resepi masakan utara @ mamak.Kebiasaannya bahagian dalaman kobis ini bersih. Ala kadar bersihkan di luaran saja sudah mencukupi. Tetapi dalam banyak kes dalam masakan sayur ini, ada ditemui "cacing sayuran” di bahagian dalaman kobis. Dengan ini apa yang disarankan ialah, “biar lambat, asalkan selamat” untuk dimakan, kalau tidak anda yang termakan cacing ini, akan fobia pada sebarang...
Bihun Singapura
Bahan-bahannya:2 bungkus bihun (boleh dibeli di pasar raya)500 gm udang saiz sederhana (buangkan kulit)200 gm isi daging (hiris nipis)2 batang karot (potong halus seperti batang mancis atau parut panjang-panjang)1 biji kobis saiz kecilGaram, gula, dan perisa2 sudu sos tiram Bahan untuk ditumis:1 biji bawang besar2 ulas bawang putih Bahan untuk pes (dikisar):2 biji bawang besar6 ulas bawang putih3 sudu besar rempah kurma atau rempah sup3 - 4 sudu lada hitam Bahan untuk hiasan:Daun bawang dan daun sup diracik halus2 biji telur digoreng dadar dan dihiris halus 2 inci memanjangBawang gorengCili merah...
LAKSA PENANG
Antara menu hidangan yang disajikan untuk para tetamu sempena majlis ulang tahun hari lahir anak bongsu Kak Noor yang ke-8 tahun ialah Laksa Penang. Laksa Penang memang menjadi kegemaran keluarga Kak Noor. Puas hati masak sendiri daripada beli kat kedai kerana ia menepati citarasa sebenar Laksa Penang. Di sini Kak Noor nak kongsi menu Laksa Penang untuk lebih kurang 30 - 40 orang makan.Bahan-bahannya:3 kg ikan mata besar (boleh guna ikan kembong dan ikan sardin)1 ekor ikan tongkol sederhana besar(Direbus bersama beberapa keping asam gelugor)4 bungkus laksa kering7 - 10 keping asam gelugur2 kuntum...
Wednesday, October 19, 2011
Kari Ayam Utara ala Bonda
Agak lama juga Kak Noor tak buat kari ayam ni sebab dah lama tak beli ayam. Kak Noor lebih suka beli ayam organik kalau nak buat kari ayam. Ayam organik ni selalunya dibeli di pasar tani dan juga kat kedai HPA. Lain rasanya, macam kari ayam kampung, teringat masakan bonda dulu-dulu.Okay, tanpa berlengah lagi kita terus ke masakan kita hari ni. Kak Noor masak resepi ini seawal jam 5.30 pagi tadi untuk anak-anak kat rumah. Sempat juga snap beberapa keping gambar untuk dipaparkan; tetapi Kak Noor ni bukanlah amateur photographer. Gambar ala-ala kadar saja.Bahan-bahannya:1 ekor ayam dibersihkan...
Wednesday, October 12, 2011
Ikan Masak Asam Tumis
Bahan-bahannya:3 ekor ikan (boleh guna ikan kembung, plata, pari) - Kak Noor guna ikan selarBendi (kuantitinya ikut suka)1 biji tomatoDaun kesum1 kuntum bunga kantan (dibelah dua)2 batang serai dititikAir asam jawa1 kiub tom yam (Kak Noor guna kiub tom yam Knorr)Garam dan 1 sudu kecil gulaSedikit minyak untuk menumisAntara bahan-bahan yang digunakanBahan-bahan dikisar:1 cawan cili kering yang telah dikisar1 biji bawang besar2 ulas bawang putih1 inci haliaSedikit belacanPenyediaannya:Panaskan minyak dalam periuk. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar, kacau sebati dan tutup periuk. Masak...
Tuesday, October 11, 2011
Kuah Kacang Berdaging Utara
Kuah kacang ini adalah resepi yang diturunkan oleh bonda Kak Noor. Kak Noor tak copyright kat mana-mana. Semuanya asli. Semasa Hari Raya, Kak Noor masak kuah kacang ini untuk dimakan dengan nasi empet dan ketupat. Kuah kacang ini boleh juga dicicah dengan sate dan cucur udang. Pernah masak untuk ofis masa jamuan, kawan-kawan kata sedap. Cubalah resepi ini. Bahan-bahannya:1 kg. kacang tanah yang telah siap dikisarSedikit daging lembu dipotong kecil dan nipisAir asam jawaGula putih + gula merahGaramMarjerin + minyak masak untuk menumisSehelai daun pandan1 batang serai dititikBahan-bahan untuk dikisar: Anggaran RM2.00 cili kering(cili kering dipotong...
Tumis Kerang Kicap
Masakan tumis kerang kicap ini adalah ringkas dan cepat disediakan. Bagi orang orang yang bekerja macam Kak Noor, masakan harian mestilah mudah dan ringkas kerana mengejar masa. Bahan-bahan:1 kg isi kerang (Kak Noor beli isi kerang kat pasar tani yang telah direbus dan siap dikopek)1 biji limau lemon (ambil jusnya)2 batang serai dititikKicap manis secukupnyaGaram, gula, dan perisa2 biji bawang besar dipotong bulat5 - 10 biji cili padi1 biji tomato dibelah empatBahan untuk dikisar:1 cawan cili kering kisar2 biji bawang merah4 ulas bawang putih1/2 inci halia1/2 inci kunyit hidupBahan-bahan...
KARI IKAN MACKEREL (DALAM TIN)
Resepi yang Kak Noor ketengahkan ini amat mudah disediakan. Ia amat sesuai untuk orang-orang bujang dan dalam keadaan emergency. Stok ikan mackerel atau ikan sardin cap ayam ini sentiasa ada dalam simpanan kat rumah. Selalunya Kak Noor masak kari ikan sardin, tetapi hari ini cuba buat kari ikan mackerel pulak. Selain makan bersama nasi, kari ini memang sedap dicicah dengan roti canai, roti benggali, capati dan roti sandwich.Bahan yang diperlukan:2 tin kecil ikan mackerel cap ayam (sos diasingkan dan dicampur dalam bahan-bahan pes untuk dikisar)Ubi kentang 4 biji...
Sunday, October 9, 2011
Pancake
Nasi lemak, mi goreng, bihun goreng, koayteow goreng, roti canai merupakan menu sarapan pagi yang selalu sangat kita sediakan. Apa kata sesekali kita ubah selera kepada menu sarapan pagi yang agak ringkas dan mudah disediakan; ala-ala kebaratan iaitu pancake. Kak Noor hidang pancake ini dengan telur hancur. Sedap juga dimakan bersama madu.Bahan-bahannya: 1 biji telur45ml mentega dicairkan dan ketepikan hingga sejuk 225ml tepung gandum serbaguna 15ml gula 1/2 sudu kecil garam 225ml buttermilk* (*Jika tiada buttermilk, boleh diganti pada 1 cawan susu segar dicampur dengan 1 1/3 sudu besar cream...
Ikan Siakap Kukus
1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok)1/2 camca teh garam1/2 camca teh tepung jagung1/2 camca teh lada sulah3 camca besar jus limau kasturi*1 1/2 camca besar minyak masak*1 1/2 camca teh gula*1/2 camca teh garam*5 - 10 biji cili padi, dihiris*2 batang serai, dihiris halus*1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*1 helai daun limau purut, dihiris halus*1/2 inci halia muda. dihiris halus*2 ulas bawang putih, dihiris halus*Beberapa biji asam boi*1/2 camca teh tepung jagung*1/2 camca teh serbuk TumixCara-caranya:Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos yang...
Laksa Johor
BAHAN UNTUK KUAH:500 gm ikan kembung (rebus, ambil isinya dan kisar)2 liter santan (2 biji kelapa)40 gm udang kering (rendam dan kisar)50 ml air asam jawa60 ml minyak masak50 gm daun kesom (kisar halus) BAHAN UNTUK PES:2 sudu besar ketumbar1 sudu besar serbuk jintan manis2 sudu besar serbuk kari2 sudu besar cili BAHAN KISAR:6 ulas bawang merah5 ulas bawang putih2 sudu kecil lada hitam BAHAN HIASAN:Timun (potong nipis dan memanjang)Lada merah (hiris)Bawang besar (hiris)Daun selomKacang panjang (hiris halus)Telur rebus dan belah duaLimau kasturi (belah dua)Sedikit lobak masinSedikit taugehSedikit...
Saturday, October 8, 2011
Pajeri Nanas Berempah
Bahan-bahannya:1 biji nenas2 sudu besar kerisik1 cawan santan1 sudu kecil udang kering1 cawan air2 biji cili hijauGula (gula merah + gula putih), garam, dan perisa secukup rasaBahan-bahan untuk pes: (diblender semuanya)2 sudu besar serbuk kari daging1 biji bawang besar2 ulas bawang putih½ inci haliaBahan-bahan untuk tumis:2 biji bawang merah dihiris1 ulas bawang putih dihiris½ inci halia dihiris1 inci kulit kayu manis2 kuntum bunga lawang3 biji buah pelaga2 kuntum bunga cengkihSedikit daun kari3 sudu besar minyak untuk menumisPenyediaannya:1. Potong nenas kepingan bulat, jangan nipis sangat.2. Panaskan minyak dan masukkan...
Kuah Dal
Hari ni Kak Noor masak Kuah Dal. Kebiasaannya kuah dal ini sesuai dimakan dengan roti canai, murtabak, dan roti telur. Jarang-jarang kita masak di rumah. Kak Noor masih ingat, bonda kak noor kalau masak sambal tumis ikan bilis, mesti dipadankan dengan kuah dal ni. Lepas tu, kalau nak menambahkan selera lagi, hidang dengan ikan kering goreng. Memang menyelerakan.Bahan-bahannya:2 cawan kacang dal (basuh dan rendam selama 1/2 jam, kemudian ditoskan)2 batang lobak merak dihiris (jangan nipis sangat)3 biji kentang dibelah (setiap biji dibelah 4)3 biji cili hijau dihiris (jangan...
Thursday, October 6, 2011
Nasi Beriani Ayam Ala Thai
Bahan Utama:Beras dibasuh dan ditos air secukupnya.Ayam dipotong ketul.Bahan-bahan A:Jintan manis }Jintan putih } digoreng dan dikisarRempah biji (ketumbar) }Bahan-bahan B:Cili padiDaun ketumbarSusu cairGaram secukupnyaSedikit pewarna kuningBahan-bahan C:Bawang putih }Bawang besar } dipotongSedikit halia }Penyediaan:· Panaskan minyak sapi. Tumis bahan C. Bila telah wangi, masukkan air, bahan A dan B hingga mendidih. Kemudian masukkan ayam. Biarkan sehingga ayam masak.· Angkat ayam yang telah masak dan letakkan di bekas berasingan.· Tambahkan...
Ikan Siakap Kukus Benut
Bahan-bahannya· Seekor ikan siakap(sederhana besar)· 2 batang serai dititik· 1 inci halia dipotong halus ataupun kalau suka diblender halus· Daun bawang dan sup· Sebiji bawang besar dihiris bulat· Cili besar(belah dua) dan asam boi· Rempah tom yam(botol),minyak jagung· 2 keping nenas keping, jeruk mempelam· Gula, garam & bahan perasa (secukup rasa) Caranya:Ikan dibersihkan dan diletakkan di dalam pinggan melengkung (yang sesuai).Masukkan lada merah, serai, hirisan halia, daun bawang/sup, dan asam boi.Hiaskan dengan nenas dan jeruk mempelam.Masukkan bancuhan rempah tom yam (setengah cawan),satu sudu makan minyak jagung, garam...