Pages

Sunday, February 26, 2012

Masak Lemak Cili Padi Daging Dengan Rebung

PreviewBercakap pasal rebung ni, sebenarnya Kak Noor memang tak gemar sama sekali memakannya.  Tetapi itu dulu, sekarang......Sememangnya Kak Noor tidak pernah didedahkan tentang masakan rebung ini sejak kecil lagi.  Dalam erti kata yang lain masakan rebung ini tidak pernah masuk rumah. Selalu tengok kawan-kawan makan dengan berselera sekali bila ada  rebung.  Kata mereka sedap.  Lebih-lebih kali kalau masak lemak cili padi. Apa yang Kak Noor tak tahan dengan rebung ini ialah baunya.  Lebih-lebih lagi kalau rebung jeruk.  Memang tak tahan.So hari itu semasa kawan sepejabat...

Saturday, February 25, 2012

Kek Batik Marie Coklat

PreviewTelah lama Kak Noor teringin nak cuba buat  Kek Batik Marie ini.  Walaupun nampak mudah, tetapi Kak Noor tak pernah membuatnya.  Ada juga rakan-rakan yang membawanya ke pejabat dan rasanya memang sedap.  Sepotong memang tak cukup.  Kata mereka inilah kek yang paling mudah untuk membuatnya.   Sempat juga Kak Noor layari blog-blog masakan yang ada resepi kek batik ini.  Memang terdapat pelbagai resepi untuk penyediaan kek batik ini  dan diolah mengikut citarasa masing-masing.  Tetapi yang pasti, biskut Marie tetap menjadi bahan utama resepi.Hujung minggu...

Wednesday, February 22, 2012

Cucur Ikan Bertaugeh

PreviewBila masak cucur ikan ini, teringat Kak Noor semasa zaman kanak-kanak dulu.  Cucur inilah yang selalu dimasak oleh nenda Kak Noor untuk minum petang.  Kak Noor dibesarkan dalam suasana kampung oleh nenda sejak dilahirkan lagi sehinggalah Kak Noor berusia 12 tahun.  Kebiasaannya selepas penat bermain, perut akan terasa lapar, lalu dihidangkan dengan cucur ikan dan teh o. Bahan pencicahnya pula bukanlah sos cili tetapi kari ikan ataupun sambal tumis. Boleh juga dicicah dengan teh.o. Dalam suasana kampung yang indah dan tenang dikelilingi oleh pokok nyiur yang melambai-lambai dan udara...

Spaghetti Goreng Bonda

PreviewPagi tadi sebelum pergi kerja, Kak Noor sempat menyediakan spaghetti goreng sebagai sarapan untuk kanak-kanak Kak Noor.  Kak Noor cuma guna bahan-bahan yang tersedia ada di dalam peti ais sahaja Sebab itulah Kak Noor namakan resepi ini sebagai Spaghetti Goreng Bonda, kerana bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan spaghetti goreng ini adalah mengikut citarasa dan idea logik Kak Noor... pakai campak aje...tetapi hasilnya sedap jugak (kes masak sendiri, puji sendiri lah ni...)Dapatlah juga Kak Noor bawa ke pejabat untuk kawan-kawan rasa. Apapun pastinya licin.... Alhamdulillah.Sekarang...

Tuesday, February 21, 2012

Sup Campur Soun dan Sosej

PreviewBahan-bahannya:1 paket campuran soun 1/2 biji lobak merah - dipotong ikut suka1 biji ubi kentang - dipotong dadu4 batang sosej digoreng 1/2 masak - dipotong serong2 sudu besar sos tiram1 sudu teh lada putih1 sudu teh lada hitam1 biji bawang merah - dihiris3 ulas bawang putih - diketuk1 inci halia - dihiris1 biji cili merah - dihiris1 batang daun saderiGaram/serbuk perasaAir secukupnya1 sudu besar minyak untuk menumisCara-cara memasak:Panaskan minyak di dalam periuk.  Tumis bawang putih, bawang merah, halia, dan cili merah sehingga naik bau dan bawang kekuningan.Masukkan air secukupnya,...

Sunday, February 19, 2012

Daging Masak Sos Lada Hitam Berkentang

PreviewBahan-bahannya:*1/2 kg daging*1sudu kecil serbuk kunyit*1 sudu besar serbuk lada hitam*1 sudu teh gula 1 biji bawang besar - dihiris4 ulas bawang putih - dihiris1 inci halia - dihiris2 sudu besar sos tiram2 sudu besar sos cili 4 sudu besar sos lada hitam (jenama apa pun boleh) - Kak Noor guna sos lada hitam Sarawak 3 biji ubi kentang - dipotong wedges 2 biji bawang besar - dipotong bulatDaun bawang dan daun supGaram/gula/serbuk perasaMinyak secukupnyaAir secukupnyaCara-cara memasak:Daging dibersihkan dan dihiris nipis dan lebar. *Perapkan daging dengan serbuk kunyit, serbuk lada hitam, dan 1 sudu...

Saturday, February 18, 2012

Ikan Siakap Paprik

PreviewKebiasaannya kita pernah memasak dan menikmati paprik sotong, paprik udang, paprik daging, paprik ayam, dan paprik campur.  Kita jarang memasak ikan paprik.  Kali ini Kak Noor cuba memasak ikan paprik pula.  Kak Noor guna ikan siakap untuk resepi ini.  Ikan siakap selalunya orang masak siakap tiga rasa (amat popular) dan siakap stim.  Apa kata kita guna ikan siakap untuk masak paprik pula.  Resepi ini Kak Noor jumpa dalam koleksi resepi semasa membelek-belek resepi lama semalam.Macam mana rasa?  Memang sedap... apa tah lagi kalau makan dengan nasi panas-panas.Bahan-Bahan:Seekor...

Wednesday, February 15, 2012

Paprik Sotong

PreviewBermula  minggu ini, Kak Noor jarang memasak seperti dahulu. Dah tak ramai orang di rumah.  Kebiasaannya bila ramai orang, lauk yang tak sedap pun jadi sedap bila makan ramai-ramai.  Jadi berselera.... Tetapi bila dah  kurang forum di dalam rumah, lauk yang sedap pun rasa tak sedap.  Mulalah dijangkiti penyakit malas nak masuk dapur.Sekarang ini dah kurang tiga ahli senior; tinggal dua junior sahaja kat rumah.  Kak Noor dan husband bekerja, lewat petang baru pulang.  So masa lunch of coz kita orang dah makan. Jarang makan nasi malam, melainkan kalau betul-betul...

Tuesday, February 14, 2012

Puding Chipsmore

PreviewKak Noor senantiasa tercari-cari resepi puding yang disukai oleh kanak-kanak.  Puding  ini adalah olahan Kak Noor sendiri.  Terdapat bahan-bahan berunsur coklat dan susu di dalam resepi ini yang sudah tentu menjadi kegemaran anak-anak.Untuk resepi ini Kak Noor menggunakan kuantiti agar-agar yang agak banyak iaitu 40 gram.  Banyak `sektor' yang hendak diagihkan; untuk baby sitter, untuk rakan-rakan pejabat, dan yang selebihnya untuk dimakan sendiri.  Tak rugi masak banyak, sebab puding ini boleh disimpan di dalam peti sejuk sebagai pemanis mulut.Kak Noor menggunakan beberapa...

Monday, February 13, 2012

Sandwich Telur Hancur Berkeju

PreviewSandwich ini amat mudah dan ringkas sekali.  Teramat sesuai untuk anak-anak yang tidak menyukai sayur.  Kak Noor guna butter untuk menggoreng telur dan disapu atas roti.  Keju yang digunakan ialah keju jenama mother choice yang ada 12 keping dalam 1 pack tu.... Bagi yang gemar makan sayur, bolehlah diletakkan sayur seperti yang dicadangkan.Kak Noor tak sempat nak ambil gambar cara-cara  memasak telur hancur ini kerana mengejar waktu pada waktu pagi.  Buat ala kadar saja untuk anak-anak bersarapan pagi dan bekalan ke sekolah.Bahan-bahannya:1 bungkus roti sandwich gardenia4...

Ayam Kicap Berempah Madu

PreviewBahan-bahannya:½ ekor ayam - dipotong 8 Garam dan gula secukup rasa Kicap pekat manis secukupnya1 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tiram 4 sudu besar madu 1 biji bawang besar – dihiris bulat 1 biji cili merah – dihiris Daun sup/daun bawang Minyak untuk menumis dan menggorengBahan-bahan Tumis:1 biji bawang besar - dikisar3 ulas bawang putih - dikisar2cm halia - dikisar1 batang kulit kayu manis2 kuntum bunga lawang 1 tangkai daun kariBahan-bahan pes:1 sudu besar rempah kari daging 1 sudu besar rempah kurma 1 sudu kecil jintan manis 1...

Friday, February 10, 2012

Sup Ikan Merah ala Thai

Bahan-bahannya:3 ekor ikan merah1 batang serai (dititik)5 helai daun limau purut2 helai daun pandan (disimpul)2 batang kulit kayu manis2 kuntum bunga lawang4 kuntum bunga cengkih4 biji buah pelaga3 biji bawang merah - dihiris memanjang2 ulas bawang putih - dihiris memanjang2 inci halia - dihiris memanjang2 sudu makan serbuk perisa ikan ataupun ayam5 biji cili api - dipotong serong2 biji ubi kentang - dipotong daduGaram secukup rasa1 tangkai daun bawang1 tangkai daun ketumbarSedikit minyak bagi menumis5 cawan airSedikit bawang gorengCara membuatnya:Panaskan minyak.  Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, serai, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, cili...

Som Tam (Kerabu Betik)

Sumber:  Hidangan Terbaik Dunia Thai oleh Chef Nazira NoranBahan-bahannya:1/4 biji betik muda (diparut halus)2 biji bawang merah (dihiris halus)2 sudu makan udang kering (ditumbuk)2 sudu makan kacang gajus (ditumbuk)8 biji cili api (dipotong nipis)4 batang kacang panjang (dipotong panjang)3 tangkai daun bawang (dipotong panjang)3 tangkai kangkung (dipotong panjang)4 biji limau nipis (diambil jus)2 sudu makan sos ikanGaram secukup rasaGula secukup rasaCara-cara membuatnya:Satukan betik, udang kering, bawang merah, cili api, sos ikan, garam, dan gula secukup rasa.Perahkan jus limau dan gaulkan sehingga sebati.Kemudian tabur kacang gajus di atasnya sebelum menghidang bersama ulam kacang panjang,...

Wednesday, February 8, 2012

Kari Ayam (Stail Mamak)

PreviewBahan-bahannya:1 ekor ayam dibersihkan dan dipotong ikut saiz yang anda suka(hendaklah digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, dan diperap seketika)#1 cawan pati santan sawit KHALIS dicampurkan dengan 1 1/2 cawan airUbi kentang dibelah dua (kuantiti ikut citarasa)2 biji tomato (dipotong dua atau empat, bergantung kepada saiz tomato)3 biji cili hijau1 biji bawang besar - dibelah 42 helai daun pandan.1 sudu teh gulaGaram secukup rasa2 keping asam gelugorMinyak untuk menumisBahan-bahan A (untuk diblender dan dijadikan pes rempah):5 sudu besar rempah kari ayam1 biji bawang besar3 ulas bawang...

Tuesday, February 7, 2012

Cekodok Cendawan Mayonis

PreviewBahan-bahannya:1/2 kg. tepung gandum diayak100 gram udang geragau - direndam dan dibasuh bersih.100 gram cendawan tiram - dipotong memanjang2 sudu besar mayonis1 biji telur2 biji bawang besar - dicincang halus1 biji cili hijau - dihiris1 biji cili merah - dihiris1 tangkai daun sup dan daun bawang dihiris1 sudu besar serbuk kunyitGula dan garam secukup rasaAir suam secukupnya untuk membancuh adunanMinyak untuk menggorengCara-cara memasak:Satukan semua bahan dalam mangkuk.Masukkan air suam sedikit demi sedikit sambil gaul sebati dan dapat dijemput.  Ketepikan lebih kurang 1/2 jam supaya tepung...

Monday, February 6, 2012

Popia Kentang Berdaging

PreviewUntuk membuat popia kentang ini Kak Noor menggunakan inti kentang.  Cara-cara penyediaan  inti kentang adalah sama seperti membuat inti karipap. Rujuk N3 Kak Noor di menu Karipap Rangup untuk penyediaan inti.  Untuk menu karipap rangup Kak Noor gunakan ubi kentang dan ubi keledek.  Tetapi bagi inti popia, gantikan sukatan ubi keledek dengan ubi kentang sahaja. Untuk memudahkan kerja, Kak Noor cuma membeli kulit popia berukuran 125mm x 125mm  di pasar raya.  Caranya amat mudah, cuma letakkan inti di atas kulit popia, kemudian digulung dan goreng.  Goreng...

Sunday, February 5, 2012

Sotong Masak Lemak Kentang

PreviewBahan-bahannya:1 kg sotong saiz sederhana3 biji ubi kentang saiz sederhana - setiap biji dipotong menjadi 6 ketul potongan kecil1/2 cawan santan pekat (dicampur dengan 1/2 cawan air)Beberapa helai daun limau purut dikoyakkan5 - 6 biji cili padi dititik1 biji bawang besar dihiris bulat2 batang cili hijau1 keping asam gelugor (asam keping) Gula dan garam secukup rasa3 sudu besar minyak masakBahan-bahan tumis:2 camca besar cili kering kisar*1 camca besar kunyit hidup*(Bahan-bahan * disatukan)2 biji bawang kecil (bawang merah) dihiris2 ulas bawang putih dihiris1 inci halia dihiris1 batang serai...

Saturday, February 4, 2012

Kupang Goreng Berempah dengan Ubi Kentang

PreviewBahan-bahan A: (Diperap)500 gram isi kupang1 sudu besar serbuk jintan putih1 sudu besar serbuk jintan manis1 sudu besar serbuk kunyit1 sudu teh garam(Semua bahan-bahan A disatukan dan diperapkan selama 10 minit)Bahan-bahan B: Tumis3 ulas bawang putih - dihiris1 inci halia - dihiris1 tangkai daun kari1 sudu besar serbuk cili*1 sudu besar serbuk jintan putih*1 sudu besar serbuk jintan manis*1 sudu besar serbuk lada hitam*Air secukupnya*(*Satukan semua rempah dan dibancuh dengan air menjadi pes)Bahan-bahan lain:4 biji ubi kentang - dipotong baji (wedges)(ubi kentang digaul dengan kunyit dan sedikit...

Karipap Rangup

PreviewSejak pagi tadi Kak Noor telah rancang nak buat karipap untuk sajian petang. Telah agak lama Kak Noor nak buat karipap tetapi masa tidak mengizinkan.  Tahu ajelah bila nak buat karipap memerlukan masa untuk memasak inti dan kemudian menyediakan pastrinya.Bila bercakap mengenai karipap, Kak Noor teringat semasa zaman persekolahan dahulu.  Bonda dan ayahanda Kak Noor memang membuat karipap untuk jualan.  Dengan duit jualan karipap itulah dijadikan wang saku perbelanjaan Kak Noor semasa persekolahan dan semasa menuntut di IPTA.  Besar sungguh pengorbanan ibu dan bapa yang bersengkang...

Friday, February 3, 2012

Daging Masak Merah Ala Thai

PreviewDah seminggu Kak Noor tercari-cari resepi daging masak merah ala Thai yang sedap untuk sajian keluarga minggu ini. Minggu ini cuti panjang sempena Maulidur Rasul dan Thaipusam. Bila cuti panjang begini dan semua ahli keluarga berkumpul, inilah masanya untuk menyediakan hidangan yang istimewa sedikit. Daging Masak Merah Ala Thai ini memang menjadi kegemaran anak-anak Kak Noor. Bila makan di kedai, menu ini wajib dipesan. Tetapi .... tak semua restoran/kedai makan yang dapat menepati citarasa masakan thai yang sebenarnya. Tapi resepi yang Kak Noor kongsikan di sini menepati citarasa Kak Noor....

Wednesday, February 1, 2012

Serawa (Pengat) Keledek

PreviewBahan-bahannya:1 kg ubi keledek merah1 cawan jagung manis sejuk beku1/2 kg santan pekat1/2 tin susu sejat1 ketul gula kabung2 senduk gula pasir - kemanisan ikut citarasa masing-masingSedikit sagu biji - direndam sehingga kembang, kemudian ditoskan1 sudu kecil garam1 helai daun pandan disimpulCara Penyediaannya:Ubi keledek dikupas kulit dan dibasuh bersih. Kemudian dipotong kecil.Rebus ubi keledek dengan air secukupnya sehingga ubi empuk.Di dalam periuk yang lain, masak gula kabung dengan gula pasir sehingga larut. Kemudian tapis dan ketepikan.Bila ubi telah empuk, masukkan larutan gula tadi dan...