Kalau dah hari raya mesti ada menu hari rayanya kan! Kebiasaannya Kak Noor tanya suami dulu nak masak apa. Kemudian tanya anak-anak pulak. Encik Suami tak banyak karenah dan tak kisah; masaklah apa sahaja, asalkan mudah dan cepat. Encik Suami pun tahu `kepenatan' kaum Hawa di dapur, lebih-lebih bila hari raya. Masak bukan sekadar untuk santapan keluarga tetapi juga untuk tetamu. Maka... pelbagailah request menu daripada anak-anak. Sebelum raya dah telefon suruh ibu masak tu, masak ini, teringin nak makan, sebab dah lama tak makan... dan macam-macam lagi. Kalau ikutkan menu setiap orang anak, penuh meja makan. Dan satu lagi yang nak masak dan berjuang di dapur sehari suntuk tu sorang aje....., Si Ibu. Tapi kalau tak ditunaikan permintaan anak-anak ni..., nanti sentiasa teringat pula si ibu kerana tidak dapat memenuhi request menu yang dihajatkan oleh anak-anaknya.
Finally, Kak Noor dan Encik Suami seia dan sekata memilih menu yang perlu dimasak. Menu yang paling digemari dan menjadi `trade mark' keluarga, dan tidak pernah tiada pada setiap kali hari raya; iaitu Laksa Penang dan Nasi Empet bersama kuah kacang. Minumannya pula ialah Koktel Buah-buahan Ais Krim Vanilla. Semua menu ini untuk hari raya pertama. Untuk hari raya kedua pula, Kak Noor masak Nasi Beriani Ayam, dimakan bersama Acar Sayur dan Papadom.
Perencah laksa |
Memandangkan Kak Noor seorang sahaja yang menjadi chef di dapur, maka sehari sebelum raya Kak Noor telah menyediakan kuah kacang, kuah laksa dan merebus nasi empet. Bahan-bahan lain Kak Noor sediakan pada pagi raya. Untuk kuah laksa, Kak Noor gunakan ikan kembung saiz besar sebab banyak isinya, tidak banyak tulang, dan mudah untuk diasingkan isinya.
Hari raya pertama, selepas solat Jumaat ramailah tetamu yang datang berkunjung. Sebenarnya bukan jiran atau kawan-kawan Kak Noor dan suami, tetapi kawan anak-anak lelaki Kak Noor. Unexpected....! sebab anak-anak tak beritahu awal yang kawan-kawan mereka akan datang. Setidak-tidaknya bolehlah Kak Noor masak lebih daripada apa yang dibajet dan standby menu `bidan terjun' sekiranya tidak mencukupi. Yang terkilan sedikit sebab tengah semua berselera makan, laksa dah tinggal `sejemput'. Kuah masih banyak lagi. So... ke sana ke sinilah anak lelaki Kak Noor pergi mencari laksa basah untuk top-up tetapi malangnya dah habis. Nasib baik ada laksa kering standby di rumah. Tak sempat nak rendam laksa kering tu kerana akan mengambil masa untuk kembang. Terus didihkan air di dalam periuk dan masukkan laksa. Ambil masa kira-kira 30 minit juga untuk kembang. Alhamdulillah kejadiannya, walaupun warna laksanya tidaklah seputih laksa basah. Finally dapatlah tetamu lain menikmati Laksa Penang ini. Syukran...
Hari raya kedua pula Kak Noor tumpukan kepada penyediaan nasi beriani ayam yang dimakan bersama acar sayur dan papadom. Tiga minggu sebelum hari raya Kak Noor telah blogwalking mencari resepi-resepi nasi yang tidak pernah lagi dicuba. Semasa blogwalking tu, hati ini terpaut kepada satu blog masakan yang menyediakan masakan kaum Melayu, India, dan Cina. Kalau diikutkan profail yang empunya blog, beliau berbangsa India dan dibesarkan di negeri Kelantan. Itulah uniknya Kelantan, tidak kira kau bangsa India ke... Cina ke... tetapi perbualan harian mereka tetap dalam loghat Kelantan. Mungkin disebabkan inilah saudara Thyaga Rajan dapat mempersembahkan menu masakannya dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
Memandangkan kita telah arif dengan masakan kaum Melayu, maka Kak Noor lebih terpikat kepada menu masakan India seperti nasi beriani udang, muruku, chutney (kuah yang dimakan dengan tosei) dan pelbagai lagi yang dipersembahkan dalam blog ini. Jarang kita temui blog masakan yang memuatkan menu-menu masakan India yang mana ia turut digemari oleh kaum Melayu. Masakan India atau lebih popular dengan gelaran masakan mamak seperti nasi kandar, nasi beriani, tosei, capati hanya diperolehi apabila kita mengunjungi restoran mamak. Jarang kita menyediakan sendiri, ditakuti tak sama rasanya. Bagi mereka yang menggemari masakan India, bolehlah berkunjung di blog yang bertajuk Daun Kari Masakan Malaysia. Dengan pelbagai resepi masakan India yang dikongsikan bersama oleh saudara Thyaga Rajan, bolehlah kita mencuba beberapa resepi yang mungkin menjadi kegemaran kita. Kak Noor telah cuba memasak nasi beriani menggunakan resepi dalam blog ini. Cuma dalam resepi asal ia menggunakan udang, tetapi Kak Noor telah mengolahnya menggunakan ayam. Ternyata masakan yang terhasil memang marvellous, tetapi banyaklah persiapan bahan yang diperlukan.
Memandangkan N3 ini agak panjang, maka Kak Noor tidak memuatkan sebarang resepi menu hari raya di dalamnya. Cuma dipaparkan gambar-gambar menu yang berkaitan. N3 untuk resepi nasi beriani ayam, acar sayur, laksa penang, kuah kacang, dan koktel buah-buahan boleh diakses di bawah tajuk resepi itu sendiri.
0 comments:
Post a Comment