Hari ni saya cuba masak apam tepung gandum yang saya ambil resepinya dari blog Mat Gebu pula kalau nak tengok resepi asal boleh klik sini . Thanks Mat Gebu yang share resepi apam yang mudah nak dimasak ni dan sedap dimakan....Saya tambah perisa strawberry dan sedikit pewarna merah bagi apam ni lagi menarik cuma kelapa parut tak ada la . Walaupun taka da kelapa parut tapi apam ni maintain laku hehehe anak-anak saya suka cuma besok tak leh dah masak apam kukus so saya nak cari resepi kuih lain pula la... BAHAN-BAHANNYA :500 g tepung gandum3/4 cawan gula 2 cawan air11 g yis + 1/2 cawan air, larutkan5...
Monday, December 28, 2015
Apam tepung gandum
Apam gula melaka
Semalam saya cuba masak apam kukus gula melaka ni dan jadi la hehehe senang pula tu resepinya . Terima kasih pada ITA yang sudi share resepi apam yang mudah nak dimasak dan sedap pula tu . Bila saya dah hidang pada anak-anak dan hubby kejap je habis hehe . Hari ni saya nak masak lagi apam yang sedap ni sebab anak-anak suka makan.. Apam kukus yang cantik mekar kembang..suka..suka..Bahan-bahan :125gm gula pasir150ml air250 gm tepung gandum½ sudu teh soda bikarbonat½ sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)1 biji telur100 ml minyak masakPapercup secukupnya.Cara-cara :Sediakan acuan dan panaskan...
Sambal sotong campur kacang tanah
Semalam saya masak sambal sotong kering yang hubby bawa balik dari Labuan . Kali ni saya masak sambal sotong campur kacang tanah hancur macam cara mak saya masak . Resepi sambal sotong ni mudah juga nak masak cuma kena pastikan sambal cilinya betul-betul masak dan terbit minyak kemudian semua rasa mesti la seimbang macam rasa manis ,masam dan masinnya . Saya hanya guna cili kering yang dikisar sendiri untuk masak sambal baru la sedap. Sambal sotong ni sedap dimakan dengan nasi biasa , nasi lemak atau dengan lontong kuah lodeh hmmm yummy... BAHAN-BAHAN:6 keping sotong kering saiz besar ( rendam...
Sunday, December 27, 2015
Sarapan pagi ni..
Pagi ni saya masak menu simple nasi goreng sardin dan saya guna semua lauk left over semalam macam sambal ikan sardin dan nasi yang tak habis dimakan . Senang je nak goreng nasi ni dan boleh ditambah bahan sampingan macam telur atau sayur kobis dan kalu suka pedas tambah la cili api hmmm sedapnya... BAHAN DITUMBUK LUMAT :2 biji bawang merah1 ulas bawang putih1 genggam ikan bilis* Nak lagi pedas boleh ditambah sekali cili apiBAHAN-BAHAN LAIN :4 cawan nasiikan sardin tin secukupnya1 sudu besar sos tiram1 biji telurGaram secukup rasaCARA MEMASAK :Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk tadi...
Udang goreng kari
BAHAN-BAHAN:1 kilo udang - dibersihkan1 peket serbuk kari udang2 sudu besar mentega3 tangkai daun kari1 helai daun pandanSedikit daun bawang/supSedikit minyakGaram secukup rasaBahan dimayang nipis-nipis :1 biji bawang besar2 cm haliaBahan B ( dikisar halus) :3 biji bawang merah2 ulas bawang putih2 cm haliaCARA MEMASAK :-Udang dibersihkan dan di gaul rata dengan bahan B serta 2 sudu besar serbuk kari . Perap selama 1 jam . Potong semua daun pandan dan daun bawang/sup nipis-nipis.-Panaskan minyak secukupnya dan goreng udang separuh masak tapi kemudian angkat dan tos udang ketepikan . -Panaskan...
Saturday, December 26, 2015
Sawi putih tumis air
Kalau beli sayur sawi putih mesti ditumis dengan sotong ,itu la request dari hubby saya . Kenapa mesti ditumis dengan sotong putih kerana mak mertua saya masak macam ni hehehe..Kadang-kadang suami saya nak melepas rindu pada masakan ibu tersayang so saya akan masak cara mak mertua saya la atau saya ubah sikit tapi kalau nak lagi senang kami balik kampung je tak jauh pun 1 jam setengah dah sampai Kuala Klawang...Memang betul bila kita dah berkahwin memang perlu belajar dari mertua resepi-resepi kegemaran suami dan saya memang banyak sangat belajar menu baru dari mak mertua serta semuanya menu cara...
Thursday, December 24, 2015
Makan malam di Jeram , Kuala Selangor
Kami sekeluarga berkesempatan berjamu selera di restoran Aroma Muara seafood di Pantai Jeram , makanan yang dimasak memang sedap sangat dengan harga yang sangat berpatutan.. createSummaryAndThumb("summary4440050182199465028...
Wednesday, December 23, 2015
Kepah masak lemak cili api
Selalunya kepah ni saya suka masak sweet sour atau tumis cili berserai tapi kali ni saja je ubah selera saya amsak lemak cili api pula hmmmmm sedap you . Kepah yang fresh manis memang kena sangat dengan kuah pedas lemak cili api ishhhh cik abang makan nasi bertambah la hehehehe... BAHAN-BAHAN :1 kilo kepah segar3-4 cawan santan yg pekat1 keping asam keping 4 batang serai dititikGaram secukup rasaBAHAN DITUMBUK LUMAT :10 biji cili api4 cm kunyit hidupCARA MEMASAK :1. Bersihkan kepah dan masukkan ke dalam periuk bersama dengan bahan ditumbuk , santan pekat , serai , asam keping dan garam . Gaul...
Ikan Saba dari Jepun
Ikan saba yang digoreng biasa dan isinya sangat sedap rasa macam ikan kembung rebus..Ni la ikan saba dari Jepun yang sekarang ni banyak di jual di hypermarket..createSummaryAndThumb("summary3677190863976779740...
Roti telur berinti sardin
Sedapnyaaaa...BAHAN-BAHAN :10 keping rotiSardin tin yang sudah dimask dahulu2 biji telur-boleh tambahSecubit garamLada sulah secukupnyaMinyak masak untuk mengorengCARA MEMASAK :Ratakan sardin secukupnya di atas sekeping roti kemudiam tutup roti ni dengan sekeping roti lain . Pecahkan telur dan pukul macam nak buat telur dadar , masukkan garam serta lada sulah secukupnya dalam telur ni.Celupkan roti ni ke dalam telur dadar secara perlahan-lahan supaya roti ni tak terbuka . Ratakan telur pada roti ni .Panaskan sedikit minyak dalam frying pan dan goreng roti telur tadi sehingga masak . Tekan-tekan...
Monday, December 21, 2015
Roti telur berinti keju
Sarapan pagi yang sangat enak... BAHAN-BAHAN :8 keping rotiKepingan atau parutan cheese secukupnya2 biji telur-boleh tambahSecubit garamLada sulah secukupnyaMinyak masak untuk mengorengCARA MEMASAK : Keju yang diparut secukupnya Kemudian keju ditabur atas roti dan kemudian tutup dengan sekeping roti lagi . Pecahkan telur dan pukul macam nak buat telur dadar , masukkan garam serta lada sulah secukupnya dalam telur ni.Celupkan roti ni ke dalam telur dadar secara perlahan-lahan supaya roti ni tak terbuka . Ratakan telur pada roti ni . Panaskan sedikit minyak dalam frying pan dan goreng roti telur...
Thursday, December 17, 2015
Apple crumble sedapnyaa
Hari ni untuk dessert saya masak apple crumble dan resepinya saya dapat dari blog masak kakak saya . Jom singgah blog kak Ija kalau nak dapatkan macam-macam resepi yang enak klik saja DISINI.. Apple crumble ni sedap dimakan macam tu saja atau boleh juga ditambah ice-cream vanilla hmmm sungguh enak sekali . Apple crumble ni favorite dessert anak saya Nur Aisyah...Ingredients:6 apples-apple fuji saiz medium 1 tablespoons sugar1 teaspoon cinnamon2 teaspoons butterCrumble:4 teaspoons butter3 tablespoon brown sugar-boleh tambah3/4 cup flour1/2 cup rolled oats (optional)How to cook :Peel and slice...
Wednesday, December 16, 2015
Pasta bakar simple
Hari ni untuk lunch dan dinner saya masak pasta bakar saja , simple dan sedap . Anak-anak saya memang suka sangat menu macam ni sekali sekala saya tukar menu selalu makan nasi je kan.Kali saya guna apa saja bahan yang ada di dapur macam chicken soup dalam tin dan sausage sebagai perencah utama . Mudah je cara saya masak pasta bakar kali ni ,cepat dimasak sedap dimakan heeee... Hmmm yummy baked pasta spiral yang ditabur sedikit parmesan cheese kalau nak makan dengan sos cili pun sedap juga dan kalau ada salad atau mash potatoes lagi la best...BAHAN-BAHAN :1 peket pasta spiral1 biji bawang besar-dicincang3...
Tuesday, December 15, 2015
Bubur caca
Bubur caca yang enak dimakan suam atau boleh juga disimpan dalam peti sejuk baru dimakan . Dah lama saya tak masak bubur caca . Cara nak masak yang mudah yang penting semua bahan mesti fresh macam santan, ubi keledek , jagung dan mesti la guna gula kabong.. Bubur caca yang saya campur dengan jagung fresh dan ubi keledek madu hmm sedap ni..baru masak saja anak-anak dah minta nak makan hehe..BAHAN-BAHAN :100 grm caca kering berwarna-warni5 ketul keledek saiz kecil2 biji jagungGula kabong secukupnyaSedikit gula pasirSantan kelapa secukupnyaSecubit garam2 helai daun pandanCARA MEMASAK :Bersih ubi...
Ayam grill & brokoli
2 ketul dada ayam digrill dgn sayur brokoli dikukus dan plain lowfat yogurt di tabur flexseedAyam grill yang saya sediakan dengan brokoli kukus ni untuk dinner saya semalam . Dah 6 bulan saya tukar menu makanan saya dan berat saya pun dah turun sebanyak 25kg . Menu macam ni sedap dan sangat sihat .Actually saya tengah gigih menurunkan berat badan ni al maklum la diri saya ni dah semakin kembang memang saya risau juga dan umur pun makin meningkat . Berat badan saya turun bukan hanya kerana saya jaga apa yang saya makan tapi saya bersenam dan alhamdulillah dari sehari ke sehari berat saya ni makin...
Monday, December 14, 2015
Kuih keria
Kuih favorite anak-anak yang sangat mudah nak dibuat dan sedap..Kuih keriaBahan-Bahan:500 gm keledekTepung gandum secukupnya-sehingga adunan dah tak melekat pada tanganSecubit garamSira gula :5-6 sudu besar gula pasirSedikit air anggaran 3 sudu besar* Saya kehabisan tepung gandum so saya guna tepung naik sendiri sebab tu kuih keria saya gebu saja hehe..Cara memasak :-Kupas keledek dan rebus hingga empuk. Tus airnya dan lecek halus. Campur tepung sedikit-sedikit hingga boleh diuli. Jangan terlalu lembik atau terlalu keras. -Ambil sejemput-sejemput, bulatkan dan leperkan. Buat lubang di tengah seperti...
Petola ular
Saya pernah cuba makan sayur petola ular ni bila makan di kedai mamak tapi mungkin cara masak yang buat rasa sayur petola ular ni biasa-biasa je . Baru-baru ni saya cuba beli petola ular ni di pasar malam dan saya masak stail selera saya sendiri dan hasilnya sangat sedap . Anak-anak dan suami suka sangat makan sayur petola ular yang saya tumis bersama udang kering ni so sekarang ni petola ular dah masuk dalam list favorite sayur family kami la... Saya tumis cara simple dengan guna udang kering sebagai rencah utama..memang sedap..BAHAN-BAHAN :3 batang petola ularSos tiram secukup rasaGaram secukup...
Wednesday, December 9, 2015
Kacang sepat tumis udang kering
BAHAN-BAHAN :200 grm kacang sepatGaram secukup rasaSedikit minyak bijansedikit air-jika perlu sahajaBAHAN DITUMBUK LUMAT :2 biji bawang merah2 ulas bawang putihSegenggam udang kering -rendam dulu* Kalau nak pedas tambahkan sebiji cili merah dan sedikit belacan semasa proses menumbuk bawang tadi . Boleh juga diguna ikan bilis .CARA MEMASAK :-Basuh kacang sepat dan buang urat ditepi kacang ni kemudian potong kacang sepat kecil-kecil.-Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk sampai naik wangi kemudian kacau .- Masukkan semua sayur dan kacau , masukkan garam , minyak bijan dan terus...
Sup daging Siam
Dah lama juga saya tak masak sup Siam favorite hubby sup ni lebih pedas dan masam berempah memang sedap . Saya guna daging serta tulang dari raya haji yang lepas so dagingnya memang sangat fresh dan nak masaknya simple saja . BAHAN-BAHAN:1 kilo daging bercampur tulang lembu6 biji kentang3 biji tomatoJus perahan limau nipis secukupnya1 pokok daun supGaram secukup rasaAir secukupnya*Air kena banyak sebab nak kena rebus tulang ni sampai dagingnya empuk , kena check daging untuk pastikan daging empuk atau belum jika tidak perlulah ditambah air dan terus rebus tulang lagi.BAHAN-BAHAN TUMIS :3 sudu...
Tuesday, December 8, 2015
Nasi ambeng Muar..sedapnya..
Lepas dah jalan-jalan keliling bandar Muar dan river cruise kami singgah ke pasar tani dekat dengan stadium di bandar Muar ni . Masa singgah dah pukul 11 pagi kat pasar tani tak ramai pengunjung mungkin sebab dah nak tengahari . Saya lalu depan gerai jual nasi ambeng dan terus saya singgah hmmm sangat menyelerakan dengan lauk-pauk yang tak pernah saya cuba macam ayam ungkep dan masak kicap yang kelihatan sungguh sedap . Ada pula ikan masin bulu ayam dan sambal ubi kentang campur tempe dengan tauhu serta mee goreng .So saya beli 2 bungkus untuk kami makan bersama . Satunya dengan lauk ayam kicap...
Sepanjang perjalanan
Kalau dah jalan-jalan ke tempat baru mesti la nak cuba masakan di sana kan baru la lengkap jalan-jalan sambil cari makan..destinasi kami mula-mula ke Kluang railway station makan roti bakar dengan home made kaya dan kopi kaw yang sangat famous tu . Lepas tu kami ke Batu Pahat dan makan mee bandung yang famous di bandar Batu Pahat ni hmmm memang sedap banyak pulak tu memang berbaloi dengan harganya . Kali terakhir saya ke Batu Pahat pada tahun 2005 menhantar adik ipar bernikah dan masa tu la first time saya cuba mee bandung ni dan sampai sekarang saya masih teringat akan kesedapannya sebab tu la...
Singgah makan di Air Hitam, Johor..
Kami singgah makan di kawasan gerai di Air Hitam lauk-pauk yang dijual macam-macam jenis . Harga makanan ok kebersihan gerai pun ok dari segi rasa lauk-pauknya sedap.. Ini ialah lauk pilihan hubby sambal cili api dengan ayam tengok la tu berapa banyak cili api memang pedasss sangat tapi sedap dan seperti biasa sambal ikan sardin favorite hubby saya hehe... Ini pula pilihan Aisyah....sambal tahu dengan suuhun dan ayam gorang memang sedap . Adam dan Adlina makan nasi gorang cina yang sedap juga... Sup sayur dan fish ball ni pula pilihan saya hmmmm sedap ni..createSummaryAndThumb("summary5353755...
Giant madu
Sepanjang gerai di Air Hitam ni jual buah Nenas dan yang paling menarik perhatian saya ialah nenas spesis giant dari Sarawak ni . Saiz buahnya besar dan rasanya pun manis sangat.. Adlina pun nak posing sebelah buah nenas ni..Suami saya letak tangan di atas nenas giant ni untuk tunjukkan betapa besarnya saiz nenas ni . Kami memang terkejut tengok sebab saiz luar biasa nenas-nenas kat Air Hitam ni mesti tanah di kawasan Air Hitam ni subur betul sebab nenas yang memang dah spesis besar menjadi lagi besar bila ditanam di sini . Panjang nenas ni dalam 12-13 inci dan rasa nenas ni sedap sanagt cukup...