Menu kegemaran suami saya yang berasal dari Jelebu, N.Sembilan.Kalau nak tengok suami saya berselera makan nasi , masak lah menu masak lemak ini .Hidangan sampingan mesti ada ikan masin dan sambal tempoyak serta petai/buah kerdas. Bila musim buah durian memang ada banyak tempoyak jadi mak mertua selalunya akan tumbuk cili api /garam dan dicampur dengan tempoyak.Kadang-kadang tu mak mertua campurkan tempoyak dalam masak lemak ikan mengantikan asam keping. Masak lemak cili api cara mak mertua saya ialah tidak menggunakan sebarang jenis bawang dan cara memasaknya mudah saja.Masa mula kahwin dulu pelik juga saya tengok mak mertua masak tak guna bawang tapi sekarang ni dah biasa.
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
2 biji kelapa - ambil 2 cawan santan yang pekat dan satu cawan santan cair.
5 batang serai- dititik
5 biji ubi kentang - dipotong ikut pada citarasa.
BAHAN DITUMBUK LUMAT:
10 biji cili api
2 inci kunyit hidup
CARA-CARA MEMASAK :
1) Bersihkan ayam dan masukkan ke dalam periuk atau kuali.Kemudian masukkan bahan tumbuk , serai dan santan cair.Gaul semua bahan dan biarkan sampai kuah mendidih dan ayam separuh masak.
2) Kemudian masukkan santan pekat , garam , ubi kentang dan terus kacau .Biar kuah mendidih dan sampai ubi kentang menjadi empuk.
Ini ialah masak lemak ayam kampung yang mak mertua masak.Kuah dikeringkan dah jadi macam rendang , jika untuk resepi ini tidak perlu ditambah ubi kentang . Memang sedap sebab ayam kampung isinya pejal .
Masak lemak cili api ayam tua atau ayam dah pencen tak bertelur.Rasanya lebih kurang macam ayam kampung cuma isi lebih liat jadi perlu direbus dulu ayam nya untuk menjadi empuk.Kalau tak ada ayam kampung , ayam tua lah menjadi pilihan kedua, rasanya lebih kurang saja.
Boleh nampakkan perbezaan dari 3 gambar masak lemak diatas ni kan. Bahan dan cara kita memasak menentukan rasa makanan yang kita masak. Memasak pun sama saja macam apa saja aktiviti yang kita buat mesti ada rasa minat. Macam bila kita masak untuk orang yang kita sayang , perasaan sayang tu menyebabkan kita bersungguh-sungguh nak memastikan makanan kita menjadi dan rasa sedap sangat.
Ok la sebagai post pertama untuk blog baru saya ini, saya nak mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang sudi bertandang ke RESEPI NANNIE.
0 comments:
Post a Comment