Bahan-bahannya:Sebungkus agar-agar (25 gram)1 tin buah laici1 tin susu cair3 cawan gula pasir4 cawan airJelly fruity (boleh dibeli dalam paket)Penyediaannya:1. Buah laici dan airnya diasingkan. Buah laici dihiris nipis-nipis.2. Agar-agar dimasak bersama 4 cawan air dan air daripada tin laici. Masak sehingga agar-agar larut sepenuhnya.3. Kemudian masukkan 3 cawan gula dan dibiarkan larut.4. Setelah gula larut, masukkan buah laici yang telah...
Tuesday, November 29, 2011
Puding Laici Fruity
Saturday, November 26, 2011
Mee Kari
Semalam bonda dan adik-beradik Kak Noor tiba dari Bukit Mertajam. So hari ini Kak Noor bangun awal, sediakan sarapan pagi dan terus masak untuk sajian tengah hari. Sajian sarapan pagi ialah nasi lemak dan untuk makan tengah hari pula, mee kari. Bahan-bahan A :3 bungkus mee kuning dicelur dan ditoskan1 mangkuk isi ayam dipotong kecil - (boleh lebihkan, ikut citarasa)1 mangkuk isi kerang rebus - (boleh lebihkan, ikut citarasa)Santan secukupnya2 biji kentang (buang kulit) dan direbus hingga empuk dan dikisarSedikit ais asam jawaTauhu kering dibelah dua Chicken ball secukupnya - (boleh dibeli di...
Bubur Gandum Cha-cha
Kak Noor masak bubur gandum caca ni atas permintaan anak bongsu Kak Noor. Maklumlah dah cuti sekolah, duduk rumah asyik nak makan aje... Semasa memasak juadah untuk tengah hari, Kak Noor sempat masak bubur ini untuknya. Memang simple sangat dan sesiapa pun boleh memasaknya. Macam masak tangkap muat aje...Bahan-bahan seperti biji gandum dan beras cha-cha yang telah siap dipaketkan boleh dibeli di pasar raya. Tapi kalau orang dulu-dulu beras cha-cha ni dia orang buat sendiri, sebab masa tu tak dijual di pasar raya. Untuk resepi ini, Kak Noor tidak mengehadkan kuantiti...
Friday, November 25, 2011
Nasi Goreng Telur Simple (Nasi Goreng Ayahanda)
Anak Kak Noor yang bongsu memang gemar sangat nasi goreng ini. Dia namakan nasi goreng ni `Nasi Goreng Ayah'. Nak tahu kenapa dinamakan nasi goreng ayah? Sebab si `Ayah' yang selalu memasak nasi goreng ini. Nasi goreng ini memang yang paling ringkas. Tak sampai 15 minit dah siap .....Anak bongsu Kak Noor tidak gemar dengan nasi goreng yang Kak Noor buat. Dia kata `Ibu buat nasi goreng tak sedap, ayah buat lagi sedap. Pernah satu malam semasa husband Kak Noor masih berada di pejabat, anak Kak Noor yang bongsu ni lapar dan dia nak nasi goreng. Kak Noor pun nak masaklah untuk dia. Tapi dia...
Thursday, November 24, 2011
Kurma Telur Ubi Kentang
Bila dah jemu dengan sajian ikan dan sajian daging, apa kata kita beralih pula kepada masakan telur. Telur ini merupakan stok tetap di rumah Kak Noor. Tahu ajelah anak-anak ni, walaupun kita dah masak lauk lain, tetapi mereka tetap nak goreng telur juga. Kebiasaannya telur ini digunakan untuk rencah nasi goreng, benjo, telur 1/2 masak, telur mata kerbau, telur dadar dan macam-macam lagi. Kita pernah masak kurma ayam dan kurma daging dan masakan ini telah `well known' di kalangan kita. Tetapi kali ini Kak Noor nak ajar masak kurma telur pula. Keenakannya lebih kurang sama dengan masakan...
Masak Paprik
Bahan-bahannya:250 gm isi ayam dipotong kecilSedikit sotong, udang, dan daging (Kak Noor tak ada daging ayam, so digantikan dengan chicken ball)2 biji tomato dipotong dadu1 batang lobak merah1 paket jagung muda50 gm bunga kobis50 gm broccoli3 – 5 biji cili padi ketuk2 – 3 helai daun limau purut1 biji bawang besar - dihiris1 ulas bawang putih - dihiris1 inci halia - dihiris3 sudu besar cili kisar3 sudu besar sos tiram1 sudu besar kicap manis3 sudu besar sos ciliGaram/gula secukup rasaSedikit minyak untuk menumisPenyediaannya:1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang besar,...
Makaroni Berkuah
Bahan-bahannya:500g daging dipotong kecil-kecil½ sudu besar mentega atau margarine2 sudu besar tomato puri - boleh gantikan dengan sos tomato1 sudu besar tomato sup1 sudu sos tiram400ml air 1 batang lobak merah sederhana di kupas kulit dan potong dadu kecil 30g kacang peas 1 biji lemon (diambil air perahannya) Garam secukupnya1 sudu kecil perasa TUMIX ayam Gula jika suka250 g macaroni ~ direbus dengan air bersama dengan sedikit minyak supaya tidak melekatDaun sup dan daun bawangBawang gorengBahan-bahan B (dikisar):2 biji tomato sederhana dibuang biji dan dipotong kecil 1 sudu besar cili kering kisar 1 ulas bawang putih 1 biji bawang besar 1/2 sudu besar serbuk lada hitamAir secukupnya Penyediaan...
Wednesday, November 23, 2011
Udang Masak Lemak Kuning
Kebiasaannya bila masak udang masak lemak kuning, kita tidak menggunakan kaedah menumis. Tetapi resepi yang Kak Noor ingin sajikan di sini menggunakan kaedah menumis dengan menggunakan minyak yang paling minimum. Kaedah menumis ini banyak digunakan di sebelah Utara. Bahan-bahannya:½ kg udang sederhana 1 biji bawang besar ) dikisar bersama2 inci kunyit hidup ) ½ cawan air2 keping asam gelugor1 cawan pati santan + 1 cawan air2 biji ubi kentang dipotong kecil1 biji tomato dibelah empat½ biji timun dipotong memanjang 1 inciGaram/gula secukup rasa3 helai daun limau purut4 biji...
Tuesday, November 22, 2011
Ikan Mackerel Goreng Berkicap
Masakan yang akan Kak Noor ketengahkan kali ini amat ringkas dan cepat iaitu Ikan Mackarel Goreng Berkicap. Cepat dimasak, sedap dimakan. Macam iklan mee maggi pulak! Ikan mackarel goreng ini sedap dimakan dengan nasi panas ataupun dijadikan sebagai inti sandwich. Bagi orang-orang bujang, boleh cuba resepi ini. Apa yang penting, stok ikan mackarel tin mesti ada kat rumah.Bahan-bahannya:1 tin ikan mackerel cap ayam atau 1 tin ikan sardin2 biji bawang dipotong bulat1 biji cili hidup dihiris2 tangkai daun supSedikit asam jawa atau cukaKicap manis secukupnyaGaram/serbuk perasa/gulaMinyak secukupnya...
Sunday, November 20, 2011
Sup Bebola Ayam
Bahan-bahannya:1/2 kg bebola ayam (Boleh dibeli di pasar raya dalam bungkusan 1 kg)Fucuk/soun/mee sua - ikut citarasa nak letak banyak mana1 biji bawang besar - dihiris2 ulas bawang putih - dihiris1 inci halia - dihiris1 biji cili merah - dihiris2 biji ubi kentang - dipotong kecil2 batang daun bawang dipotong 1 inci panjang2 batang daun sup dipotong 1 inci panjangGaram, gula, perasa, dan serbuk lada hitamBawang goreng Persediaannya:1. Fucuk dan soun direndam seketika supaya lembut. Ketepikan.2. Panaskan minyak dalam periuk. Gunakan minyak yang sedikit supaya tidak timbul minyak di permukaan...
Saturday, November 19, 2011
Cucur Udang Geragau dan Ikan Bilis Bertaugeh
Hujung-hujung minggu ni, bila tiba waktu petang terasa lapar pulak. Semua ahli keluarga pula berkumpul kat rumah. Nak keluar memang malas sekali. So... jadilah Kak Noor chef kat umah aje. Hidangan yang paling mudah ialah masak cucur aje... Cucur ini semua orang boleh buat. Cuma resepinya sahaja diperbagaikan dari semasa ke semasa mengikut citarasa masing-masing. Bagi Kak Noor, hanya gunakan bahan-bahan yang tersedia kat rumah. Masukkan apa-apa sahaja bahan yang dikira munasabah dengan resepi yang kita persembahkan.Bahan-bahannya:½ kilo tepung...
Nasi Kuning
Nasi kuning ini terkenal di sebelah Utara. Walaupun Kak Noor orang Penang, tetapi Kak Noor tidak pernah makan nasi kuning ini masa kecil. First time Kak Noor diperkenalkan nasi kuning ini semasa Kak Noor tinggal di Padang Besar, Perlis (awal tahun 1990an). Masa itu Kak Noor tidak bekerja, suri rumah tangga sepenuh masa. Memandangkan masa itu berdua sahaja, maka keraplah Kak Noor dan husband makan kat kedai aje. Lagipun makanan kat Padang Besar masa itu murah. Sebungkus nasi kuning campur dengan sambal tumis ikan bilis cuma dijual dengan harga RM050 sen. Nasi kuning ini disajikan sebagai...
Masak Lemak Kuning Nanas
Teringat Kak Noor kat arwah tok bila setiap kali masak masakan ini. Masakan ini amat popular semasa zaman kanak-kanak Kak Noor. Walaupun masakannya ringkas, ia memang sesuai untuk anak-anak kerana ia tidak pedas dan masakannya agak manis juga. Bahan utamanya bukan udang, tetapi nanas itu sendiri. Masakan ini selalunya dihidangkan dengan lauk lain seperti sambal tumis udang petai, ikan kering masam dan kicap. Makan nasi boleh bertambah oooo.... Bahan-bahan A:1 biji nanas manis 2 cawan santan (1 cawan pati santan dicampur dengan 1 cawan air)1 sudu teh jintan manis1 biji bawang besar dihiris1 inci halia dihiris nipis10 ekor udang sederhana besar (dibuang semua kulit)1 biji cili hidup dibelah...
Friday, November 18, 2011
Kari Pisang Muda Dengan Ikan Kering Masin
Semalam waktu pulang dari kerja semalam, sempat singgah di JJ AU Setiawangsa. Masa jengok kat bahagian sayuran, ternampaklah pisang muda yang segar bugar. Tertulis kat label tu pisang kapas. Terlintas di fikiran esok nak masak kari pisang muda campur ikan kering. Kari pisang muda ini hanya sekali sekala sahaja Kak Noor masak sebab bukan favourite semua ahli keluarga. Hanya suami dan Kak Noor sahaja suka. Orang-orang lama kan! Anak-anak sekarang tak berapa suka makan masakan macam ni. Dia orang siap tanya lagi, nak masa apa ni ibu? Pertama kali yang terlintas di fikiran mereka bila melihat...
Roti Pita Berdaging
Bahan-bahannya:5 keping roti pita dipotong dua (menjadikan 10 keping)1 biji bawang besar dicincang2 ulas bawang putih dicincang200 gm daging kisar (Kak Noor guna daging kisar jenama Ramly)2 sudu besar serbuk kari daging – dicampur dengan sedikit air dan digaul1 sudu besar serbuk cili100 gm sayur campur (kacang peas, jagung, dan lobak merah) – boleh beli di pasar raya1 biji tomato dipotong kiub½ biji timur dihiris nipis memanjang5 kuntum cendawan butang dalam tin – dihiris nipisAir secukupnya Secukup rasa garam, lada hitam, dan serbuk perasaSedikit mentegaMayonis secukupnyaSos cili dan sos lada hitam secukupnyaBeberapa kelopak daun salad2 sudu minyak masak. Penyediaannya1. Sapukan mentega...
Thursday, November 17, 2011
Twister Bonda (Ala KFC)
Siapa pernah makan twister KFC? Sedapkan.... Kak Noor pernah juga makan. Bila tak ada selera nak makan nasi masa lunch kat pejabat, benda inilah yang dicari. Sedap dan memang amat mengenyangkan. Boleh kongsi dengan member kalau tak habis. Kau separuh, aku separuh. Dari sini timbul idea Kak Noor untuk menghasilkan resepi ala-ala twister ni. Mungkin tak sesedap twister KFC; sebab kita sedia maklum setiap produk tu ada rahsia resepinya yang tersendiri. Tapi resepi yang Kak Noor hasilkan ini sedaplah jugak. Kak Noor sendiri tak tahu nak beri nama apa untuk resepi ini. Memandangkan resepi...
Wednesday, November 16, 2011
Tauhu Sambal (Masak Masam Manis)
Tauhu masak sambal manis-manis pedas ini memang favourite Kak Noor sejak kecil lagi. Resepi yang dikongsi di sini juga adalah warisan daripada bonda dan nenda Kak Noor. Kalau masak sambal tumis tauhu ini, bonda selalu hidangkannya bersama sayur taugeh masak lemak dan ikan goreng. Tetapi yang paling sedap kalau ada ikan cencaru sumbat.Tauhu basah dipotong duaBahan-bahannya:5 keping tauhu basah2 sudu besar cili sos1 sudu besar tomato puri1 sudu besar tomato sup1 biji tomato dipotong kiub2 sudu besar gula perang2 sudu besar gula putih1/2 sudu teh serbuk perasa (jika suka)Garam...
Monday, November 14, 2011
Kari Telur
Bahan-bahannya:10 biji telur ayam direbus4 sudu besar rempah kari daging/ayam dibancuh dengan air3 biji ubi kentang di potong kecil1 batang lobak merah dipotong serong1 biji tomato dipotong 42 biji cili hijau dibelah dua (tidak putus)1 cawan pati santan dicampur dgn. 1 cawan air (nisbah 1:)1 keping asam gelugorGaram secukup rasa1 sudu teh perasa1 sudu besar gula perangMinyak secukupnya untuk menumis.Bahan-bahan untuk ditumis:1 biji bawang besar dihiris2 ulas bawang putih dihirisDaun kari1 sudu besar jintan manisPenyediaannya:1. Rebus telur sehingga masak, kemudian buang kulitnya.2. Panaskan periuk....
Puding Jagung
Puding jagung memang menjadi kesukaan Kak Noor sejak kecil lagi. Bonda Kak Noor selalu masakkan. Bonda Kak Noor ni memang pakar dalam bidang masakan; tak kiralah masakan kuih tradisional, lauk pauk dan biskut raya. Puding jagung yang ingin Kak Noor ketengahkan ini ada kelainan sedikit dari segi bahan-bahannya. Kebiasaannya bahan utama untuk puding jagung ialah jagung dan tepung kastard. Tetapi Kak Noor guna agar-agar sebagai bahan tambahan. Bahan-bahan A:1 bungkus agar-agar (20 gm)4 cawan air untuk memasak agar-agar2 cawan gula putihDaun pandan Bahan-bahan B (diblender):1 tin jagung manis...