Bahan-bahannya:
400 gram isi kerang (dikopek daripada kerang yang direbus)
3 keping asam keping (asam gelugor)
2 sudu besar gula perang
2 sudu besar gula putih
Garam secukup rasa
1 sudu besar kicap manis
½ sudu teh serbuk perasa
1 batang serai dititik
2 biji bawang besar – dipotong bulat
Minyak untuk menumis
Bahan-bahan dikisar lumat:
4 senduk nasi cili kering kisar
3 ulas bawang putih
5 batang serai – dihiris
1 inci kunyit hidup
2 inci halia
1 inci belacan - opsyen
Cara-cara memasak:
1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis serai yang dititik sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi dan kacau rata. Masak sehingga terbit minyak/cili garing.
3. Setelah cili garing, masukkan ¼ cawan air. Masukkan gula perang, gula putih, garam, kicap manis, serbuk perasa dan asam keping. Kacau sehingga semua bahan sebati. Rasa kuah sambal. Tambahkan garam atau gula sekiranya perlu sehingga menepati citarasa.
4. Selepas itu masukkan isi kerang. Kacau dan kaup balikkan supaya bergaul dengan sambal. Perlahankan api dan biarkan ia mereneh di atas dapur selama 10 minit.
5. Sebelum ditutup api, masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Kacau rata dan tutup api.
Sempat masak sambal kerang serai ini pagi tadi sebelum pergi kerja. |
0 comments:
Post a Comment