Friday, January 11, 2013
SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG
Bahan-bahannya:
4 ekor sotong kembang - dipotong memanjang.
1 biji buah tomato - dipotong kiub
1 biji bawang besar, saiz besar - dipotong bulat
2 sudu besar gula perang
2 sudu besar gula putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 - 2 keping asam keping (asam gelugor)
Serbuk perasa dan garam secukupnya
Minyak untuk menumis
Bahan-bahan dikisar:
4 senduk nasi cili kering kisar
2 biji bawang besar saiz sedang
4 ulas bawang putih
1 inci belacan
Air secukupnya untuk mengisar
Cara-cara memasak:
1. Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Kacau dan masak sehingga garing/terbit minyak.
2. Tambahkan sedikit air dan kacau rata. Masukkan gula perang, gula putih, garam, dan serbuk perasa, sos tiram, kicap manis, dan asam keping. Kacau lagi sehingga mesra.
3. Masukkan sotong kembang dan kaup balikkan. Masak sehingga sotong lembut.
4. Sebelum ditutup api, masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat tadi. Biar di atas dapur selama 1 minit. Kemudian bolehlah ditutup api.
5. Semasa menghidang, sekiranya suka bolehlah ditaburkan kacang tanah yang ditumbuk kasar.
0 comments:
Post a Comment