Sekarang ni kuih melayu yang paling saya suka masak ialah apam kukus sebab proses nak bancuh dan masaknya yang boleh dikatakan agak ringkas dan mudah . Kali ni saya cuba masak apam pisang dan resepinya saya dapat dari blog masakan Mat Gebu . Sedap apam ni anak-anak suka bila hidang saja habis hehehe hari ni nak buat lagi la...
Resepi apam ni saya copy & paste dari blog Mat Gebu..terima kasih ya Mat.....
Bahan-Bahannya :
1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
2 biji telur gred A
100 ml minyak jagung (atau mentega cair)
1/4 cawan gula (mat guna gula perang)
4 biji pisang emas, sederhana besar*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)
Cara membuatnya :
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
2 biji telur gred A
100 ml minyak jagung (atau mentega cair)
1/4 cawan gula (mat guna gula perang)
4 biji pisang emas, sederhana besar*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)
Cara membuatnya :
- Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.
- Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran (mat guna acuan kecil2), sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 - 15 minit. Buat hingga siap.
- Keluarkan dan boleh dihidang bersama kelapa parut atau begitu sahaja. Balut tutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitis atas apam..
Apam pisang yang sedap...yummy...
0 comments:
Post a Comment