Pages

Sunday, November 29, 2015

Kari kepala ikan nyok-nyok

PreviewKari memang menu favorite saya sebabnya dari kecil lagi tiap-tiap hari mak saya mesti masak kari dan kalau ada menu kari mesti ada sambal belacan hmmm sedapnya kombinasi dua menu ni . Cuma mak saya akan tukar bahan lauk kari tu je macam ayam,udang,ketam,daging,sotong dan ikan talang masin yang dimasak campur nenas hmm yummy . Ikan favorite yang selalu mak saya pilih macam ikan kembung, bawal dan ikan nyok-nyok ni . Isi ikan nyok-nyok ni macam ikan tenggiri + bawal so memang sedap sangat isinya kalau ikan tu betul-betul cukup fresh . Kalau ikan ni besar bahagian kepala la paling best bila dimakan...

Tuesday, November 24, 2015

Spaghetti goreng cili api

PreviewBAHAN-BAHAN :1 peket spaghetti-saya guna jenis wholemeal warna gelap sikit500gm udang -kupas semua kulit n kepala4 sudu besar sos tiram2 sudu besar sos sotong Thai1 sudu kecil minyak bijan2 biji telur2 biji carrot-potong ikut saiz yang sesuai2 peket cendawan inokiDaun sup/bawang secukupnya-dimayang halusGaram secukup rasa-jika perlu sajaMinyak secukupnya untuk menumisBAHAN DITUMBUK LUMAT :4 biji bawang merah2 ulas bawang putih5-7 biji cili apisegenggam udang kering-direndam kejapCARA MEMASAK :Rebus speghetti sampai empuk dan ditos.Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan tumbuk serta kacau...

Ikan tongkol tumis kicap

PreviewResepi ikan tongkol ni dah lama saya amsak cuma hari ni abru dapat di buat n3 . Ikan tongkol memang salah satu spesis ikan favorite hubby . Isi ikan ni padat dan macam ikan tuna tin tu rasa ikan ni ok sedap kalau dimasak menu ikan singgang atau tumis kicap dan masak sambal memang best. Ikan tongkol tumis kicapBAHAN-BAHAN:2 ekor ikan tongkol2 biji bawang merah2 ulas bawang putih2 cm halia1 biji bawang besar1/2 sudu kecil jintan manis-yang halus tu6 sudu besar kicap3 sudu sos tiram1 cawan air1/2 sudu kecil lada hitam-boleh ditambahCARA MEMASAK:1) Bersihkan ikan potong ikut saiz yang sesuai dan...

Sunday, November 22, 2015

MUFFIN COKLAT

Preview Resepi untuk muffin ni saya dapat dari Myresipi.com , click SINI untuk tengok resepi asal muffin niBAHAN-BAHAN :250 grm tepung gandum2 sudu kecil baking powder1/2 sudu kecil soda bicarbonat2 sudu besar serbuk koko-saya guna van houten175 grm gula150 grm coklat chip90 ml minyak sayur-saya guna minyak jagung250 ml susu segar-kotak1 biji telur-size A1 sudu kecil esen vanillaCARA MEMASAK :- Campur dan gaul rata semua bahan kering macam tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder, gula dan serbuk koko.- Pecahkan telur dalam bekas yang sesuai dan pukul sekejap macam nak buat telur dadar tapi jangan...

Thursday, November 19, 2015

Inoki goreng ranggup

PreviewAkak selalu juga masak cendawan tiram goreng ranggup tapi tak pernah pulak terfikir nak guna cendawan inoki ni tapi bila jalan-jalan cari resepi kat blog Hana Jepun akak jumpa resepi cendawan Inoki goreng ranggup ni . Akak pun nak cuba la juga sebab anak-anak akak memang suka sangat dengan menu cendawan goreng ranggup dicicah dengan sos thai memang sedap... Cendawan Inoki goreng ranggupProses nak gorengnya sama je macam goreng cendawan tiram . Mula-mula akak potong bahagian bawahnya sikit lepas tu akak lerai-leraikan cendawan inoki ni . Akak guna 2 biji telur yang dipukul kembang macam nak buat...

Monday, November 16, 2015

MASAK LEMAK KETAM

PreviewResepi ketam lagi kali ni saya masak ketam yang datang jauh dari Labuan . Resepi simple tapi sangat sedap yang penting kuah mesti pekat dan mesti guna cili api burung yang kecil , kunyit hidup dan serai mesti lebih dari sebatang . Ikut cara mertua saya yang pure keturunan Minang bila masak lemak cili api ni tak guna sebarang jenis bawang pun selain tu dia suka guna garam kasar yang asli dan hanya pati santan kelapa yang pekat . BAHAN-BAHAN :6 ekor ketam yang besar3-4 cawan santan pekat-kalau tak cukup tambah sikit lagi8 biji cili api-boleh ditambah3 cm kunyit hidup3 batang serai - dititik1-2...

SELAMAT HARI RAYA HAJI

PreviewAssalamualaikum..Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Haji pada semua, bersyukurlah pada Allah diatas segala nikmat yang dikurniakanNya pada kita selama hidup didunia ini dan mengharapkan rahmatNya diakhirat kelak. Amin.createSummaryAndThumb("summary6523527807734853892...

Saturday, November 14, 2015

Ketam sweet sour

PreviewSelalunya bila beli ketam saya akan masak menu kari ketam bersama nenas atau masak lemak cili api so kali ni saya masak ketam sweet sour hmmm sedapnyaaaa..Saya tambah sedikit santan pada kuah ketam masak masam manis bagi ada rasa lemak manis masam haa cukup semua rasa you... yum yum sungguh enak...BAHAN-BAHAN:2 kg ketam3 biji tomato masak ranum4 batang serai - dititikSedikit air asam jawa-boleh tambah kalau suka kuah masam1 cawan santan-tak tambah santan pn okSedikit air - jika perlu saja* Boleh ditambah nenas atau cili capsicumBAHAN-BAHAN DIKISAR LUMAT :4 biji bawang merah2 ulas bawang putih3cm...

Ketam dari Labuan

PreviewKetam ni sama je macam ketam yang ada dijual kat rumah saya ni tapi yang specialnya ketam ni suami saya beli di Pulau Labuan dan ketam ni sama naik kapal terbang untuk sampai ke dapur saya ni . Dah banyak kali suami saya out station atas urusan kerja ke Labuan cuma kali ni baru dia dapat beli macam-macam jenis ikan , udang dan juga ketam yang fresh dari laut China Selatan . Seawal pukul 5.30 pagi suami saya dah ke jeti nelayan dengan kawan . Suami saya beli ikan tenggiri , ikan nyok-nyok, udang galah , ketam , ikan merah yang semuanya baru naik dari bot nelayan dan sangat fresh .Selalunya pelancong...

Sarapan pagi ni

Preview Nasi goreng simple..BAHAN-BAHAN:5 cawan nasi2 biji telur ayamSerbuk lada sulah/lada putih secukup rasaGaram dan gula secukup rasaBAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS:3 biji bawang merah2 ulas bawang putih1-2 genggam ikan bilis2cm belacan-dipanggang CARA MEMASAK :1) Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai terbit bau harum.2) Masukkan semua telur dan bila telur hampir masak baru la dikacau kemudian dimasukkan nasi dan di kacau rata . Masukkan , lada sulah , garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga semua bahan menjadi mesra dan nasi goreng dah masak serta boleh la ditutup api d...

Thursday, November 12, 2015

Daging salai @ pekan Pedas

PreviewKalau lalu pekan Pedas mesti jumpa gerai makcik ni yang jual daging salai, puyoh salai dan ikan keli salai . Kadang-kadang kalau kami balik kampung suami dan lalu pekan Pedas suami saya mesti singgah gerai ni dan beli daging salai yang makcik ni buat sendiri . Daging salainya fresh dan disalai atas bara memang tak ada langsung kesan rentung hitam so bila nak masak senang je . Ikan keli salainya pun fresh serta semua ikan keli ni makcik bela di kolam sendiri dan harga jualan pun berpatutan . Jom singgah beli sekilo dua... Daging tengah disalai.., beli la dan bila balik rumah boleh dimasak lemak...

PUDING ROTI

PreviewHmm sedapnya puding roti ni...Petang ni saya cuba masak puding roti ni yang sangat mudah nak dimasak . Hasilnya memang la sedap sangat resepi puding roti ni saya dapat dari Myresipi.com , anak-anak saya suka sangat makan puding roti ni so lepas ni boleh la buat lagi...Saya tak buat sos kastard dan makan macam tu saja pun dah sedap sangat hmmm yummy . Saya memang biarkan pemukaan atas puding roti ni garing sikit . Bahan A:500 ml susu segar/fresh milk9 keping roti putihBahan B:4 sudu besar gula halus4 sudu besar butter2 biji telur ayam1 sudu teh esen vanilla1 sudu besar tepung jagungBahan C:2 sudu...

Wednesday, November 11, 2015

GRILL SALMON n SALAD

PreviewSalam pagi Jumaat yang nyaman..Semalam untuk dinner saya grill kepingan salmon dan dimakan dengan mix salad .Sedap betul isi ikan salmon kalau ikan salmon dari Norway lagi sedap dan tinggi kandungan omega-3 tapi disebabkan harganya yang mahal sekali-sekala je la dapat makan ikan salmon dari Norway tu . Saya beli ikan salmon yang jenis murah kat Tesco tapi still sedap hmm yummy... dulu saya selalu buatkan sekali sos herba dill bercream lemon tapi kali ni saya hanya grill biasa dan di perahkan sedikit lemon pada isi ikan salmon ni sementara saladnya saya curahkan dengan dressing balsamic vinegar...

Tuesday, November 10, 2015

Mee kuah utara

PreviewSelalunya mee kuah utara ni guna daging lembu tapi kali ni saya guna isi dada ayam saja so saya tambah kiub perasa daging . Saya memang dah biasa makan mee kuah ni dari kecil lagi dulu mak saya selalu masak menu mee kuah ni sebab ni adalah menu favorite arwah abah saya . Kalau tak ada ubi keledek dan kacang tanah mak saya akan ganti dengan telur supaya kuah mee ni jadi pekat . Menu mee ni memang sedap dan jadi favorite kami sekeluarga...Kalau nak letak tulang lembu pun boleh juga tapi make sure tulang tu direbus dulu dan air rebusan tulang diambil campur sekali dalam kuah mee ni . Specialnya mee...

Monday, November 9, 2015

KEK PELANGI

PreviewSemenjak dua menjak ni saya dah seronok nak baking pula dan kali ni saya masak kek pelangi a.k.a kek warna-warni . Actually adunan kek ni sama macam kek butter cuma di tambah warna ikut citarasa sendiri so lagi meriah rupa kek ni baru anak-anak seronok dan teringin nak makan . Kek ni sedap , lembab dan manisnya sesuai dengan selera anak-anak saya...Saya bukan la pakar dalam bidang baking cakes tapi saya suka mencuba banyak kali sampai jadi kek ikut pada selera sendiri kiranya saya belajar dari trial & error la . Alhamdulillah kek yang saya masak tak pernah bantat atau tak jadi yang penting...

Sunday, November 8, 2015

Kek butter

PreviewKek butter ni memang favorite anak-anak dan hubby . Resepi kek ni yang saya dapat dari blog Sweet Cuppies memang mudah nak dibuat dan sedap . Saya c&p resepi ni untuk dikongsi dengan sesiapa yang nak cuba masak kek butter ni ya..BAHAN-BAHAN :250 gm butter200 gm gula castor5 biji telur1 sudu kecil esen vanila6 sudu fresh milk210 gm tepung gandum -diayak1 sudu kecil serbuk penaik-diayak dgn tepung*Saya masukkan sedikit pewarna coklat.Cara Membuatnya:-Panaskan oven kepada suhu 180C .Pukul butter dan gula hingga sebati.Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan sambil dipukul sebati diantaranya.-...

Tuesday, November 3, 2015

Singgang ikan tongkol

PreviewHari ni saya masak menu tradisi dari pantai timur iaitu singgang ikan tongkol . Menu ni memang favourite hubby kalau menu yang masam dan pedas memang hubby saya suka sangat makan.Saya belajar masak menu ni dari kawan yang asal dari Terengganu dan cara masaknya senang la sangat tapi memang sedap . Menu ni lagi sedap kalau diguna ikan tongkol, ikan tenggiri dan ikan kembung . BAHAN-BAHAN :3 ekor ikan tongkol yang sederhana besar2 biji bawang besar-potong 22 ulas bawang putih8 biji cili api-kalu nak pedas titik separuhnya1 cm kunyit hidup-dipotong nipis2 inci lengkuas- dipotong nipis2 keping asam...