Pages

Wednesday, October 5, 2011

Bubur Asyura Utara

Makanan ini adalah kegemaran aku dari kecil sehinggalah ke hari ini.  Memang sedap, air tangan mak....
Banyak bahan digunakan, tetapi hasilnya amat menyelerakan. Bila dah siap, ia seakan-akan bingka, tapi lebih sedap daripada bingka. 

Bahan A:

• ½ kampit tepung beras
• ¼ kampit tepung jagung
• Sucu cair 1 tin (brand apa pun boleh)
• Pati santan daripada 4 biji kelapa
• Gula melaka 4 – 5 keping (masak dengan air sehingga larut)
• Gula putih 1 kilo
• Garam secukup rasa

Bahan B:

• 3 biji ubi keledek merah dipotong kecil (direbus sehingga empuk – jangan sampai hancur)
• 1 sikat pisang emas dipotong kecil
• Anggaran 30 sen kacang duduk ketupat direbus empuk
• Anggaran 30 sen kacang duduk merah anggaran direbus empuk
• 1 tin jagung
• ½ kati sagu putih
• ½ kati kacang hijau direbus empuk
• Kismis ikut cita rasa
• Kacang kuda direbus empuk (anggaran mengikut cita rasa)
Daun pandan

Cara-cara penyediaannya:

Kesemua bahan A digaul sehingga sebati kemudian ditapis. Masukkan dalam periuk dan kacau di atas api sehingga ¾ pekat. Kemudian masukkan kesemua bahan B dan dan daun pandan. Kecilkan api. Kacau adunan sehingga pekat dan masak. Untuk memastikan adunan ini masak dengan elok, ambil sedikit daripada adunan tadi dan letakkan di atas piring. Biarkan ia sejuk sebentar. Selepas sejuk, cuba golekkan adunan tadi di atas piring. Sekiranya ia tidak melekat, ini bermakna adunan tadi telah masak. Tetapi sekiranya ia masih melekat, ini bermakna adunan tadi belum betul-betul masak. Adunan ini mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk masak.

Setelah masak tuangkan adunan tadi di dalam bekas. Kemudian masukkan dalam peti ais untuk disejukkan.
Memang sedap.... cubalah....

0 comments:

Post a Comment