Pages

Wednesday, October 5, 2011

Nasi Daging Utara

Hujung minggu adalah masa kita untuk bersama keluarga tersayang. Terfikir Kak Noor untuk menyediakan juadah yang lebih istimewa daripada hari-hari biasa untuk keluarga. Maklumlah kalau hari bekerja masa untuk bersama keluarga terhad. Awal-awal pagi telah keluar dan lewat petang baru balik. Masakpun ala kadar saja, boleh makan sudah. Minggu lalu buat nasi lemak, so minggu ini Kak Noor ingat nak buat nasi daging, tetapi resepi Utara. Nasi ini pernah dimasak oleh bonda Kak Noor tetapi tak confident sangat penggunaan bahan-bahannya. Mana taknya.... nasi ini x selalu masak, so.... tak berapa ingat sangat resepinya. Kat mana nak rujuk resepi ni ye....hm...hm... internet kan ada. So godek ajelah cari resepi nasi daging utara. Kak Noor terjumpa resepi ni dalam laman web Perniagaan Katering dan Restoren yang diposkan oleh saudara Mohammad Roslan. Banyak resepi yang lazat serta tip-tip masakan dalam laman web ni yang boleh dijadikan panduan untuk kita menyediakan juadah.

Resipi ini adalah versi Mamak Penang. Maka jangan keliru dengan resipi-resipi yang lain. Resepi Masakan ini adalah masakan orang Penang yang paling ringkas dan amat lazat sekiranya dimakan bersama “air asam” dan “Dalca”.

Bahan-Bahan:
  • 1 kg daging – dipotong agak besar (12 – 14 ketul) direbus sehingga lembut dan jangan lupa simpan air rebusan untuk memasak nasi kemudian.
  • 1 kg berasmathi. Dibersihkan dan jangan lupa ditoskan supaya beras ini perlu berada dalam keadaan kering supaya tidak hancur semasa memasak nanti. Sukatan air rebusan daging yang diperlukan sama dengan sukatan beras 1:1. ( Sekiranya dua pot beras dua pot air rebusan daging).
  • 3 sudu besar kimball tomato sup.
  • 3 sudu Yogurt asli (tairu) atau susu cair 1/2 tin.
  • Gula batu sedikit dan garam secukup rasa.
  • Bawang goreng untuk ditaburkan.
Bahan-Bahan Untuk Menumis:
  • 1 senduk besar minyak masak (lebih kurang 4-5 sudu besar).
  • 2 sudu besar minyak sapi.
  • 2 sudu besar rempah daging.
  • 1/2  sudu kecil Jintan Manis.
  • 1/2  sudu kecil Jintan Putih.
  • 1 sudu besar rempah beriani.
  • 100gm buah badam yang direndam, dibuang kulit dan di mesin halus.
  • Sedikit buah kismis dan Janggus.
  • 1 sudu besar bawang putih + halia telah dimesin
  • 2 biji bawang besar telah dimesin halus.
  • 1 biji bawang besar dihiris.
  • 1 helai daun pandan di potong 3 inci panjang.
  • Garam masala – Kayu manis 1, bunga lawang 3, cengkih 4 dan buah pelaga 4.


Cara-Cara Memasak:
1. Panaskan periok, masukkan minyak kemudian minyak sapi.

2. Bila minyak panas, masukkan garam masala, bawang hiris, bawang putih dan halia dikisar, daun pandan, biji jangus dan kismis dan bawang dikisar.

3. Bila tumisan mula keluarkan bau yang harum masukkan daging yang telah rebus, masukkan rempah kari dan beriani, tairu dan kisaran buah badam. Jangan sampai hangit dgn segera masukkan air rebusan daging yang telah tapis. Masukkan gula batu dan garam secukup. Rasa kemasinan air. Tutup tudung periok.

3. Apabila air mula mendidih buka tudung dan masukkan beras dan kacau perlahan. Apabila air mula mendidih, Kecilkan api dapur dan tutup tudung periok dgn ketat. Boleh tindihkan tudung dengan benda yg berat seperti batu lesong supaya wap tidak terlepas keluar dgn banyak.

4. Tunggu sampau wap mula cuba keluar dari tudung periok isyarat nasi mulai sejat. Buka tudung periok. Masukkan sedikit warna kuning pada dua atau tiga lubang yang terbentuk hasil dari nasi yang sedang mendidih. Tutup kembali tudung dan kecilkan lagi api dapur supaya nasi tidak akan hangit. Biasanya nasi akan masak dengan sempurna 25minit – 35 minit. Api dapur perlu dijaga supaya nasi tidak hangit. Kepada yang baru ingin mencuba dan tidak pandai mengawal api dan masak dalam kuantiti kecil boleh gunakan kuali leper sebagai pelapik periok anda supaya api dapur boleh dikawal.

5. Apabila nasi telah masak, mencungkil menggunankan sudip dan terbalikkan nasi dari bawah ke atas supaya nasi lebih peroi. Dua atau tiga kali memadai.

6. Jangan kerap buka tudung periuk nasi. Ini akan menyebabkan wap terkeluar banyak dan nasi anda menjadi mentah. Sekiranya nasi anda menjadi mentah, renjiskan air panas (guna sudu) ke atas nasi dan masak kembali dengan api yang sama. Hahaha…kalau mentah juga…kukus saja nasi itu…hehehe!. Jadi Nasi Daging Kukus hahaha!. Selamat mencuba.


AIR ASAM:
1. Cili api, belacan bakar, lada merah – masukkan dalam blender kisar (jumlahnya perlu anda yang kena tentukan kalau nak pedas bubuhlah lebih sikit kalau tak mahu pedas kurangkan).

2. Masukkan perahan air limau nipis, gula, garam dalam bahan kisaran tadi.

3. Hiris bawang besar dan tomato sedang masak dan gaulkan sama rata. Boleh juga masukkan hirisan cili hijau. Jadilah ia air asam.

0 comments:

Post a Comment