Pages

Friday, March 21, 2014

Di sepanjang perjalanan kami..

Banyak betul gambar yang saya ambil masa kami bercuti kali ni so saya nak kongsi gambar-gambar saat kami bercuti di blog saya ni . Sambil jalan-jalan kami cuba makanan baru di sana alhamdulillah semua makanan yang kami makan sedap-sedap belaka . Masakan tradisional Terengganu memang sedap laaa...

Kami berhenti di Kampung Sg. Ular , Cherating untuk menikmati pemandangan pantai . Hari agak mendung so kami teruskan perjalanan ke Kemaman sebelum ke Kuala Terengganu..

Satar Kemaman

Satar fresh , favorite saya ni..


Keropok lekor yang dibuat fresh kemudian terus digoreng , keropok lekor di Kemaman memang padat dengan ikan so keropoknya lembut saja tak liat macam yang banyak dijual di area rumah saya ni . Saya beli rm5 pun dah cukup banyak untuk kami sekeluarga makan dan sos pencicahnya sedap .

Anak-anak saya sedang menikmati jelly kelapa lepas sedap makan keropok lekor di Kemaman . Keropok lekor di Kemaman memang yang paling sedap..

Masa kami lalu di Dungun ada banyak juga gerai tepi jalan yang jual kuih akok so saya pun apa lagi mesti la nak cuba makan kuih akok ni . Paling best kuih akok ni dibakar mengunakan cara tradisional . Rasanya cukup sedap...


Ini namanya kuih akok gula


Ini di panggil kuih akok nisan memang sedap..

En. suami nak makan akok yang masih panas baru masak memang sedap sangat la..


My bacin Adam yang happy sokmo..



Anak-anak seronok spend time di Pantai Batu Buruk..


Dalam pasar Payang macam-macam ada..

Cendol pulut yang cukup enak berhampiran pasar Payang..

On the way nak ke Kelantan saya singgah beli kuih muih di gerai ni cuma saya lupa nak tanya nama gerai dan tempat ni di bandar Kuala Terengganu . Best betul la saya tengok cara kuih-muih di jual di sini . Bermacam jenis kuih muih hmm sedap-sedap belaka..


Kuih tradisional Terengganu enak belaka..


Nasi dagang yang dijual dalam pasar Payang , sedap laa


Balik dari Taman Tamaddun Islam kami sekeluarga terus singgah makan keropok lekor di Kampung Losong . Masa kami sampai di gerai kopok lekor ni ramai betul pelancong yang singgah so memang kena tunggu lama la juga untuk semua hidangan yang kami order sampai . So saya order dulu lempeng panas dengan kuah sebab anak-anak dah lapar . Sambil makcik ni masak lempengnya saya pun minta la resepi sebab lempeng simple ni memang sedap laaa..

Lempeng kelapa muda bersama kuah , hidangan simple yang sangat sedap dimakan sambil minum teh o selepas seharian berjalan-jalan di bandar Kuala Terengganu .

Kenangan indah tetap menjadi memori yang akan kami ingat sampai bila-bila , insyallah kalau ada peluang saya nak ke Terengganu lagi..

0 comments:

Post a Comment