Pages

Thursday, March 20, 2014

Cantiknya pemandangan di Pantai Rhu 10..

Pagi Isnin ni baru saya dapat masukkan lagi n3 gambar-gambar sepanjang percutian kami di Terengganu dan lepas ni ada lagi n3 sepanjang percutian saya sekeluarga ke Kelantan dan Cameron Highland . Alhamdulillah syukur percutian kami sekeluarga kali mengikut perancangan suami dan saya . Kami sekeluarga memang enjoy betul holiday kami kali ni dan percutian kali ni akan kami sekeluarga ingat sampai bila-bila . Anak-anak pun happy sepanjang perjalanan percutian kami ni dan moga pengalaman melihat tempat baru sepanjang percutian ni akan menjadi memori terindah yang akan di kenang oleh anak-anak semua .

Seminggu kami jelajah 4 negeri dan actually tempoh tu tak cukup untuk kami jalan ke semua tempat di negeri Pahang , Terengganu , Kelantan dan Cameron Highland so insyallah kalau ada kesempatan cuti sekolah yang akan datang ni kami akan ke sana lagi .

N3 kali ni saya nak kongsi gambar kami sekeluarga di Pantai Rhu 10, Setiu , Terengganu . Kami berhenti di pantai yang cantik ni masa dalam perjalanan nak ke Kota Bharu . Cantik sungguh pemandangan laut membiru dan pantai yang bersih kat sana , angin pun bertiup sepoi-sepoi bahasa nyaman sangat . Kami singgah makan di gerai yang jual colek atau makanan laut goreng celup tepung . Sedap sangat sebab sotong serta udang yang digoreng celup tepung ni semuanya fresh . Lepas tu sos pun sedap dan dapat pula minum air kelapa fresh hmmmm sedap la...

Alhamdulillah cuaca hari tu cerah so pemandangan memang cantik sangat di Pantai Rhu 10 ni..


Angin bertiup nyaman bestnya kalau boleh releks lama sikit di pantai tapi kami perlu teruskan perjalanan ke Kota Bharu so insyallah kalau ada peluang kami nak ke sana lagi..


Adlina dan Adam yang seronok main di tepi pantai..


Aisyah yang leka dan terpegun tengok laut China Selatan yang membiru..


Pilih saja mana yang bekenan semuanya sedap dan fresh...


Udang kertas fresh saiz besar yang sedap dan harga pun ok berpatutan , yang penting rasanya yang sangat sedap hmmm cicah dengan sos cili thai..

Sotong saiz besar yang fresh...


Udang ni fresh sangat bila dah digoreng macam ni sedap dimakan dengan kepalanya sekali yum yum makan 5 ekor pun tak cukup hehehe kena tambah lagi la . Actually adunan bancuhan tepung yang penting sekali macam yang saya makan ni bancuhan tepungnya ranggup dan cukup semua rasa..

Sotong saiz besar fresh hmm masih terasa kesedapan isi sotong ni..


Adam yang dah ready nak makan tu..


Sedap ya..


Lepas makan kami jalan-jalan lagi sambil anak-anak dapat peluang tengok bot nelayan yang ada di tepi pantai . Nelayan tak turun ke laut sebab hari sebelumnya hujan dan 3 hari sebelumnya Jepun di landa Tsunami...

Kami terus menyusuri jalan-jalan di tepian pantai tengok nelayan-nelayan yang sedang bersih jala dan bot masing-masing . Anak-anak saya happy sangat dapat melalui pengalaman yang berbeza kali ni . Walaupun masa awal holiday kami ni cuaca agak mendung dan hujan tapi alhamdulillah ada masanya langit cerah dan cuaca ok so dapat la kami pergi ke tempat menarik yang dah kami rancang lebih awal cuma paln kami nak ke Pulau Kapas je tak jadi tak apa la lain kali kalau keadaan dan selamat kami akan ke Pulau Kapas .

Percutian yang sungguh bermakna buat kami sekeluarga dan insyallah lepas ni kami akan bercuti ke tempat lain di Malaysia ni dan dapat spend quality times bersama...

Saya akan masukkan banyak lagi n3 dengan gambar-gambar sepanjang percutian kami ni ya...

0 comments:

Post a Comment