Pages

Wednesday, March 19, 2014

PASTA PENNE GORENG PEDAS


BAHAN-BAHAN:

1 peket pasta penne
1 peket sausage
5 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap
2 cawan mix vegetables

BAHAN DIBLEND:

50   grm udang kering
3     biji bawang merah
3     ulas bawang putih
10   biji cili kering
5     biji cili api
 
*Kuantiti cili api boleh dikurangkan atau ditambah ikut pada citarasa.

CARA MEMASAK:

1) Rebus pasta sampai lembut dan tos sekejap.Semasa merebus masukkan satu sudu kecil minyak ke dalam air rebusan pasta , supaya pasta tidak melekat antara satu sama lain.

2) Potong sausage menjadi kepingan kecil , boleh ditambah bahan-bahan lain seperti ayam , udang , daging dan sebagainya.Boleh juga digunakan sayur brokoli atau bunga kobis.

3) Panas kan 4 sudu minyak dan tumiskan bahan diblend tadi sampai naik bau.Kemudian masukkan sausage dan sayur campur dan terus kacau.Seterusnya masukkan kicap , sos tiram dan pasta.Terus kacau supaya pasta bercampur mesra dengan bahan-bahan kuah/tumis.Akhir sekali boleh ditambahkan garam atau kicap jika pasta masih kurang masin.Terus mengacau supaya pasta tidak melekat pada kuali , sebainya gunakan kuali non-stick .Bila dah masak boleh la ditutup api.

0 comments:

Post a Comment