Pages

Saturday, March 22, 2014

MASAK LEMAK PISANG


BAHAN-BAHAN:

1 ikat pisang muda
5 biji cili api
3 cm kunyit hidup
Santan pekat dari sebiji kelapa ( boleh tambah jika kurang kuah)
Segenggam ikan bilis


Bahan yang ditumbuk lumat cili api, kunyit hidup dan masukkan juga garam supaya mudah nak menumbuk nanti.


Pisang muda yang sudah siap dikupas. Cara nak mengupas pisang ini ialah dengan menyiat kulitnya sahaja. Pisau perlu disapukan dengan minyak kalau tidak nanti getah pisang muda akan melekat pada pisau.


Mula sekali masukkan santan pekat , bahan ditumbuk lumat , ikan bilis dan biarkan sampai kuah mendidih sekejap dan terus dimasukkan pisang muda.Kacau kuah dan buah pisang supaya menjadi mesra. Kemudian biar kuah mendidih dan buah pisang menjadi empuk dan masak.



Dah pun siap pisang masak lemak ini. Sedap dimakan dengan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan goreng. Makanan yang simple tapi sedap sangat.

0 comments:

Post a Comment