Pagi tadi masa di pasar kat rumah saya ni saya dapat beli ikan pari segar yang baru sampai dari Kuala Selangor , bestnya . Selalunya kalau beli ikan pari saya akan masak asam pedas atau dipanggang makan dengan air asam hmmm memang sedap . Ikan pari yang segar bila dah masak isinya menjadi putih dan lembut serta boleh terasa kemanisan isinya . Agak mudah nak masak asam pedas sebab separuh bahan-bahannya dikisar dan proses nak masaknya sekejap saja.. BAHAN-BAHAN:1 kilo ikan pari segar2 cawan air2 batang serai-dititik1 bunga kantan- dibelah dua2 keping asam keping atau 1 sudu besar asam jawaSegenggam...
Monday, August 31, 2015
ASAM PEDAS IKAN PARI
Sunday, August 30, 2015
MALAYSIA KU TERCINTA
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-531 MALAYSIA MENJANA TRANFORMASISaya ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari KEMERDEKAAN yang ke 53 tahun kepada semua pengunjung blog saya ni tak kira di mana saja anda berada . Semoga kita dapat menjadi insan yang berguna serta berjasa kepada negara , bangsa dan agama.... Laungan MERDEKA dari Adam dengan kakak Adlina dan kakak Aisyah..Dah lama juga saya simpan gambar ni semenjak awal bulan Ogos lagi . Tiap-tiap tahun saya pasti kibarkan JALUR GEMILANG dirumah saya dan acara nak gantung bendera ni sangat ditunggu oleh anak-anak saya ni... Anak-anakku pelapis...
Saturday, August 29, 2015
GULAI TEMPOYAK PATIN
BAHAN-BAHAN :1 ekor ikan patin1 biji timun 2 batang serai - dititik4 sudu besar tempoyak-boleh ditambah1 keping asam keping- kalau tempoyak dah masam tak perlu la ditambah asam kepingAir secukupnyaGaram secukup rasaBAHAN DITUMBUK LUMAT :3 biji cili merah 4 biji bawang merah1 ulas bawang putihCARA MEMASAK :-Bersihkan ikan dan lumur ikan patin dengan asam jawa untuk buang hanyir serta kotoran lain . Potong timun menjadi 2 bahagian dan buangkan empulur tengah serta potong menjadi ketulan kecil .- Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk bersama serai , tempoyak, air dan asam keping . Kacau semua...
KERABU PUCUK PAKU
Saya memang gemar sangat makan kerabu dan bila berpuasa ni macam-macam jenis kerabu yang saya nak makan . Kalau beli di bazar Ramadhan kebanyak kerabu yang dijual dah tak fresh sebab terlalu cepat disediakan so paling best ialah buat kerabu sendiri la . Bukannya susah sangat nak sediakan kerabu ni bahan-bahan yang diperlukan pun mudah nak dicari.Kerabu pucuk paku ni lagi best kalau ada kerang rebus atau perut lembu yang dah direbus dan dipotong kecil-kecil tapi kalau nak jadikan kerabu ni menu yang lebih sihat tak payah la letak kerang atau perut lembu tu dan rasanya tetap sedapppp la sangatt.....
SIAKAP KUKUS
Ikan siakap steam tomyam.. BAHAN-BAHAN:1 ekor ikan siakap ( anggaran berat 700 grm)1 biji bawang besar2 ulas bawang putih2 cm halia1 inci lengkuas2 batang serai-dititik4 biji cili api-boleh tambahSedikit airBAHAN UNTUK SOS :3 sudu besar sos tiram1 sudu besar sos ikan Thai/nampla2 sudu jus limau nipis/ kasturi-boleh ditambah Sedikit serbuk lada hitamSedikit bahan perisa atau gula* Boleh juga digunakan asam jawa untuk perisa masamCARA MEMASAK:1) Masukkan air ke dalam periuk kukus bahagian bawah sekali dan biar diatas api , tunggu sehingga air agak mendidih. Bentuk periuk kukus adalah bertingkat-tingkat....
KAILAN IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN :2 ikat baby kailan-pucuk kalian yang berbunga2 cm ikan masin tenggiri2 biji bawang merah2 ulas putih2 biji cili api- dititik saja2 sudu besar sos tiram1 sudu besar nampla- sos ikan ThaiSedikit minyak bijanCARA MEMASAK :- Bersihkan sayur kailan dan potong kecil-kecil , kupas semua bawang dan dimayang halus .Basuh ikan masin dan potong kecil-kecil.- Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan masin dulu sampai agak garing kemudian baru dimasukkan semua bawang , goreng lagi sampai bawang layu . Masukkan terus sos tiram kacau dan masukkan nampla dan terus kacau , masukkan terus sayur , Kacau...
Thursday, August 27, 2015
TOMYAM PUTIH
Menu iftar Ramadhan ke 17 Tomyam putih Tomyam sedap dimakan dengan telur dadar..BAHAN A:10 ekor sotong20 ekor udang1 cawan isi ayam1 peket cendawan1 batang leek* ikut pada citarasa sendiri untuk guna apa jenis sayur pun.BAHAN B:5 biji cili api- dititik1 biji bawang merah2 biji limau nipis- ambil jus saja3 inci lengkuas1 inci halia1 biji bawang putih4 batang serai- dititik6 helai daun limau purut1 liter airSos nampla/sos sotong secukup rasa1 sudu kecil gula*Semua bahan boleh ditambah ikut citarasa sendiri macam pedas , masam dan masin . Kalau nak lebih kuah tambah la air lagi.CARA MEMASAK :1) Bersihkan...
URAP DAUN SELOM
BAHAN-BAHAN :1 ikat ulam selom1cawan taugeh-bersihkan dan celur sekejap saja1 biji bawang besar-dimayang nipis-nipis1 biji limau nipis-ambil jus sajaGaram dan gula secukup rasaKelapa parut secukupnyaBAHAN DITUMBUK LUMAT :1/2 inci belacan-dibakar1 tangkai lada merahSegenggam udang kering-rendam sekejap** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi.CARA PENYEDIAAN:Bersihkan daun selom dan bawang kemudian potong nipis-nipis dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai . Kemudian masukkan taugeh dan semua bahan yang ditumbuk lumat tadi . Gaul semua bahan sehingga cukup mesra dan masukkan kelapa parut...
Wednesday, August 26, 2015
KURMA TELUR
Menu kurma ni sedap dimakan dengan sambal belacan atau sambal tumis sebab rasa pedas masam sambal belacan bila disatukan rasa lemak kuah kurma memang kena sangat serta sangat laa sedap . Kali ni saya masak kurma tanpa guna santan atau susu , saya guna buah keras yang ditumbuk lumat untuk memberi rasa lemak pada kuah kurma ni kalau nak lagi sedap guna la buah gajus yang ditumbuk juga. Kalau nak cukup lemak guna la santan dan memang sedap sangat la kuah kurma yang kita masak nanti. BAHAN-BAHAN :8 biji telur ayam-direbus4 biji ubi kentang yg besar5 biji buah keras-ditumbuk lumat1 peket rempah kurma2...
GRILL TALAPIA MERAH
Talapia merah memang sedap di panggang atau dibakar sebab isi ikan ni tebal dan sangat manis serta ikan ni tak ada bau atau rasa hanyir macam ikan air tawar lain . Kalau nak beli ikan talapia merah pilih la yang segar selalunya kulit serta ikan talapia yang segar berwarna pink lembut serta sisiknya bersih tanpa kesan-kesan lumpur atau tanah .Bila dah habis bersihkan ikan talapaia merah ni saya selalu bersihkan ikan ni dengan asam jawa untuk buang segala kotoran dan bau ikan ni .Selain di grill iakn talapia merah ni pun sedap di masak sambal tumis, sweet sour,asam pedas,masak lomak cili api dan...
Sunday, August 23, 2015
BIHUN GORENG
Bihun goreng untuk berbuka semalam , kali ni saya nak cepat masak so saya guna je perencah crispy dried shrimp untuk goreng bihun . Memang sedap perencah ni terasa udang kering dan cili keringnya . BAHAN-BAHAN :1 peket bihun-rendam sehingga bihun menjadi lembut 20 ekor sotong , dibersihkanSedikit isi ayam200 grm taugeh1 ikat kucai-dibersih dan potong3 ulas bawang putih3 biji bawang merah3 ulas bawang putih2 biji telur1 camca besar kicap manis6 camca besar crispy dried shrimp - boleh ditambahGaram secukup rasaSedikit airCARA MEMASAK :Mayang halus semua bawang dan bersihkan sotong dan dipotong...
Saturday, August 22, 2015
NASI TOMATO
Nasi tomato untuk berbuka semalam menu favorite kami sekeluarga.. BAHAN-BAHAN:4 cawan beras basmathi4 cawan air1 1/2 cawan susu cair3 helai daun pandan- disimpul & ikat2 sudu besar tomato puree3 biji buah tomato masak ranum-dipotong kecil-kecil5 sudu besar minyak sapi untuk menumisGaram secukup rasaBAHAN TUMISAN :2 biji bawang besar3 ulas bawang putih4 cm halia5 biji buah pelaga2 inci kayu manis2 kuntum bunga lawang4 biji bunga cengkihCARA MEMASAK :Kupas semua bawang dan halia serta dipotong nipis-nipis . Basuh beras dan ketepi kan kemudian semua tomato dipotong kecil-kecil .Periuk nasi di...
AYAM MASAK MERAH
Ayam masak merah untuk dimakan dengan nasi tomato.. BAHAN-BAHAN:1 ekor ayamGaram dan gula secukup rasa4 sudu tomato sos4 sudu cili sosGaram dan gula secukup rasaDaun sup/bawang untuk hiasanBAHAN-BAHAN DIKISAR :5 biji cili kering6 biji bawang merah3 biji ulas bawang putih yang besar4 cm halia4 batang seraiCARA MEMASAK :-Semua bahan-bahan dikisar perlu dipotong kecil-kecil . Cili kering perlu direbus dahulu atau direndam dalam air panas supaya menjadi lembut dan mudah dikisar.- Ayam dibersihkan kemudian dipotong dan digaul dengan garam dan kunyit . Panaskan 2 cawan minyak dan goreng ayam sehingga...
JELATAH
BAHAN-BAHAN :1 biji timun1/2 buah nenas-kalau buah nenas kecil guna semua1 biji bawang besarSegenggam udang kering-direndam n tumbuk lumatCuka secukup rasaGula n garam secukup rasa* Boleh guna cili merah dan carrot- saya tak guna sebab anak-anak tak makan cili merah nanti habis semua cili di kumpul tepi pinggan..CARA PENYEDIAAN :- Kupas nenas kemudian potong nipis-sipis nenas , timun dan bawang besar . Masukkan semua bahan-bahan ini dalam mangkuk dan satukan bahan-bahan lain macam cuka , udang kering serta garam/gula . Gaul dan kacau semua bahan-bahan sehingga cukup mesra.createSummaryAndThu...
TUMIS TERUNG TELUNJUK
Menu terung telunjuk tumis telur ni memang sedap sangat . Kalau hanya makan sayur terung telunjuk ni dengan nasi panas pun dah cukup sedap tanpa ada lauk lain . Selalunya terung telunjuk ni boleh dimasak menu begini atau dimasak sekali dalam gulai daging salai dan kadang-kadang dicelur saja dan dimakan dengan sambal gesek sebagai ulam .Kalau di pasar kat rumah saya ni ada dijual terung telunjuk ni atau di pasar tani pun ada dijual . Rasa terung ni lebih manis dari terung biasa. BAHAN-BAHAN :20 biji terung telunjuk1 keping asam kepingsebiji telur ayamGaram dan gula secukup rasaBAHAN-BAHAN DITUMBUK...
Menu berbuka
Ini la menu berbuka kami semalam tauhu goreng , ikan nyok-nyok masak lemak cili api , terung telunjuk tumis telur dan taugeh kasar goreng kicap serta buah cempedak syukur alhamdulillah... Tauhu ni dipanggil tauhu kotak , texture isi tauhu ni lebih lembut dan rasanya sangat sedap . Saya selalu beli tauhu ni awal pagi bila ke pasar sebab baru sampai dari pembekal dan masih fresh . Saya hanya goreng begitu saja dan dimakand engan sos cili Thai yum yum..Buah cempedak nangka ni bapa mertua yang bagi dan semalam baru masak , harum semerbak satu rumah dengan bau cempedak ni . Saya tak goreng hanya makan...
Wednesday, August 19, 2015
CUPCAKE COKLAT
BAHAN-BAHAN:1 cawan butter-suhu bilik1 1/2 cawan tepung naik sendiri1 cawan gula3 biji telur1 sudu kecil esen vanilla3 sudu besar serbuk koko3/4 cawan susu100grm cokolat chipCARA MEMASAK:1)Ayak tepung bersama serbuk koko dan ketepikan dulu . Pukul gula , telur dengan butter sampai kembang kemudian masukkan esen vanilla , susu dan tepung . Pukul lagi adunan ni untuk lagi 2 minit dan masukkan cokolat chip tadi , dengan mengunakan senduk kacau semua adunan supaya menjadi mesra .2)Bila dah siap adunan boleh la dimasukkan ke dalam bekas cup cake dan bakar dalam oven selama 20 minit dengan suhu 160'...
BERBUKA PUASA BERSAMA FAMILI
..Riangnya hati bila dapat berkumpul bersama famili..Saya dan kakak-kakak selalu berjumpa serta berkumpul bersama boleh di katakan sebulan atau 2 bulan sekali kami mesti buat family gathering . Bila dah jumpa tu memang macam-macam cerita dan perkara la nak di buat sama . Kami memang close sangat dan pada saya kakak-kakak saya adalah individu yang sangat penting dalam hidup saya ni . Mereka sentiasa berada bersama saya pada waktu happy , senang atau masa saya susah serta sedih . Tambahan lagi saya ni memang adik bongsu yang manja dengan kakak-kakak dan abang hehehe . Kenangan lama kehidupan kami...
MEE GORENG TOMYAM
BAHAN-BAHAN :1 peket mee8 ekor sotong , dibersihkan2 keping kepingan burger ayam - dipotong 1 cawan isi ayam2 pokok sawi - cuci bersih3 ulas bawang putih2 biji bawang merah5 biji cili kering-direndam dlm air panas1 biji telur1 camca besar sos tiram1 camca besar kicap manis6 camca besar pes tomyam - boleh ditambahBoleh ditambah kicap - ikut pada citarasa masing-masing.CARA MEMASAK :Kisar hancur semua bawang dengan cili kering . Bersihkan sotong dan dipotong kecil-kecil . Bersih kan sayur sawi dan potong ikut pada citarasa . Kepingan burger dipotong kecil-kecil .Dalam kuali panaskan minyak secukupnya...
KEK PISANG
Kek pisang ni dimasak oleh kakak saya dan memang sedap sangat . Kak Amy memang pandai memasak especially resepi western dan saya banyak juga belajar serta dapat resepi menu western dair kak Amy . Kek ni kak Amy masak untuk family gathering kami semalam... Kek pisang kak Amy..Saya bagi resepi kek pisang ni yang saya copy dari facebook kak Amy , selamat mencuba.Use cup or mug (for all measurements)One cup enough to make a tray of 6"x6"I always make 2 cupsBanana CakeBowl A mix all ingredients together1 cup of flour1 cup of sugar1 cup of banana (mashed) 1 tsp bicarbonate soda1 tsp vanilla essense1...
SAMBAL IKAN
Menu sambal ikan ni memang kegemaran saya dan kakak-kakak , seingat saya dulu arwah mak saya memang selalu masak menu ikan sambal ni sebab tu sampai sekarang sekali sekala bila teringin nak makan saya mesti masak sambal ikan . Seawal umur 12 tahun lagi saya sudah dilatih oleh mak untuk menolong beliau di dapur lagi dan menu sambal ikan ni lah masakan pertama yang diajar oleh mak saya . Masa tu sebelah tangan mak saya tak berfungsi dengan elok selepas dia diserang penyakit strok yang agak teruk . Jadi saya lah yang banyak bantu mak di dapur sebab kakak-kakak dah bekerja dan tak tinggal sekali dengan...