Semalam anak lelaki Kak Noor yang berumur 13 tahun tu bawa balik ikan talapia yang dipancingnya di sungai berdekatan rumah. Inilah antara aktivitinya saban hari bersama kawan-kawan dalam musim cuti sekolah selain `mengemaskinikan' basikalnya . Rasanya habis ikan talapia di sungai tu kerana setiap hari ada sahaja hasil tangkapannya. Kebiasaannya Kak Noor tak kasi dia bawa balik rumah sebab Kak Noor tidak menggemari ikan talapia ini (tapi anak-anak Kak Noor suke...). Kalau dah banyak sangat, Kak Noor suruh dia beri sahaja kepada emak kawan-kawannya. Apa lagi kalau fikir...
Saturday, December 31, 2011
Ikan Talapia Masak Stim (Ala Thai)
Rendang Tok
Pejam celik, pejam celik, tak terasa minggu hadapan sekolah akan dibuka. Bagi ibubapa yang belum lagi membeli kelengkapan persekolahan untuk anak-anak mereka, cuti tiga hari ini digunakan semaksimum yang boleh membawa anak-anak ke gedung membeli belah untuk membeli barang-barang keperluan persekolahan. Kak Noor telah membeli keperluan sekolah anak-anak sejak awal bulan Disember lagi. Tak mahu kelam kabut di saat akhir. Maklumlah kita ni bekerja, mesti bijak menggunakan masa; untuk kerjaya dan juga keluarga.Itu cerita anak-anak kita yang yang akan mula bersekolah minggu hadapan. Apa pula cerita mengenai resepi yang akan Kak Noor paparkan pada tengah hari ini....
Thursday, December 29, 2011
Ikan Siakap Goreng Tiga Rasa
Minggu lalu Kak Noor sekeluarga pergi makan di Restoran Thai yang terletak di Datuk Keramat. Minggu itu pakcik dan makcik Kak Noor datang dari Utara. Ada majlis yang mereka perlu hadir di Kuala Lumpur. Sebelum berangkat pulang ke Butterworth menaiki tren malam, Kak Noor sempat membawa mereka sekali singgah untuk makan malam di Restoran Thai ini. Telah agak lama juga Kak Noor sekeluarga tidak berkunjung ke restoran ini, sampai nama restoran pun telah ditukar daripada Ali Tom Yam kepada Restoran Thai.Malam itu Kak Noor order nasi putih bersama lauk pauk seperti siakap...
Tuesday, December 27, 2011
Koay Teow Goreng Berkicap
Pagi ini sarapan Koay Teow goreng lagi. Alhamdulillah sempat Kak Noor menyiapkan sarapan pagi untuk anak-anak di rumah sebelum pergi kerja. Lagipun semua bahan yang diperlukan ada. Anak-anak Kak Noor suka koay teow goreng yang tidak berapa pedas dan sedikit basah. So Kak Noor gunakan kicap manis. Walau bagaimanapun cili kisar Kak Noor tetap digunakan juga. Bahan-bahannya:2 bungkus koay teow basah (Kak Noor guna cap Laksamana)50 sen taugeh10 ekor udang saiz sederhana1 biji bawang besar dihiris3 ulas bawang putih dihiris1 biji tauhu dipotong kiub3 sudu besar...
Monday, December 26, 2011
Sambal Sotong Kembang Berkacang
Dalam entri terdahulu Kak Noor telah muatkan resepi sambal sotong kering. Kali ini Kak Noor muatkan pula resepi sambal sotong kembang berkacang. Sukatan kacang yang digunakan untuk masakan ini terpulanglah kepada citarasa masing-masing. Ada orang suka kacang yang banyak, dan ada pula yang suka sedikit. Disebabkan inilah Kak Noor tidak menetapkan kuantiti sukatan yang perlu digunakan. Kelainan resepi sambal sotong kembang berkacang ini ialah Kak Noor gunakan sos nanas untuk menggantikan asam jawa. Pertama kali menggunakan sos nanas dalam masakan ini, tidak menjejaskan keenakan...
Sunday, December 25, 2011
Percutian Kak Noor sekeluarga di Cameron Highlands
Antara replika buah yang menjadi trademark Cameron HighlandsBuah strawberi segar yang baru dipetik dari ladangPada 15 - 17 Disember baru-baru ini,Kak Noor dan keluarga sempat bercuti di Cameron Highlands. Tak tahu musim hujan di Cameron Highlands pada bulan Disember. Tapi apa nak buat, bayaran semua telah dijelaskan, kalau tak pergi rugi pula. Walaupun berada di sana selama 3 hari 2 malam, tetapi tidak banyak tempat yang boleh dilawati sebab hujan dan cuaca yang sejuk; 19 darjah celcius. Cerita percutian Kak Noor sekeluarga boleh dilayari di sini.createSummaryAndThumb("summa...
Saturday, December 24, 2011
AYAM MASAK ROS
Hari ini Kak Noor kembali dengan resepi untuk masakan keluarga. Rasanya dah seminggu Kak Noor tidak memuatkan resepi dalam blog ini. Dalam minggu ini Kak Noor agak sibuk dengan persiapan sekolah anak-anak. Maklumlah tak lama lagi sekolah akan buka. So.... masa untuk mengadap komputer haruslah disingkatkan, kalau tidak semua kerja tidak selesai. Tahu ajelah bila kita mengadap komputer dan membuka blog, dalam sedar tak sedar boleh sampai 2 - 3 jam. Ayam Masak Ros ini memang terkenal sejak dulu lagi. Kalau di Utara, kebiasaannya disajikan dengan nasi minyak atau nasi tomato, jelatah, dan papadom....
Monday, December 19, 2011
Nasi Lemak
Nasi lemak adalah menu sarapan pagi untuk hari ini. Sejak dua hari lalu asyik beli sahaja di kedai. Sebungkus nasi lemak biasa RM1.30. Ahli keluarga ada enam orang. Kalau RM1.30 didarab dengan 6, dah berapa? Bukanlah Kak Noor nak berkira sangat, tetapi setakat sebungkus seorang tu memang tak puas makan. Tau-tau ajelah anak-anak Kak Noor ramai lelaki, semuanya remaja. Orang kata tengah berselera makan. Sambal tumis bilis petai semalam masih ada lagi. So pagi ini Kak Noor tanak nasi lemak guna santan kelapa sawit. Sajian sampingan ialah telur rebus, kentang...
Sambal Tumis Ikan Bilis Petai
Semalam dah ada resepi ini di dalam kepala sebab petai masih banyak di dapur. Petai ini dibeli di Cameron Highlands semasa Kak Noor dan keluarga pergi bercuti. Di sepanjang perjalanan pergi dan balik di tepi-tepi jalan ramai orang menjual petai dan durian. Ingat di sepanjang perjalanan sahaja boleh nampak petai, tak sangka di Cameron Highlands pun ada jualan petai. Bersaing dengan buah strawberry. Tapi menurut hubby Kak Noor, rasa petai Cameron Highlands berlainan daripada petai kampung. Petai kampung baunya kuat, daripada petai Cameron Highlands....
Saturday, December 17, 2011
Goreng Sotong Berkunyit
Untuk makan tengah hari pada hari ini, Kak Noor masak ringkas sahaja iaitu Goreng Sotong Berkunyit. Hanya sotong dan ikan sahaja yang ada dalam peti sejuk ketika ini. Sejak hari Khamis lalu, Kak Noor bercuti ke Cameron Highlands bersama keluarga. Semalam baru balik. Letih sangat dan urat-urat pun sakit. Sejuk di Cameron Highlands tu. Lebih-lebih sekarang musim hujan. Masa Kak Noor pergi hari Khamis lalu pun hujan, balik pun hujan. So tak banyaklah tempat yang boleh diziarahi. Suhu 18 - 19 darjah celcius. Sejuk tu... menggigil. ...
Koktel Sosej Ayam Masam Manis
Resepi ini amat ringkas dan mudah, dan sesuai untuk dibawa pergi berkelah. Budak-budak amat menyukainya. Kebiasaannya kita goreng, bakar atau kukus sahaja sosej dan dimakan begitu sahaja. Tetapi kali ini Kak Noor mempelbagai cara masakan sosej ini. Sesuai dimakan dengan nasi dan dimakan begitu sahaja. Anak-anak Kak Noor lebih suka meratah sosej ini. Dalam sekelip mata, boleh clear....Bahan-bahannya:1 bungkus koktail sosej ayam (1 kg) - digoreng 3/4 masak3 senduk cili kering kisar3 sudu besar sos masam manis - Kak Noor guna jenama life2 sudu besar...
Tuesday, December 13, 2011
Kentang Goreng Pedas
Resepi ini amat ringkas sekali dan sesuai untuk yang telah berkeluarga dan yang masih bujang. Masakan ini amat disukai oleh anak-anak Kak Noor. Sekali masak bukan setakat 1 atau 2 biji kentang, tetapi sekurang-kurangnya 10 biji. Selain makan bersama nasi, ia sedap dimakan begitu sahaja.Bahan-bahan yang diperlukan:10 biji kentang - dikupas kulit dan dipotong macam `wedges'1 biji bawang besar dihiris3 ulas bawang putih dihiris1 tangkai daun kari1 biji buah tomato dipotong kiub2 senduk besar cili kering kisar - Kak Noor guna sukatan senduk nasi2 camca besar sos cili1 camca besar...
Apam Pisang Kukus
Sejak minggu lalu, hubby minta Kak Noor buat apam pisang. Katanya pisang masih banyak di dapur tu... Teringat masa kat kampung dulu, emaknya kerap buat apam pisang. Tapi resepi orang dulu-dulu cuma menggunakan bahan asas sahaja iaitu tepung gandum, gula, kelapa, dan ibu apam (marupan). Semua bahan dibancuh dan diperap. Katakanlah esok nak makan apam, maka malam ni dibancuh siap-siap dan diperap semalaman dan esok pagi baru dikukus. Inilah apam yang bonda dan nenda pernah ajar Kak Noor buat.So.... kali ini Kak Noor mahukan sedikit kelainan daripada resepi yang asal. Nak...
Sunday, December 11, 2011
Kedai Ikan Rakyat
Minggu lalu Kak Noor berkesempatan berkunjung di Kedai 1 Malaysia yang terletak di Seksyen 4, Wangsa Maju. Lihat entry kak Noor sebelum ini mengenai Kedai 1 Malaysia.Pagi tadi Kak Noor berkunjung pula ke Kedai Ikan Rakyat yang terletak di Setiawangsa, di seberang jalan Sekolah Rendah Kebangsaan Setiawangsa. Kedai Ikan Rakyat ini dimiliki oleh Sekinchan Ikan Bakar Sdn. Bhd. Sempat juga Kak Noor tengok harga-harga ikan di situ. Ada yang murah dan ada yang mahal. Yang paling ketara hari ini ialah ikan kerisi di sini dijual dengan harga RM14.50. Pada pendapat Kak Noor, harganya...