Resepi pisang lagi...! Seperti yang Kak Noor katakan, pisang masih banyak di rumah. Hubby Kak Noor bawa balik minggu lalu semasa dia kerja out station dan on the way balik, sempat singgah di dusun kawannya di Ipoh, Perak. Kak Noor berikan sedikit kepada jiran-jiran Kak Noor. Tak habis kalau keluarga Kak Noor sahaja yang makan. Itupun sedekah juga. Kawan hubby Kak Noor pun dapat pahala dan jiran-jiranpun dapat merasa.
Petang tadi Kak Noor sempat masak cekodok pisang campur oat untuk minum petang. Lagipun hari ini tidak kemana-mana, rasa malas sangat nak keluar. Mengemas rumah dan menonton rancangan di TV saja. Tiada ramai ahli keluarga yang berkumpul di rumah hari ini. Pagi-pagi lagi anak-anak lelaki Kak Noor telah keluar kerja part time katering kat luar. Tinggallah Kak Noor, hubby, dan anak bongsu sahaja kat rumah. So... taklah Kak Noor masak apa-apa special untuk hidangan tengah hari ni.
Adunan cekodok ini Kak Noor bancuhkan awal tengah hari tadi dan perapkannya supaya naik sedikit sebab salah satu bahan yang Kak Noor gunakan ialah soda bikarbonat. Soda bikarbonat ini adalah bahan penaik. Pisang yang digunakan ialah pisang awak (pisang itu yang ada). Tapi kalau lebih suka guna pisang emas sebab ia manis. Bila kita menggunakan pisang emas, kurangkan gula dalam bancuhan.
Penyediaannya:
- Masukkan bahan A di dalam blender dan dikisar lumat.
- Sediakan bekas yang lain. Masukkan bahan-bahan B dan digaul rata.
- Kemudian masukkan bahan-bahan A yang telah dikisar di dalam bekas B.
- Gaulkan sehingga sebati. Sekiranya lembik, tambahkan tepung gandum.
- Ketepikan adunan seketika sehingga ia naik sedikit.
- Panaskan kuali dengan minyak yang mencukupi dengan api yang sederhana. Api jangan terlalu perlahan dan terlalu panas. Sekiranya terlalu perlahan, adunan akan diserap minyak, dan sekiranya terlalu panas, adunan akan rentung.
- Sebelum `menjemput', pastikan adunan tersebut, gaul sekali lagi.
- `Jemput' adunan dan masukkan dalam kuali. Pastikan adunan yang `dijemput' tidak terlalu padat di dalam kuali dalam sesuatu masa.
- Toskan cekodok yang telah masak di atas tisu yang serap minyak sebelum dihidangkan.
0 comments:
Post a Comment