Minggu lalu Kak Noor berkesempatan berkunjung di Kedai 1 Malaysia yang terletak di Seksyen 4, Wangsa Maju. Lihat entry kak Noor sebelum ini mengenai Kedai 1 Malaysia.
Pagi tadi Kak Noor berkunjung pula ke Kedai Ikan Rakyat yang terletak di Setiawangsa, di seberang jalan Sekolah Rendah Kebangsaan Setiawangsa. Kedai Ikan Rakyat ini dimiliki oleh Sekinchan Ikan Bakar Sdn. Bhd. Sempat juga Kak Noor tengok harga-harga ikan di situ. Ada yang murah dan ada yang mahal. Yang paling ketara hari ini ialah ikan kerisi di sini dijual dengan harga RM14.50. Pada pendapat Kak Noor, harganya jauh lebih mahal daripada harga ikan kerisi yang dijual di NSK, Taman Sri Rampai. Biasalah kat mana-mana pun, ada harga yang rendah dan ada harga yang tinggi. Pandai-pandailah kita buat pilihan berdasarkan kemampuan kita sendiri.
Selepas snap beberapa keping gambar, Kak Noor dan hubby terus ke NSK. Kata hubby kat NSK banyak pilihan lagi. Lagipun Kak Noor dan hubby dah biasa beli barang-barang basah di pasar raya NSK di hujung minggu. Bolehlah dibuat bandingan dari segi harga dan kualitinya.
Kedai Ikan Rakyat terletak di seberang jalan SRK Taman Setiawangsa |
Ikan kerisi dijual dengan harga RM14.50 sekilogram. Di NSK Sri Rampai RM8.50sekilo. |
0 comments:
Post a Comment