Bahan-bahan A:
650 gram daging lembu
Kicap pekat ABC secukupnya
2 biji bawang besar – dipotong bulat
½ biji cili benggala warna merah – dipotong dadu
1 biji tomato – dipotong dadu
1 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa
Daun sup
Bahan-bahan B: (Disatukan di dalam blender dan dikisar lumat)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu besar serbuk rempah daging
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Air secukupnya
Bahan-bahan C (Ditumis):
3 ulas bawang merah (bawang kecil) - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
1 inci halia – dimayang
1 tangkai daun kari
Cara-caranya:
1. Daging dibasuh bersih dan ditoskan. Potong daging menjadi kepingan yang kecil.
2. Letakkan daging yang dipotong tadi di dalam bekas. Masukkan bahan-bahan B dan 1 sudu besar gula perang. Perap selama 10 – 15 minit.
3. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan C sehingga naik bau dan layu.
4. Masukkan daging yang diperap tadi. Kacau rata dan masukkan/tambahkan air secukupnya. Masak sehingga daging empuk.
5. Masukkan kicap ABC secukupnya. Kaup balikkan daging sehingga mesra dengan kicap. Rasa manis dan masinnya. Sekiranya tidak cukup rasa, boleh tambah gula atau garam lagi; bergantung kepada citarasa masing-masing.
6. Akhir sekali masukkan cili benggala, buah tomato, bawang besar, dan daun sup. Kacau sehingga mesra, kemudian bolehlah ditutup api.

0 comments:
Post a Comment