Home
» Sayur Goreng (Kacang Buncis dan Cendawan Tiram)
» Sayur Goreng (Kacang Buncis dan Cendawan Tiram)
Wednesday, March 6, 2013
Sayur Goreng (Kacang Buncis dan Cendawan Tiram)
Assalamualaikum...
Just nak kongsi resepi mudah ini. Sedap dimakan ketika masih panas dengan nasi dan diratah begitu sahaja. Anak-anak kecil pun suke...
Jom tengok resepinya. Tak sampai 10 minit dah siap satu hidangan (dengan syarat semua bahan telah siap disediakan).
Bahan-bahannya:
Kacang buncis
Cendawan tiram
Fucuk - direndam sehingga lembut, dibasuh dan ditoskan.
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk lada hitam
Gula dan garam secukup rasa
2 sudu besar minyak
Bahan-bahan tumis:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji cili merah - dihiris
Sedikit ikan bilis/udang kering
Cara-cara memasaknya:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis ikan bilis, diikuti dengan bawang besar, bawang putih, dan cili merah sehingga layu.
2. Masukkan kacang buncis dan sos tiram, dan kacau. Selang satu minit masukkan cendawan tiram, fucuk, serbuk lada hitam, gula dan garam. Kaup balikkan sehingga semua bahan masak dan mesra. Jangan sampai sayur layu.
3. Tutup api dan bolehlah dihidangkan ketika masih panas lagi bersama nasi.
0 comments:
Post a Comment