Pages

Tuesday, April 29, 2014

TUNA CASSEROLE

Resepi ni kakak saya , Amy Doblinger yang bagi .Dulu selalu juga saya makan bila pegi rumah kak Amy , so hari ini untuk lunch saya masak tuna casserole dan memang laju anak-anak makan sampai tak cukup la untuk dinner , malamnya saya bake lasagna pula.

BAHAN-BAHAN :

1 ketul brokoli saiz sedang
1 ketul bunga kobis saiz sedang
3 tin tuna chunks atau flakes
2 tin besar muschroom soup Campbell
1 kilo ubi kentang


CARA-CARA MASAK :

-Potong kecil-kecil bunga kobis dan brokoli kemudian celur sekejap je dalam 3-5 minit.

-Masukkan semua tuna yang sudah di buang air ke dalam bekas yang sesuai kemudian masukkan juga mushroom soup dalam tin dan kacau semua bahan bagi sekata dan mesra macam gambar di atas ini.


- Kupas semua ubi kentang dan potong kecil-kecil dan rebus samapi empuk. Lenyek semua ubi kentang masukkan sedikit garam , butter dan susu low fat atau fresh milk. Kacau semua bahan bagi mesra.

-Letakkan semua mash potatoes ini ke atas bahan-bahan casserole tadi dan ratakannya . Saya taburkan sedikit lagi butter di atas mash potatoes ini.

- Bakar tuna casserole ini selama 20 minit di dalam suhu 250 darjah celsius.


Ini la rupa tuna casserole yang dah siap , hmmm cantik warnanya.



Dah pun masak , hmmm sedap ni.

Monday, April 28, 2014

Nasi dagang dengan ayam kerutuk

Malam Isnin sudah saya masak nasi dagang ni special untuk sambut birthday Aisyah . Nasi dagang dengan ayam kerutuk ni memang favorite Aisyah so memang berselera sangat dia makan . seronok saya tengok reaction anak-anak bila saya masak menu kesukaan mereka dan bila makan tu bersemangat je dan saya rasa cukup puas hati bila anak-anak sedap je makan apa saja yang saya masak :)

Kali ni nasi dagang ni saya masak cara biasa saja dan tak di kukus so proses nak masaknya sekejap saja macam masak nasi biasa saja.

Nasi dagang dengan acar mentah dan ayam kerutuk..

BAHAN-BAHAN:

4 cawan beras
5 cawan air
1 cawan santan pekat
3 cm halia - di potong nipis
2 ulas bawang merah - dipotong kecil
1 sudu kecil halba
1/2 sudu kecil garam - secukup rasa

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan halia serta dipotong nipis-nipis . Basuh beras yang diletak dalam periuk nasi dan masukkan air serta santan , halia , halba , bawang merah dan garam . Kacau bagi mesra semua bahan dan masak nasi seperti biasa guna periuk letrik .

Sedapnya ayam kerutuk

Ayam kerutuk ni saya masak untuk di makan dengan nasi dagang . Resepinya saya dapat dari bungkusan rempah yang saya beli di pasar payang , Kuala Terengganu dan memang sedap ayam kerutuk ni....


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam-bersihkan dan potong 12
50 grm rempah kerutuk Terengganu
2 labu bawang besar - belah 4
1 biji kelapa - ambil santan pekat
2 batang serai dititik
3 sudu besar gula
1-2 sudu besar kerisik
3 sudu besar air asam jawa-boleh tambah
Garam dan gula secukupnya

BAHAN DIKISAR HALUS :

7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
8 biji cili kering-direbus sampai lembut - kalau suka pedas tambah la lagi
Sedikit belacan - 1 inci

CARA MEMASAK :

1. Panaskan minyak dalam periuk kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan masukkan rempah kerutuk . Biar sampai rempah masak dan pecah minyak.

2. Masukkan air asam jawa , garam , serai dan gula. Masukkan ayam tadi dan gaul semua bahan kemudian masukkan santan serta kerisik biarkan kuah pekat dan mendidih . Last sekali masukkan bawang besar serta gula dan garam kacau semua bahan . Bila ayam dah masak boleh la ditutup api dapur .

Gulai tempoyak ikan talapia

Resepi gulai tempoyak ni dah banyak kali juga saya masukkan dalam blog saya ni so kali ni macam siaran ulangan la juga kan . Sekarang ni kan musim durian kat area perumahan saya ni ada 5 gerai tepi jalan jual durian dan harga murah pula tu . Saya pun baru je buat tempoyak dan pagi tadi masa pegi kedai kat rumah saya ni ada pula ikan talapia fresh mmmm apa lagi terus la saya teringat nak masak gulai tempoyak ikan talapia pink ni .

Sedapnya ikan talapia fresh ni langsung tak ada rasa dan bau hanyir kena pula dengan kuah gulai tempoyak yang saya baru buat fresh tak masam sangat , berselera betul la makan tengahari tadi syukur alhamdulillah...


BAHAN-BAHAN :

2 ekor ikan talapia yang besar
2 batang serai - dititik
3-4 sudu besar tempoyak
1 keping asam keping- kalau tempoyak dah masam tak perlu la ditambah asam keping
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

1-2 cili merah - kalau nak pedas tambah la cili api
2 cm kunyit hidup
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih

CARA MEMASAK :

- Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk , serai , air dan asam keping kemudian masak kuah sampai hampir mendidih . Masukkan semua ikan talapia dan garam , kacau . Biarkan kuah memdidih dan ikan masak baru la ditutup api dapur.

* Jika tempoyak dah mula masam boleh la dicampur sedikit gula .

Sunday, April 27, 2014

Sayur tumis belacan

Sayur ni selalu saya jumpa di pasar malam dekat rumah saya ni cuma saya tak pernah nak beli sebab dari kecil tak pernah makan so saya macam kurang berminat nak try tapi lately sekarang ni saya suka cuba masak sayur yang sebelum ni saya tak pernah makan pun . Masa beli sayur ni di pasar malam saya lupa nak tanya pada tokeh gerai nama sayur ni so kalau ada pembaca blog saya ni tau nama sayur ni boleh la tinggal kan komen anda ya boleh gak kita kongsi ilmu..

So untuk sayur ni saya masak menu yang simple je tumis belacan dengan sotong . Bila dah masak dan makan baru la tau yang sayur ni sedap rupa-rupanya . Sayur ni rasanya lemak manis macam sayur pucuk keledek dan kangkung so memang sedap la . Bila dimasak tumis belacan campur udang kering dah sotong lagi la sodap mmmmm memang kena dengan selera kami sekeluarga . Lepas ni kalau ke pasar malan boleh saya beli sayur ni lagi..



BAHAN-BAHAN :

2 ikat sayur
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
2 cm belacan
1 sudu besar udang kering-rendam sekejap bagi lembut

CARA MEMASAK :

-Tumbuk lumat cili merah , bawang merah+bawang putih ,belacan dan udang kering . Bersihkan sayur dan potong ikut pada citarasa sendiri kemudian bersihkan sotong serta potong kecil-kecil .

-Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk sampai naik wangi , masukkan sotong dan kacau. Bila udang dah masak masukkan semua sayur dan kacau , masukkan garam dan terus kacau sehingga la sayur masak baru la di tutup api dapur.

Apa nama sayur ni ya..


Cantiknya...pemandangan..

Lagi gambar kami sekeluarga cuti hujung minggu di Mercu Resort . Pagi-pagi dalam pukul 6.40 pagi saya dan anak-anak sempat ke pantai untuk tengok matahari terbit . Pemandangan yang sangat cantik memang saya terpegun dan leka tengok matahari terbit di pantai pagi tu sebab suasana yang sangat tenang dan tiupan angin dari laut pun cukup nyaman..

Matahari terbit , masa ni dah dalam pukul 6.50 pagi pemandangan yang sangat cantik dan cuaca nyaman sebab malam sebelumnya hujan renyai-renyai . Bayu laut bertiup lembut dan ombak pun cantik je tak besar . Pantai dan laut kat resort ni bersih betul la , Mercu Resort ni kecil saja tapi pada saya cukup selesa...


Happynya..

Air laut baru nak pasang masa ni dan ombak yang datang pagi tu berlapis-lapis cantik sangat kan pemandangan ni..


lari...lari ombak sudah mari...

Mirror image langit di pantai cantikkann..


Tenang suasana pagi tu anak-anak saya seronok dan suka sangat bila dapat berada di tepian pantai sama la macam saya juga..

Lari di kejar ombak hehehe..


Adlina dan Aisyah yang happy sangat selama 3 hari kami di resort tu..


Tulis nama di pantai..



Hero kecil tak ikut saya dan kakak-kakaknya ke pantai sebab masih di ulit mimpi indah so saya tak mau kacau dia . Bila kami balik dari pantai dalam pukul 8 pagi dia dah bangun dan terus je saya bawa dia pegi duduk kat cafe makan sarapan heeeee..

Best holiday hujung minggu kami dan harap-harap kami dapat ke Mercu Resort lagi..

MEE REBUS UDANG

Mee rebus resepi dari mak..
Ini ada resepi mee kegemaran kami sekeluarga , resepi ni saya belajar dari mak saya. Dulu arwah mak memang akan masak mee ni kadan-kadang bila masak mak saya tak letak ubi keledek yang dilenyek tapi mak akan masukkan telur sebiji demi sebiji . Sekarang selalu juga saya masak mee rebus ni dan anak-anak yang paling suka makan .

BAHAN-BAHAN:

1 kilo ubi keledek
1 kilo udang sederhana besar
500 gm daging
2 peket fish ball
1-2 peket mee
5 cawan air dari rebusan daging
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS:

10 biji cili kering
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
200 gm udang kering-rendam dulu sekejap

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN:

10 biji telur direbus
1 peket bawang goreng
1 pokok daun bawang
3 biji tauhu - dipotong nipis dan digoreng garing
4 biji cili merah ( kalau tak mau pun boleh)
Taugeh - jumlah beli seringgit je

CARA-CARA MEMASAK:

- Kupas ubi keledek dan dipotong kecil kemudian rebus sampai empuk. Bila dah masak dan empuk lenyek sampai hancur halus.
- Daging juga direbus sampai empuk dan daging ini dipotong nipis dan kecil-kecil. Air rebusan daging di simpan untuk masak kuah nanti.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau kemudian masukkan air rebusan daging. Masukkan daging yang sudah di potong nipis-nipis tadi.

* Kalau kuah nak pedas lagi tambah la cili kisar masa menumis . Anda boleh ubah suai resepi ni ikut pada citarasa sendiri ..kalau nak kuah lebih tambah la lagi air dan kalau nak kuah lagi pekat tambah la ubi keledek lenyek lagi.


- Bila kuah sudah agak panas masukkan semua ubi keledek yang sudah dilenyek tadi dan terus mengacau kuah.Masukkan garam dan biarkan sampai kuah mendidih selama 15 minit lagi.
-Masukkan semua fish ball dan udang tadi dan terus mengacau bila udang sudah masak boleh la ditutup api.
-Celur mee , taugeh dan toskan. Potong daun sup dan cili merah , kupas kulit telur dan belah telur menjadi 2 bahagian.

CARA MENGHIDANG MEE:
Ambil mangkuk letakkan dulu taugeh kemudian mee , tauhu goreng dan kemudian tuang kuah serta tabur la daun sup. bawang goreng dan cili. Dah siap , sedap mee ni cuba la masak sendiri.

Saturday, April 26, 2014

Cuti hujung minggu

Baru-baru ni kami sekeluarga bercuti hujung minggu di sebuah resort dekat Cherating . memang cantik betul la pantai ni dah la bersih dan agak tersorok sebab resort ni terletak dalam kawasan kampung so agak privacy . Keadaan cuaca pula sangat cantik sepanjang 3 hari kami di sana dan keadaan laut ombak pun tenang . Anak-anak saya seronok sangat la dapat mandi dan main di persisiran pantai . Saya lepas je anak-anak main di tepi laut tapi bila masuk bab nak mandi laut saya masih jaga dan saya hanya bagi anak-anak mandi di tepi pantai setakat boleh main-main air la . Air laut bersih serta jernih dan angin bayu laut pun bertiup sepoi-sepoi bahasa , cuaca best betul la..jom tengok gambar-gambar yang saya ambil masa di sana..








Best la dan kami plan nak ke sana lagi...

Cheese cake topping apple caramel sedapnyaaa

Sedapnya cheese cake ni dan kali ni saya buatkan topping apple caramel sebab saya saya lupa nak beli topping blueberry kat BWY . Sedap juga makan cheese cake dengan topping apple caramel ni dan anak-anak saya berulang makan . Memang puas hati buat cheese cake dan resepi cheese cake yang mudah nak dimasak ni saya dapat dari MyResipi.com..

Bahan-bahan :
  • 250gm cream cheese
  • 200 ml fresh cream
  • 90g gula pasir
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar tepung

Bahan untuk apple caramel
  • 4-5 biji apple sedang - potong jadi kecil-kecil
  • 2 sudu brown sugar-boleh tambah
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1 sudu besar lemon jus
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit air

CARA MEMASAK :
  • Panaskan oven 170C. Sapu loyang dengan butter keliling. dan alas loyang dengan baking paper.
  • Pukul semua bahan sehingga sebati dan adunan menjadi seperti cream .
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 45-50min . Selepas 30 minit boleh la ditutup pemukaan loyang kek dengan aluminium foil supaya kek tidak hangus dan teruskan membakar .
  • Sejukkan kek sebentar dan simpan kek dalam peti sejuk sebelum dimakan seelok-eloknya semalaman.
  • Untuk membuat apple caramel pula , masukkan semua bahan dalam periuk dan masak apple sehingga lembut serta menjadi pekat . Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk . Bila nak makan baru la di letakkan apple caramel ni atas kek tadi dan simpan semula cake dalam peti sejuk selama 1 jam dan boleh la dipotong serta dinikmati.

Sepotong cheese cake topping apple caramel..

Friday, April 25, 2014

Sedapnya lontong daun pisang

Pagi hari Ahad yang lepas saya dan family jalan-jalan ke Kelang sampai la kami singgah ke kampung di Meru . Kami berhenti untuk sarapan di sebuah gerai yang jual macam-macam jenis makanan ada nasi lemak , roti canai , mihun n mee , kuih-muih dan juga lontong dengan kuah lodeh . Nampak je lontong daun pisang terus saya teringin nak makan sekrang ni memang susah dah nak jumpa lontong yang dimasak dalam kelonsong daun pisang sebab hanya mereka yang pakar saja tau masak lontong atau nasi impit di dalam daun pisang . Selalunya lontong yang dimasak dalam dalam daun pisang lebih wangi disebabkan oleh aroma daun pisang dan pemukaan lontong berwarna hijau dari daun pisang juga . alhamdulillah sedap lontong yang saya makan pagi tu insyallah kalau ada peluang teringin saya nak bersarapan di kedai tu lagi bila ada peluang jalan-jalan ke Meru lagi .

Lontong dengan kuah lodeh dan dimakan bersama sambal tumis kerang serta telur rebus emmm sedapnya alhamdulillah...

Lontong ni ada kesan warna hijau dari daun pisang dan bau lontong ni lebih harum..


Anak-anak saya makan roti canai bersama kuah kari kentang yang sedap , insyallah lain kali boleh kita sarapan di kedai kat Meru ni lagi..

Wednesday, April 23, 2014

Agar-agar laici kuah kastard

Agar-agar laici ni amat mudah nak dimasak dan sangat sedap dimakan dengan kuah kastard . Saya guna pewarna makanan untuk bagi agar-agar laici ni menarik baru la anak-anak saya tertarik nak makan tapi kalau tak mau guna pewarna pun ok juga so agar-agar ni akan bewarna light cream ikut warna buah laici .


BAHAN-BAHAN :

1 paket agar-agar
1000ml air
1 cawan gula
1 tin laici
Sedikit pewarna makanan-ikut pada citarasa sendiri

CARA MEMASAK :
  1. Basuh agar-agar sebelum dimasukkan kedalam periuk. Masukkan agar-agar dan air dan masak sehingga agar-agar larut.
  2. Apabila sudah larut baru masukkan gula. Apabila semua telah sebati, angkat dan tapis
  3. Masukkan kembali ke dalam periuk dan masak semula.
  4. Blender laici bersama-sama dengan airnya sekali sehingga hancur dan sehingga tiada ketulan laici.Masukkan laici yang sudah diblend ni dalam agar-agar dan terus masak agar-agar sehingga masak atau mendidih kemudian boleh la ditutup api dapur.
  5. Tuangkan ke dalam tray atau acuan yang anda gemari dan bila sejuk boleh la disimpan agar-agar dalam fridge.

KUAH KASTARD

1 tin susu sejat - ideal milk
2 helai daun pandan
1 sudu besar tepung jagung
1/2 tin air
secubit garam-secukup rasa
2 sudu besar gula

Kuah castad ni mesti ada rasa lemak manis masin sebab tu kena letak sikit garam baru sedap bila dimakan dengan agar-agar lanci yang manis dan sejuk .

CARA MEMASAK :

-Masukkan susu sejat , air dan tepung jagung dalam periuk dan kacau semua bahan sehingga tepung larut dalam susu sejat . Masukkan daun pandan , gula dan secubit garam dan masak kuah kastard dengan api dapur yang kecil . Sentiasa kacau kuah kastard sampai kauh menjadi pekat dan berkilat . Bila kuah kastard masak boleh la ditutup api dapur.

-Sejukkan kuah kastard sepenuhnya dan boleh la disimpan dalam peti sejuk dan bila nak makan dengan agar-agar baru la dibawa keluar dari peti sejuk .


Monday, April 21, 2014

Mee hailam

Selalu bila nak makan mee hailam yang sedap saya suka ajak suami ke restoran dekat dengan rumah saya ni sebab senang order je lepas tu boleh nikmati tanpa perlu masak sendiri . Mee hailam ni kan banyak guna bahan-bahan mentah macam sotong , udang , ayam dan sayur-sayurannya so memang lama la juga penyediaan sebelum siap terhidang mee ni untuk di jamu selera . Tapi bila masak sendiri lagi puas hati kan sebab boleh ikut citarasa dan selera sendiri so semalam saya masak la mee hailam untuk kami sekeluarga makan malam , alhamdulillah anak-anak dan suami suka . Bahan-bahan rencah masih ada dalam peti sejuk so saya ingat petang ni kalau masak lagi mee hailam pun sedap juga kan....


BAHAN-BAHAN:
resepi untuk makan 4-5 orang

300gm udang sederhana besar
300gm daging ayam
3 ekor sotong saiz besar
1 peket fish ball
1 peket mee
3-4 cawan air
1-2 sudu besar cili kisar
3-4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos nampla
2 biji telur
Sedikit sayur sawi
Sedikit bunga kobis
1 batang carrot
2 biji tomato masak ranum
Sedikit tepung jagung n air - dibancuh
Garam secukup rasa
Daun sup dan cili merah secukupnya

Cili kering direbus sampai lembut dan kemudian dikisar bersama bawang merah dan bawang putih secukupnya .

CARA-CARA MEMASAK:

- Bersihkan udang dan sotong kemudian tos dan ketepikan kemudian potong isi ayam menjadi ketulan kecil . Potong fish ball kemudian bersihkan semua sayur dan potong ketepikan semua bahan-bahan ni.

- Panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar sampai pecah minyak dan cili masak kemudian masukkan ketulan isi ayam tadi dan kacau sehingga isi ayam masak dan kemudian boleh la dimasukkan air . Masukkan carrot dan bunga kobis tadi biar sampai kuah hampir mendidih . Masukkan semua sos cili, sos tiram , minyak bijan , kicap manis n cair , sos nampla dan kacau semua bahan ni .

-Masukkan semua udang serta sotong dan kacau semua bahan kemudian rasa sama ada cukup semua perisa kalau tak cukup tambah ikut selera masing-masing . Masukkan telur sebiji demi sebiji biar sekejap sampai telur masak dan masukkan sayur sawi , buah tomato dan kacau . Masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air untuk bagi kuah pekat . Kacau semua bahan dan kalau kurang masin baru la ditambah garam .

- Akhir sekali masukkan mee dan kacau semua bahan dan biar kuah mendidih dan boleh la ditutup api dapur .

- Bila nak hidang boleh la ditabur daun sup , cili merah dan juga bawang goreng .

Nasi lemak sambal udang

Pagi ni untuk sarapan saya masak nasi lemak dengan sambal udang . Resepi yang senang nak disediakan yang penting semua bahan mesti cukup macam serai , daun pandan , santan , halia dan cili kering yang dikisar sekali dengan bawang merah dan bawang putih so bila nak tumis tu senang je . Bila masak udang saya perlu kupas bersih kulit dan buang kepala udang kalau tak anak saya Adlina tak berapa sedap nak makan sebab Adlina yang baru berumur 7 tahun tu masih tak pandai nak kopek kulit udang .

NASI LEMAK

BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras
3 cawan air
1 cawan santan pekat
1 batang serai besar-dititk
2 cm halia - di potong nipis
2 ulas bawang merah - dipotong kecil
10 biji lada hitam
3 helai daun pandan- disimpul & ikat
1/2 sudu kecil garam - secukup rasa

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan halia serta dipotong nipis-nipis . Basuh beras yang diletak dalam periuk nasi dan masukkan air serta santan , masukkan serai , halia , biji lada hitam , bawang merah dan daun pandan serta garam . Kacau bagi mesra semua bahan dan masak nasi seperti biasa guna periuk letrik .

-----------------------------------------------------------------

SAMBAL TUMIS UDANG

Saya guna anggaran dalam 5 sudu besar minyak masak masa nak menumis , kenapa saya guna minyak banyak sebabnya saya tak mau sambal ni jadi terlalu kering dan tak cukup masak . Rahsia nak masak sambal yang sedap ialah cili kisar perlu ditumis sehingga pecah minyak dan cukup masak . Selain tu belacan yang nak diguna mesti lah di salai atau bakar dulu . Saya guna gula yang agak banyak dalam anggaran 2-3 sudu besar supaya rasa pedas seimbang dengan rasa manis . Selain tu saya lebih suka guna asam keping dari asam jawa supaya kuah sambal tak terlalu berair .

Jika anda baru cuba nak masak sambal tumis dan hasil sambal anda kurang sedap jangan kecewa terus cuba masak lagi . Selalunya semakin kerap anda cuba masak semakin anda mempelajari teknik dan cara yang terbaik untuk masak sambal tumis . Saya sendiri belajar dari try n error dan makin lama makin sodap la sambal yang dimasak . Resepi hanya la panduan tapi kekerapan anda masak yang akan jadikan anda mahir memilih bahan yang sesuai untuk masakkan anda masak itu...

BAHAN-BAHAN:
1 kilo udang sederhana besar
1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
2 sudu besar gula - boleh ditambah atau kurang
Garam dan air asam jawa secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

BAHAN DIKISAR HALUS:

10biji cili kering - boleh ditambah
5 bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan - dibakar/grill

CARA MEMASAK :

1) Udang di bersihkan kemudian ditos dan ketepikan dulu.

2)Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan gula , asam jawa , garam dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak .

3) Masukkan udang , bawang besar dan terus kacau lagi sehingga semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api . Udang ni akan keluarkan sedikit air so tak perlu tambah air untuk kuah xtra.

Saturday, April 19, 2014

SAYUR CAMPUR GORENG

BAHAN-BAHAN:
4 ekor sotong
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap
1 batang carrot yang kecil
Segenggam kacang panjang
Sedikit bunga kobis

CARA MEMASAK:
1) Kupas semua bawang dan di mayang halus , potong sayur.
2) Bersihkan sotong dan potong nipis-nipis.
3) Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bawang , goreng sehingga bawang menjadi layu kemudian masukkan sotong dan kacau sampai sotong masak.
4) Masukkan sos tiram , kicap dan sayur carrot serta terus megacau.Masukkan sedikit air kemudian masukkan sayur kacang panjang dan bunga kobis serta sedikir garam jika masih kurang masin,Terus mengacau lagi sampai la sayur masak.

MASAK LEMAK IKAN MASIN CAMPUR NANAS

Menu ni kesukaan suami dan saya sendiri , boleh juga guna ikan sepat , ikan kurau atau ikan talang masin. Pilih nanas yang agak hijau sebab isinya masih agak keras.

BAHAN-BAHAN:
2 keping ikan duri masin ( sederhana besar)
1 biji nanas sederhana besar
2 cawan santan pekat
5 biji cili api
1 batang serai dititik
2 biji bawang merah
3 cm kunyit hidup
1 keping asam keping
* Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikir saja air
CARA MEMASAK:
1) Rendam ikan masin seketika dan kupas nanas dan potong menyerong jangan potong terlalu nipis kemudian tos ikan masin.
2) Tumbuk bawang merah, cili api dan kunyit hidup sampai lumat kemudian satukan serai , santan dan bahan tumbuk ke dalam periuk kemudian masak diatas api yang sederhana besar sampai kuah agak mendidih. Masukkan ikan masin dan nanas kacau semua bahan dan biarkan sampai kuah mendidih dan nanas menjadi empuk serta masak.

CAKE PISANG


Ini adalah cubaan pertama saya masak kek pisang , saja nak cuba sebab suami suka kek pisang. Kek naik dengan cantik dan lembut je tak manis sangat dan tak lembab sangat .



Cupcake pisang


BAHAN-BAHAN:

140 gm butter
200 gm tepung
100 gm gula
2 biji telur
3 biji pisang
2 sudu besar fresh cream
1 sudu besar jus lemon
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

CARA MEMASAK:

1) Pukul gula dengan butter sampai kembang , asingkan putih dan kuning telur .Pukul putih telur sampai kembang dan kemudian masukkan ke dalam adunan butter.
2) Masukkan tepung , soda bikarbonat , baking powder dan kacau bagi mesra semua adunan. Lenyek pisang sampai lumat dan masukkan juga ke dalam adunan dan kacau lagi . Akhir sekali masukkan kuning telur dan kacau supaya semua bahan digaul sama rata.

Bila dah siap adunan saya pun masukkan la semua ke dalam bekas cup cake ni, saja je sebab cute je bekas ni dan bila nak makan nanti pun senang je tak payah nak potong-potong.


Semua bancuhan dah siap diletakkan dalam bancuhan dan boleh la di bakar dalam oven selama 30 minit dengan suhu 160 darjah celsius. Saya bakar sampai bahagian atas agak gelap sikit je.

Friday, April 18, 2014

NASI AYAM


Teringin pula nak makan nasi ayam , anak-anak pun suka jadi semalam( hari Jumaat) saya masak la untuk lunch. Resepi ni saya ambil dari majalah Rasa , sedap dan agak mudah nak masaknya.

BAHAN UNTUK REBUSAN:
1 ekor ayam - di potong kecil
2 liter air
2 ulas bawang putih
2 cm halia
* Tumbuk bawang dan halia
CARA MEMASAK:
Lumurkan ayam dengan bahan tumbuk tadi dan rebus bersama air sehingga ayam masak.
* Ayam yang direbus ini kemudian di perap bersama bahan perap.

BAHAN PERAP AYAM:
1 ekor ayam-ayam yang direbus sekejap tadi
5 sudu kicap pekat
5 sudu sos tiram
2 cm halia
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 sudu kecil minyak bijan
CARA PERAP:
1) Campurkan semua bahan sos perap, bawang putih , halia dan ayam .Lumur ayam biar rata supaya semua bahan perap mesra dengan ayam. Biarkan selama 1 jam.
2) Panaskan 2 cawan minyak dan goreng ayam sehingga masak dan garing. Angkat ayam dan tos.

Ini la rupa ayam yang dah siap digoreng , boleh la dihidangkan dengan sayur salad, tomato dan timun. Kalau tak masak nasi ayam pun kita boleh goreng ayam macam ni untuk dimakan dengan nasi lemak atau nasi putih je.


BAHAN UNTUK NASI:

5 cawan beras
1 cm halia
4 ulas bawang putih
Sedikit butter untuk menumis
Air rebusan secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

Tumbuk halia dan bawang putih. Panaskan butter dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Kemudian masukkan beras dan kacau sekejap kemudian masukkan air rebusan serta garam.Biarkan nasi masak macam biasa.



KUAH CILI
BAHAN-BAHAN:
4 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka atau jus limau nipis
1 sudu teh garam
1/2 cawan air
Gula secukup rasa
*Kisar semua bahan ini sehingga lumat.

SOS KICAP
BAHAN-BAHAN:
200 ml air rebusan
2 sudu kicap pekat
1 sudu teh seasoning
1 sudu teh minyak bijan
sedikit gula

*Kacau semua bahan. Boleh ditabur sedikit daun bawang/sup.

SUP
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 sup bunjut
Garam secukup rasa
Baki semua air rebusan dan ayam tadi.
Sedikit daun sup/bawang yang dihiris halus.

CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan semua air rebusan dan ayam tadi serta sup bunjut serta masukkan garam kemudian kacau dan biarkan sup sampai mendidih.